CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

The Jebats Menang RM20 Ribu, Berhabis RM150 Ribu Untuk Beri Yang Terbaik Dalam Famili Duo, “Secara Kontra Ia Tak Berbaloi”

6-2-2023 01:16 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 9736| Komen: 120

Description: Acara akhir rancangan realiti Famili Duo malam tadi menyaksikan pasangan adik beradik, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang wang ganjaran sebanyak RM100,00 ...



Acara akhir rancangan realiti Famili Duo malam tadi menyaksikan pasangan adik beradik, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang wang ganjaran sebanyak RM100,000.

Manakala The Jebats iaitu pasangan Ayda Jebat dan Fyna Jebat merangkul tempat kedua membawa pulang wang RM20,000. 

Memetik laporan Xtra, walaupun tak juara, pasangan ini berpuas hati dapat berikan yang terbaik sepanjang beraksi di pentas itu.

Ayda juga mendedahkan dia mengeluarkan kos melebihi RM150,000 untuk 8 minggu pertandingan.



Kapal terbang, sarkas, tapak pembinaan, konsert rock dan macam-macam lagi… Semua sudah kami tonjolkan setiap minggu. Menghitung semula kos yang saya keluarkan sendiri, secara kontra ia tidak berbaloi dari semua segi, termasuklah soal usaha, kreativiti, masa, tenaga dan sebagainya.

Tapi saya gembira kerana sebagai penyanyi, saya puas dapat menghiburkan orang ramai. Saya sudah berikan terbaik untuk peminat. Cuma mungkin saya perlu fikirkan soal ‘practicality’.


Namun begitu, dia gembira dapat berkongsi rezeki dengan pemuzik dan orang di belakang tabir seperti props, tetamu undangan, jurusolek, pereka fesyen dan ramai lagi. Dia menganggap kos yang dikeluarkannya itu adalah rezeki untuk orang lain.

Walaupun tak juara, pengalaman di Famili Duo dah tentu tak dapat diperolehi di tempat lain, ujarnya.



Famili Duo musim kedua telah berlangsung selama 8 minggu yang disiarkan pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi saluran TV3 serta boleh distrim secara online di watch.tonton.com.my. - CARI






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote colorpensel 6-2-2023 11:32 AM
memang tak baloi pun.. siapa suruh berhabis.lainlah macam OIAM dapat sejuta
Quote fadz84 6-2-2023 11:37 AM
Ada je berbunyi klu AJ ni... Vokal bkn sedap pun... Terjerit2 je smlm... Harapkan segerombolan manusia atas pentas tu jela...
Quote cmf_ctrl 6-2-2023 12:03 PM


Gambar pakai baju gold tu dah macam ac mizal dah si ayda
Quote KamikuP 6-2-2023 12:03 PM
Sapa suruh takde sapa acu pistol suruh ko  keluarkan modal RM150k.. kalau meollss baik beli rumah tak pun kereta elektrik..ekekekeke
Quote anggeriklatifah 6-2-2023 12:07 PM
fadz84 replied at 6-2-2023 11:37 AM
Ada je berbunyi klu AJ ni... Vokal bkn sedap pun... Terjerit2 je smlm... Harapkan segerombolan manus ...

Dia memg gitew...addeeeeeeeeeè je bunyik kalau tak menang atau tak dapat masuk apa2..sme ada tak puas hati secara direct atau pon kias2...dari af camtu..yg dedulu af tersingkir tu....pon cakap mcm2....takndpt masuk juaraa lagu pun sama...siap nak tgok permarkahan kat dlm kad tu....masalahnyaaa kalau kau tu taraf suara aina abdul takpe la jugak...
Quote darling0802 6-2-2023 12:12 PM
Habis tu masuk pertandingan untuk apa kalau hadiah juara rm100k tapi labur rm150k..sekadar suka2?
Quote doubleA 6-2-2023 12:12 PM
Kalau ko juara dpt 100k pun tak balik modal, sebab modal 150k katanya
Quote Rogue98 6-2-2023 12:14 PM
Sarkas? Kapal terbang? Tapak pembinaan? Orang suruh nyanyi...bukan suh jadi badut, pilot etc..memanglah tak berbaloi.
Quote ruffeza87 6-2-2023 12:19 PM
Beria2 sgt berhabis masalahnye persembahan tak sedap dia je perasan syok sendiri. Iols penah tertengok sekali je masa dia bawak tema ala2 opera cina ke ape tah kelaut sungguh xkena tune nye tolong la sedar. Masa tema rock pon nyanyi ala2 balad bajet sedap sangat le tu.
Quote uori 6-2-2023 12:27 PM
modal kena lebih sebab bakat tak seberapa
Quote rayray28 6-2-2023 12:29 PM
Ayda zaman2 mendunia asik menang anugerah popular..like dia pn bkn mkn byk..naw sendu dh..tp masuk rancangan ni dpt laa disebut2 balik nama
Quote epuepy 6-2-2023 12:38 PM
Jauh beza tmpt pertama dgn kedua. Dh mcm pertandingan peringkat zon sekolah je. Tp ok la. At least org kenal di fyna ni dri program ni. N dgn aksi tarik rambut.
Quote epuepy 6-2-2023 12:40 PM
Diorg habis duit sbb bwk 1 kampung naik stage. Cuba Rilek2 je. Takde la habis bnyk sgt
Quote Madel 6-2-2023 12:43 PM
Final nyanyi lagu Gangnam Style...apooo
Pemilihan lagu tak sesuai
sama mcm gi Bella jongang tu, nyanyi lagu let's it go..nko ingat ni persembahan acara akhir thun budak tadika ke.
Quote anakkerengga 6-2-2023 12:43 PM
Silap sendiri… knp mst berbelanja byk kalau dah tahu  hadiah tak seberapa..
Quote azimodin 6-2-2023 12:49 PM
X pandai pilih lagu, suara acah2 sedap, persembahan gimmicky. Baik iouls tengok Rupaul's Drag Race.
Quote margo20 6-2-2023 01:19 PM
Kikiki lain kali sblm final bgtau siap siap brp byk da habis baru ade can menang kot
Quote AcikBuncit 6-2-2023 01:21 PM
Ko sndiri bodo beria2 berhabis buatpe.. Prsembahan bape mnit je pn.. Org pn bkn dok nk tgk ko sgt..
Quote blue_blur 6-2-2023 01:22 PM
kesian nya... macam kena scam je... hadiah tv3 bagi total rm120k je?

pengalaman program tu dan kerugian rm130k kemana pun ia bawa kau, kesian.

Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.330020 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top