CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Ada LV, Balenciaga, Prada Dan Banyak Lagi.. Ada Harga RM14,000 Tapi Nak Jual RM1,000 je.." Neelofa Nak Jual Koleksi Kasut Preloved Berjenama ... ...

5-2-2023 11:00 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 24008| Komen: 254

Description: Usahawan, pelakon dan pengacara popular, Noor Neelofa mengumumkan untuk menjual sebahagian daripada koleksi kasut berjenama mewah miliknya pada satu karnival preloved yang akan berlangsung pada 4 dan ...

Usahawan, pelakon dan pengacara popular, Noor Neelofa mengumumkan untuk menjual sebahagian daripada koleksi kasut berjenama mewah miliknya pada satu karnival preloved yang akan berlangsung pada 4 dan 5 Februari ini.

Neelofa, 34, mengambil keputusan itu kerana menurutnya kebanyakkan kasut tersebut sudah tidak lagi digunakan lagi.

Jelasnya lagi di Instagram Stories, lebih banyak dijual secara preloved dengan harga yang murah berbanding tersimpan di dalam kotak.


"Saya nak buat preloved kasut-kasut saya yang sangat banyak. Saya ada jenama Louis Vuitton, Balenciaga, Prada dan banyak lagi. Semua kasut-kasut ini saya dah tak pakai sangat sekarang.


"Kasut-kasut ini kalau tak dalam kotak je, tak tahu nak pakai bila. Ada satu kasut yang harga RM14,000 tapi nak jual RM1,000 je. Ada yang belas-belas ribu dan puluh ribu, jual RM400, RM500 je la. Ada yang nak jual RM200, RM300, ikut harga yang nanti kita letak," katanya.


Pada perkongsian sama, isteri pendakwah bebas, Haris Ismail itu mengingatkan bakal pembeli bahawa kasut yang ingin dijualnya adalah yang pernah dipakainya (preloved) dan bukan kasut baru.




"Cuma saya nak beritahu, kasut ini semua 90 peratus yang sudah saya pakai, selebihnya belum pakai. Jadi jangan jangka ia dalam keadaan yang sempurna. Ini semua preloved yang saya pakai', ujar ibu kepada Muhammad Bilal.


Jadi korang apa tunggu lagi! Agaknya siapalah yang bertuah berjaya beli kasut berjenama milik selebriti terkenal ini. Dah lah berjenama, murah pula tu. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote codenamedream 5-2-2023 06:49 AM
Selipar karat tu yg plg Mahal

5k sebab paling kuat bau kaki

IMG_20230205_064840.jpg
Quote fadz84 5-2-2023 06:53 AM
codenamedream replied at 5-2-2023 06:49 AM
Selipar karat tu yg plg Mahal

5k sebab paling kuat bau kaki

Hahaha... Tetiba plk selipar tu kat situ...
Quote Piramida 5-2-2023 07:28 AM
Edited by Piramida at 5-2-2023 07:30 AM

Kata kayaaa kan.. Maybe nak salurkan kat yayasan dia lah tu kot? ... Syukur.... Dan akan war warkan sumbangan nama dia. Jah Bungkus kan suka war war kan nama sendiri. Hihi

Mulut je tutup niqab tp mulut dia tetap canang mencanang... Gebang menggebang.
Quote Piramida 5-2-2023 07:29 AM
Benak dah bersedia kira duit nak beli.
Quote epal_putih 5-2-2023 07:29 AM
Elok la jah jual...
Jah nk betul² berubah...
Pki snekers jerla
Quote aechae 5-2-2023 07:36 AM
Saiz kasut dia berapa?
Quote she 5-2-2023 07:50 AM
1. Dah tak pakai kasut daring sebab sibuk nak kejar anak(s) bakalan plural

2. Buat modal cover loop rugi bisnes

3. Jah takde duit
Quote Kancilkering 5-2-2023 07:53 AM
Edited by Kancilkering at 5-2-2023 08:14 AM

sure trader bundle ambil lps tu jual kat org cakap barang ni brand new dpt dari dubai lah uk lah bla bla…..


alang alang spring cleaning jah….tudung zaman shmp tu semua buang…..turban bagai tu….
Quote BknMaksum 5-2-2023 08:07 AM
she replied at 5-2-2023 07:50 AM
1. Dah tak pakai kasut daring sebab sibuk nak kejar anak(s) bakalan plural

2. Buat modal cover loop ...

No 3 tu yg mcm tepat skali
Quote imanjannah 5-2-2023 08:10 AM
baguslah jual klu kita dah tak guna lagi, bukan saja kasut, apa2 pun brg yg kita ada, tapi sudah tidk digunakan, klu masih elok boleh jual atau sedekah pada org lain, klu dah x ok, hantar ke pusat recycle..
Quote chocobozhere 5-2-2023 08:20 AM
Edited by chocobozhere at 5-2-2023 08:26 AM

Forumer mana tah salah faham dgn ayat jah pasal 90% tu sefaham aku dalam semua kasut dia tunjuk tu 90% dia dah pakai dan 10% lg masih baru.. Gitu fahaman aku. Tp fahaman n forumer tu igt jah dah lanyak kasut dia 90%.. Ke aku yg salah baca. Hahaha.. Btw aku tengok jugak tapak kasut yg haus tu...ke kotor..haha..
Quote Realpeople17 5-2-2023 08:25 AM
Benak bleh get ready utk keluarkan duit asb atau gadai brg kemas utk support jah. Benak supporter no syatu jah msti akn berebut nk beli.
Quote Rogue98 5-2-2023 08:30 AM
Dah 2 tahun dia berniqab...kahwin paksetad....baru skrg dia nak letgo kasut LV,  Balenciaga blablabla...
Aku korbankan apa yang paling saya suka...kecantikan.
Quote Nham22 5-2-2023 08:42 AM
Saiz cenonet jela.. Sbb die pon kecik ja orgnya....
Quote ujio 5-2-2023 08:45 AM
Kasut preloved tapak hauss..
Quote Pak.dolla 5-2-2023 08:51 AM
Edited by Pak.dolla at 5-2-2023 01:42 AM
Rogue98 replied at 5-2-2023 12:30 AM
Dah 2 tahun dia berniqab...kahwin paksetad....baru skrg dia nak letgo kasut LV,  Balenciaga blablabl ...


Agaknya rumah 8petaling sempit xda ruang nak simpan kasut kopak tu tak?
Quote zehra2 5-2-2023 08:53 AM
elok la jual. dari simpan je. esok2 boleh beli lain.
Quote Gugucat 5-2-2023 08:55 AM
Kasut semua haus kotor berdaki. Tk layak nk preloved bagai. Pgi recycle bin je
Quote margo20 5-2-2023 08:57 AM
Klu 90% da pakai tu buat sodakoh jela

Lihat semua komen(254)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.302272 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top