CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hun Haqeem Teruskan Penggambaran Walau Ibu Jari Terseliuh

10-2-2023 09:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3319| Komen: 56

Description: Membawakan watak Zamir dalam projek siri terbaharu platform penstriman Viu, 'Nenek Bongkok Tiga', Hun Haqeem banyak terlibat dengan beberapa babak aksi dan pergaduhan.Pelakon itu berkongsi pengalaman ...

Membawakan watak Zamir dalam projek siri terbaharu platform penstriman Viu, 'Nenek Bongkok Tiga', Hun Haqeem banyak terlibat dengan beberapa babak aksi dan pergaduhan.

Pelakon itu berkongsi pengalaman mencabar di mana kebanyakan babak dilakukan di dalam hutan.


“Ada satu babak bersama-sama Syafie Naswip. Waktu itu pukul dua pagi. Waktu betul-betul nak mulakan penggambaran, ada sedikit insiden yang menyebabkan ibu jari terseliuh.


IG

“Pasukan pelakon lagak ngeri yang bantu saya masukkan semula tulang ibu jari. Waktu itu saya terfikir, ini baru nak shoot first take dan jadi macam-macam. Panjang lagi perjalanan shoot ini,” katanya sambil ketawa semasa ditemui Getaran di majlis sidang media 'Nenek Bongkok Tiga'. 

Hun bagaimanapun enggan membatalkan penggambaran dan meminta untuk terus beraksi walaupun jarinya belum pulih sepenuhnya. 




“Mereka minta saya bertenang dan minta saya  duduk untuk periksa keadaan tangan. Tapi saya rasa, jika disuruh duduk lagi saya akan rasa sakit. Jadi kita teruskan sahaja babak itu. 

“Saya bersyukur kerana Syafie Naswip sangat membantu dalam keadaan itu dan babak itu kita shoot sekali sahaja,” tambahnya.

Hun juga mengalami kecederaan di lutut dan terpaksa mendapatkan rawatan dengan ahli fisioterapi.

“Di dalam hutan kita memang berhadapan dengan benda tak dijangka seperti akar kayu. Tapi bila kita dah masuk mood karakter, kita jadi lupa. Banyak kali juga saya terjatuh. Lepas habis penggambaran baru saya sedar cedera di bahagian lutut kiri.

“Ia menyebabkan saya ke fisioterapi selama 12 sesi. Alhamdulillah sekarang keadaan kaki saya sudah membaik,” katanya. 



Nenek Bongkok Tiga bakal bersiaran bermula 9 Februari di platform penstriman Viu menceritakan tentang lapan individu terperangkap dalam sebuah rumah yang dijaga seorang nenek. 

Untuk keluar dari rumah tersebut, mereka perlu melalui beberapa cabaran seperti bermain permainan tradisional masyarakat Melayu. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 10-2-2023 10:25 PM
ala kesiannya.. semoga cepat sembuh untuk meneruskan production susu pekat likat... mana boleh pegang tanpa ibu jari kan...

melainkan @Kurex dan @Themilo nak volunteer secara percuma untuk tolong...
Quote KhaiBibik 10-2-2023 11:02 PM
Terbaik Hun walau kesian nak dengar berita ni.. doakan semoga cepat sembuh..
Quote Kurex 10-2-2023 11:05 PM
dudaberhias replied at 10-2-2023 10:25 PM
ala kesiannya.. semoga cepat sembuh untuk meneruskan production susu pekat likat... mana boleh pegan ...

Iols boleh guna kedua2 tangan iols utk tolong hun haqeem. Lepas ni hun haqeem mesti tercari2 serbis tangan iols
Quote heythere123 11-2-2023 12:01 AM
dudaberhias replied at 10-2-2023 10:25 PM
ala kesiannya.. semoga cepat sembuh untuk meneruskan production susu pekat likat... mana boleh pegan ...

kakadud hunhaqeem ni masuk dalam radar uols ke? iols ingat kakadud tak suka jantan katek
Quote dudaberhias 11-2-2023 12:05 AM
heythere123 replied at 11-2-2023 12:01 AM
kakadud hunhaqeem ni masuk dalam radar uols ke? iols ingat kakadud tak suka jantan katek

sebab herlok kita kena la maafkan dan terima kekurangan lelaki itu... agittewww ada exception gitu yach

tapi kalau shuk, tauke jambu etc yang hauk2 yang tu tak herlok jadi tak layak untuk di maafkan mahupun bersangka baik... dah la katik, kaki pompuan dan curang plak tu... kalau deorang di fitnah lagi afdhal kita mempercayai fitnah itu dari deorang sebagai langkah berjaga2...
Quote heythere123 11-2-2023 12:37 AM
dudaberhias replied at 11-2-2023 12:05 AM
sebab herlok kita kena la maafkan dan terima kekurangan lelaki itu... agittewww ada exception gitu ...

