CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramalan Neelofa Tepat! Aina Abdul Dinobat Juara (AJL37)

13-2-2023 08:42 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 4567| Komen: 41

Description: Selebriti popular, Neelofa yang meramalkan Aina Abdul dan Alif Satar bersama kumpulannya The Locos akan mendapat tempat di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) menjadi kenyataan malam ini.



Selebriti popular, Neelofa yang meramalkan Aina Abdul dan Alif Satar bersama kumpulannya The Locos akan mendapat tempat di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) menjadi kenyataan malam ini.

Setiap tahun, Neelofa tidak pernah terlepas daripada kehangatan ramalan siapa juara, siapa yang bakal naik ke podium Anugerah Juara Lagu (AJL).


Memetik Kosmo, tuah ternyata milik penyanyi Aina Abdul apabila lagu Terus Hidup nyanyian dan ciptaannya mengungguli Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) yang disiarkan secara langsung dari Axiata Arena Bukit Jalil, malam tadi.


Kemenangan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Aina sendiri sekali gus melayakkan penyanyi itu membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi.


Naib juara AJL37 menjadi milik lagu Satu Malam Di Temasek nyanyian Sonaone dan Joe Flizzow yang dicipta sepenuhnya oleh kedua-dua penyanyi itu. Kemenangan itu sekali gus melayakkan mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 berserta trofi.

Lagu yang memenangi tempat ketiga pula menjadi milik Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar & The Locos dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 beserta trofi.


Untuk dua tahun berturut-turut, pemenang bagi kategori vokal terbaik menjadi milik penyanyi Aina Abdul menerusi lagu Terus Hidup. Kemenangan tersebut melayakkan Aina membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM12,000 beserta trofi.

Bagi kategori persembahan terbaik pula, hasil daripada undian penonton membuahkan rezeki buat penyanyi Shiha Zikir yang menyampaikan lagu Irama apabila diumumkan sebagai pemenang sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM12,000 beserta trofi.


Untuk edisi AJL37, penaja utama Alha Alfa Cosmetic turut berbesar hati apabila meraikan Penyanyi Pilihan Alha Alfa yang dimenangi oleh Khai Bahar.

Kemenangan tersebut melayakkan Khai yang membawakan lagu Sengsara membawa pulang wang tunai RM12,000.


Malam kemuncak AJL37 turut diserikan dengan persembahan pembuka tirai oleh penyanyi Azlan and The Typewriter, Wany Hasrita, The Fam, Kaka, Syamel, Waris, Tuju dan Loca B.

Persembahan penutup pula diserikan dengan persembahan oleh tiga kumpulan hebat merentasi tiga zaman, Blues Gang, Exist dan Masdo.

Edisi ke-37 AJL diadili 10 juri profesional iaitu Datuk Mozhani Ismail selaku ketua juri, Noryn Aziz, Damian, Ad Samad, Khir Rahman, Datuk Acis, Altimet, LY, Jari dan Azlan Abu Hassan.

Membawakan tema ‘Dimensi Muzik’, AJL37 menggambarkan suasana industri muzik tanah air yang sentiasa rancak dengan karya-karya dari pelbagai genre muzik.


AJL 37  berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil buat julung kali menggandingkan dua hos wanita, Sherry Alhadad dan Jihan Muse bagi mengemudi acara itu. - CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sikatkutu 13-2-2023 02:00 AM
hebat ramalan jah,benar belaka
tapi baju aina ngan prob dia memang cantik  giler
Quote makadek 13-2-2023 02:22 AM
Bodo ah.... Takde makna tepat
Last year leh la caya tahun ni tepat lg
Mmg membongak. Sah2 org dlm leak..
Aku rasa aina pn tau dia menang.. Len macam cool dia
Quote cikgojesss 13-2-2023 02:45 AM
orang tb3 suku dah tau awal siapa top 5 nya. sskjp lahanat memang kuat menipu tak padan berbungkos.. purit shoplot bagi restu tak lakinya melagho ni siap pakej membongak pulak tu.. tak malu betul dah la ucap hari jadi diri sendiri
Quote Nozot 13-2-2023 02:49 AM
makadek replied at 13-2-2023 02:22 AM
Bodo ah.... Takde makna tepat
Last year leh la caya tahun ni tepat lg
Mmg membongak. Sah2 org dlm le ...

Setujuk..memang dah lama terpikir, mesti ada org dalam bagi hints nie
Quote tikusmontok 13-2-2023 07:37 AM
Ehhh dah berbungkos pun layan benda lagho, laki shoplot tak ajar kah?
Quote prizadane 13-2-2023 07:38 AM
Wow! Hebat Jah. Boleh jadi tukang tilik nasib ni. Tambah side income, gittew….
Quote zuliana29 13-2-2023 07:41 AM
AJL ni bukan dorg awal2 tau ke sapa bkl pemenang. kecuali persembahan terbaik sbg bonus...
Quote Skyline_84 13-2-2023 07:43 AM
prizadane replied at 13-2-2023 07:38 AM
Wow! Hebat Jah. Boleh jadi tukang tilik nasib ni. Tambah side income, gittew….

Boleh geng dgn Sifu mr paw..
Quote BoongaKertas 13-2-2023 07:51 AM
bila nak pindah tanah arab tu uols?
Quote dudaberhias 13-2-2023 08:00 AM
celah mana sheols ramal hesheh juara??? ke kaka yang buta tak reti membaca aka lagi bodoh dan dungu dari si ali puteh yang bangang masak tomyam tabur2 kat pagar rumah dayah tu....
Quote chekacheku 13-2-2023 08:12 AM
Allah...boringnya topik jah ni..bila la nk off soc med
Quote jihyomelly 13-2-2023 08:16 AM
masih sayangkan hiburan yg lagha nampaknya..tiap tahun jd tukang tilik ajl walaupun dah jd ninja
Quote idril 13-2-2023 08:20 AM
perghhh melindalooi...... cantik baju aina.........mmg menarik
Quote Burong_Hantuk 13-2-2023 08:31 AM
INgatkan bila dah berniqab & berhijrah ...dia dh x fikir pasal donia hiburan
Quote Lavender_Violet 13-2-2023 08:39 AM
Sendunya meols tatau langsung semlm final AJL
Meols mmg x polo Muzik2 tp tahun2 sebelum ni bila AJL finale meols mmg terpacak depan tiwi tapi tidak utk tahun ni
Rasanya meols baca dlm benang AJL lagu yg masuk final, banyak lagu yg meols tatau maybe sbb tu tak rooting for AJL this year
Semlm meols baca kat Twitter sajork komen & bideo2 yg diup kan
Quote Lavender_Violet 13-2-2023 08:40 AM
Last year pun Aina eh vokal terbaik?
Bukan Ernie ke?
Quote helicornia 13-2-2023 08:59 AM
aik, org dah tinggalkan hal dunia pun sibuk meramal juara AJL ke?
Quote ayukpingu 13-2-2023 09:02 AM
congrats...well deserve
Quote likilu 13-2-2023 09:13 AM
Lol puppet bagi prediction?
As if music awards ni semua pertandingan kan? Patut Ali gi tabur garam kat sini sekat sebarang ritual satanic cult kalau ada

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.071554 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top