CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Filem Gengster Tempatan Galak Jenayah? Pandangan Masyarakat Ada Kalanya Kelakar' - Aaron Aziz

3-2-2023 09:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2355| Komen: 27

Description: Datuk Aaron Aziz, 47, memuji usaha pengkarya tempatan yang berani menghasilkan pengisian kandungan di luar kotak meskipun penghasilan naskhah seperti itu mungkin diselar.Menurut aktor itu, naskhah yan ...
Datuk Aaron Aziz, 47, memuji usaha pengkarya tempatan yang berani menghasilkan pengisian kandungan di luar kotak meskipun penghasilan naskhah seperti itu mungkin diselar.

Menurut aktor itu, naskhah yang mengetengahkan jalan cerita mengenai kumpulan gengster misalnya, tidak semestinya dilihat dari sudut negatif kerana setiap produksi turut menyelitkan nilai positif.


“Pandangan masyarakat kita ini ada kalanya kelakar. Kalau drama atau filem gengster tempatan disiarkan di kaca televisyen, kononnya boleh menggalakkan budaya tidak sihat dan jenayah.


Utusan

“Tetapi, bagaimana pula dengan karya luar yang mereka tonton di saluran lain? Sekarang ini, dengan adanya platform penstriman seperti YouTube, Netflix, Viu, IFlix, Apple TV, semua orang boleh ada akses untuk tengok genre pilihan mereka.

“Hendak kata cerita gengster kita boleh beri pengaruh tidak baik pada anak-anak, ibu bapa kena mainkan peranan. Ini bukan soal cerita kita tidak baik, tetapi pemantauan ibu bapa terhadap bahan kandungan yang ditonton,” katanya kepada Utusan Malaysia.


Selain itu, kata Aaron, tidak adil untuk meletakkan hukuman kepada karya tempatan kerana sekatan itu akan membataskan kreativiti anak tempatan dalam menghasilkan naskhah.

Berikutan itu, jelas pelakon filem KL Gangster ini, ibu bapa harus bertanggungjawab untuk memantau bahan kandungan yang ditonton anak-anak mereka, sama ada di skrin televisyen atau media sosial.

“Anak-anak sekarang semua ada akses internet. Untuk tengok apa sahaja, mereka boleh google dan buat carian, sama ada yang baik atau tidak elok. Ibu bapa kena ambil tahu bab ini dan periksa apa yang ditonton anak-anak.

“Saya dan isteri buat perkara sama terhadap anak-anak. Tidak cuma di kaca televisyen, penggunaan media sosial juga boleh membawa unsur negatif, contohnya buli siber.

“Tidak cuma golongan remaja atau anak-anak, buli siber juga berlaku dalam kalangan orang dewasa. Jadi, didik anak-anak untuk elak melakukan hal begitu dari awal,” katanya.

Aaron berkata demikian sebagai mengulas reaksi segelintir pihak terhadap drama Projek High Council yang disiarkan di Astro Ria yang beranggapan, naskhah seperti itu boleh membawa pengaruh jenayah buli dalam kalangan pelajar sekolah.

Drama arahan Anwari Ashraff itu mengetengahkan sisi gelap kehidupan pelajar sekolah berasrama, termasuk insiden buli yang ada di antaranya tidak dihebahkan kepada umum.

Antara pelakon yang membintangi drama tersebut ialah Nadhir Nasar, Mierul Irfan dan Naim Daniel.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 3-2-2023 10:28 PM
gangster2 dan rempit ni dah soo yesteryears dah dik... bukan di luar kotak lagi dah... tapi dalam kotak... dekat malaysia ni rakyat dah hadap era filem gangster since tahun 1990 lagi... terima je lah hakikat... omputeh, jepun serta hong kong pun rasa dah basi nak buat filem gangster...
Quote heythere123 3-2-2023 10:30 PM
dudaberhias replied at 3-2-2023 10:28 PM
gangster2 dan rempit ni dah soo yesteryears dah dik... bukan di luar kotak lagi dah... tapi dalam ko ...


setuju kakadud, memang la ada unsur positif yg dorang letak contohnya bila gengster tu tobat ke apa tapi benda dah lapuk deknon. Tapi yg pasti banyak unsur negatif sebenarnya

Lagi suka kalau buat cerita dalam penjara macam Prison Playbook contohnya
Quote Perawankota 4-2-2023 04:54 AM
Aku tgk drama/filem 5lion kt YouTube tu hauk sehauk2nya.. Tak tau lah bang Aaron punya ke idok, tapi nmpk lah dia ada dalam tu jadik bro AA. Filem collab dgn vape empire.. Sikit2 promote vape. Dah lah yang sorg tu, klu bercakap mcm stone jer..
Quote MatDeghem 4-2-2023 05:50 AM
filem obersi kalau kita tengok kita tak bleh relate sangat dgn kehidupan kita.

tetapi kalau filem lokal , pelakon lokal (idola malaya, hero malaya), scenery nya lokal (KLCC, kampung), bahasa lokal (bahasa ibunda kita)... kita mudah relate.