hehe, perenggan kedua kakadud tu iols dah hafal hokayy

prinsip dia kalau yg elok kita maafkan, kalau yg rupa hauk kita burukkan gittew

so hunhaqeem ni exception la ye walaupun heols katek masih lagi kakadud fangirl ya
Quote iraizz 11-2-2023 03:07 PM
heythere123 replied at 11-2-2023 12:01 AM
kakadud hunhaqeem ni masuk dalam radar uols ke? iols ingat kakadud tak suka jantan katek

Haqeem ni katik, tapi dia sedap mata memandang, senyuman manis, suara macho muka nampak matured walau baru 25 tahun body dah makin fit..
Quote heythere123 11-2-2023 04:10 PM
iraizz replied at 11-2-2023 03:07 PM
Haqeem ni katik, tapi dia sedap mata memandang, senyuman manis, suara macho muka nampak matured wa ...

haah, mungkin sebab tu la kot ramai fangirl. Heols pon nampak mesra je, tak nampak poyo
Quote belilies 11-2-2023 05:21 PM
Yang tengah atas dlm poster tu sherly merlis ke? Sbb tengok gbr guna fon ni gbr kecik n nampak cam faizal hussein pun ada. Assume tgh tu kene pompuan nenek si bongkok 3. Takpun ozlynn? Sbb ozlynn ni pun nak dekat cam muka faizal hussein
Quote heythere123 11-2-2023 07:40 PM
belilies replied at 11-2-2023 05:21 PM
Yang tengah atas dlm poster tu sherly merlis ke? Sbb tengok gbr guna fon ni gbr kecik n nampak cam f ...

haah tu sherie merlis
Quote diamondhoney 11-2-2023 10:22 PM
iols rengsa ngan heols punya acting kalo scene marah je terjerit2..sama rengsa iols masa tengok heols dalam angkara cinta.
Quote gideoncross 12-2-2023 06:48 AM
heythere123 replied at 11-2-2023 12:01 AM
kakadud hunhaqeem ni masuk dalam radar uols ke? iols ingat kakadud tak suka jantan katek

Klau lazat, xkn lh xnak ambil?
Quote gideoncross 12-2-2023 06:49 AM
iraizz replied at 11-2-2023 03:07 PM
Haqeem ni katik, tapi dia sedap mata memandang, senyuman manis, suara macho muka nampak matured wa ...

Siapa2 pun x kira llaki or prmpuan, klau pndai mnjga image diri, mmg akn nmpk smpurna wlaupun bru 20-25. Lgi2 klau yg jnis rjin exercise.
Quote gideoncross 12-2-2023 06:49 AM
heythere123 replied at 11-2-2023 04:10 PM
haah, mungkin sebab tu la kot ramai fangirl. Heols pon nampak mesra je, tak nampak poyo

Sat lgi jejantz Mulayu Melesia triggered sbb dorg pun katik tpi xde pminat
Quote heythere123 12-2-2023 10:35 AM
gideoncross replied at 12-2-2023 06:48 AM
Klau lazat, xkn lh xnak ambil?

aiyo kaka uols pon taste dgn dia ke
Quote heythere123 12-2-2023 10:36 AM
gideoncross replied at 12-2-2023 06:49 AM
Sat lgi jejantz Mulayu Melesia triggered sbb dorg pun katik tpi xde pminat

jejantz melesia kena kurangkan poyo dulu
Quote wirazam 12-2-2023 10:48 AM
heythere123 replied at 11-2-2023 12:01 AM
kakadud hunhaqeem ni masuk dalam radar uols ke? iols ingat kakadud tak suka jantan katek

Brp tinggi dia
Quote heythere123 12-2-2023 10:59 AM
wirazam replied at 12-2-2023 10:48 AM
Brp tinggi dia

iols teka 175
Quote supernaturalee 12-2-2023 11:50 AM
Overnya poster dgn muka msg2 mcm tgh menahan  sembelit
Background dh cun

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.076651 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top