Dan bila terlalu selalu di tayang di panggung, di tv ...maka nya mula lah di terima dan di normalisasikan.

dalam ape2 pun...yang penting didikan keluarga dan sekolah.
Quote ezacbee 4-2-2023 06:58 AM
Perawankota replied at 4-2-2023 04:54 AM
Aku tgk drama/filem 5lion kt YouTube tu hauk sehauk2nya.. Tak tau lah bang Aaron punya ke idok, tapi ...

Aku baru nak layan. Cam kartun cite ni. Semua pelakon kepam.
Quote SalenaGomez 4-2-2023 07:20 AM
Aik …dia tatoo ori ke tu
Quote Pak.dolla 4-2-2023 07:40 AM
Cer buat filem dr kisah sebenar seorg rentis gangster taik kucen tu....hahaha..dgn sskjp dia menikus...bila tang org lain dia pilih² nak dimaki...berani tombok abangla je...pernah kena sound dgn somi retis pompun yg lakinya merupakan pelakon juga....terus gangster taik kucen tu minta mahap....mcm gangster filem tamil ja pangai rentis tu...
Quote TomyamPuteh 4-2-2023 07:42 AM
Cer tgk pengaruh cita Tamil? Kt Malaysia ni pun Sikit2 nk menetak, Sikit2 nk membunuh.
Quote ohsoyaya 4-2-2023 09:23 AM
Buatlah cerita2 mcm Wan Hasliza buat. Cerita kemasyarakatan. Gengster2 ni buat apa
Quote hayrin86 4-2-2023 09:28 AM
heythere123 replied at 3-2-2023 10:30 PM
setuju kakadud, memang la ada unsur positif yg dorang letak contohnya bila gengster tu tobat ke ap ...

Sama la.. Filem-filem jenis begini tidak mustahil menyaingi filem-filem terbitan 1960-an hingga 1988. Bukan macam filem cintan-cintun dan lawak bebal serta campuran romantik komedi bebal..

Quote grouper 4-2-2023 09:29 AM
Nak wat cite gangster buat la betul2 mcm cite pasal pekida,3 line ada ayahanda bagai....ni x abis2 dialog wa lu gua....bosan tau x
Quote sailormars 4-2-2023 05:46 PM
cite gengster lagi bnyak bagi contoh x baik dr baik...dah la bile gengster mesti lu gua lu gua...bosannnn....cuba buat kelainan guna saya awak pulak bile gengster [em:3:]....

hey awak...tu kawasan saya...jangan berani nak ambik....nanti saya pancung awak...gitewww [em:4:]
Quote NotYou 4-2-2023 06:26 PM
Hahahaha dia takut filem gangster taik kucing yg dia berlakon  tak laku ...cite gangster yg iols suka tgk cite korea ma dong seok...gangster melayu wa lu wa lu tak habis2 hahaha
Quote cm_vungtau 4-2-2023 06:31 PM
Gengster taik kucing

Buat la filem macam Usop Selam tu, filem polis ke hapa. Gengster2 ni orang tak pergi sekolah aje yang suka

Gengster2 zaman acik forum sekolah dulu pun, semuanya nan hado. Siap kena tendang universiti lagi. So siapa la sangat nak tengok filem gengster kecuali budak kelas belakang.
Quote Perawankota 4-2-2023 06:46 PM
ezacbee replied at 4-2-2023 06:58 AM
Aku baru nak layan. Cam kartun cite ni. Semua pelakon kepam.

Aku kenal few pelakon2 tu.. Tengok pon sebab nak support dorg.. Tapi tolong lah… Nak cakap byk pon tak sanggup..
Quote dani-rox 4-2-2023 06:52 PM
satu je citer gangster dlm donia ni ai suka tengok, Godfather trilogy jah

yg lelain tu esp filem gangster lokalista, pls stop trying. TQ
Quote mrseller 5-2-2023 12:13 PM
Gengster semua lay low, tak tunjuk. Yg cite tatu suku badan, lu gua lu gua ni, budak 3 line baru register smlm hari, hari ni dpt offer bonzer kelab. ????
Quote Dodod 5-2-2023 01:15 PM
Cerita luar dah bnyk..jadi msia xperlu buat dah cerita2 mcm ni..usahakanla cerita yg boleh membentuk masyarakat..dari segi adab..akhlaq..tunjukkan nilai2 murni..
Quote Belibis 6-2-2023 09:35 AM
dudaberhias: gangster2 dan rempit ni dah so ...

Arun masih terperangkap dalam kapsul masa.
Macam john rambo,bawak sampai ke rambo 4.buat la citer2 politik macam movie tamil.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.351951 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top