CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sporting Ikut Tema, Fazura Dan Tengku Permaisuri Selangor Curi Tumpuan Hadir Konsert Melly Goeslaw Pakai Baju Sekolah

5-2-2023 08:30 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 48354| Komen: 491

Description: Konsert penyanyi terkenal Indonesia, Melly Goeslaw malam tadi yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ternyata memberikan kepuasan buat 3,000 peminat setianya.


Konsert penyanyi terkenal Indonesia, Melly Goeslaw malam tadi yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ternyata memberikan kepuasan buat 3,000 peminat setianya.

Lebih mencuri perhatian ramai apabila Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan juga pelakon Fazura mengenakan seragam sekolah ketika menghadiri konsert penyanyi itu.

Melalui satu hantaran di Instagram Fazura, Tengku Permaisuri dan juga Fazura tampak persis pelajar sekolah memakai seragam kurung putih, kain biru dan menggalas beg sekolah.

Fazura dan Fattah meluahkan rasa teruja namun mengakui merasa amat segan dan senang dengan keramahan DYMM SPB Raja Permaisuri Agong dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor.


"Patik merafak sembah dan menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj serta merafak sembah dan menjunjung kasih, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin diatas perkenan mencemar duli berangkat ke Konsert “Ada Apa Dengan Melly?” di Dewan Plenary, KLCC malam semalam. Turut menjunjung kasih kehadapan YAM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang turut berangkat menyerikan konsert Melly Goeslaw malam tadi".

Faz dan Fattah sangat teruja. Bagai bulan jatuh ke riba, Faz amat segan tetapi berasa senang dengan keramahan DYMM SPB Raja Permaisuri Agong dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor semasa konsert Melly, manakala YAM Tengku Afzan sememangnya menepati gelaran “Beauty with Brain” yang pernah Faz baca sebelum ini".

Konsert artis terkenal Indonesia, Melly Goeslaw semalam penuh dengan tenaga, suasana ceria, aura positif dan dipenuhi rasa nostalgia. Faz meminati Melly sejak sekian lama dan beliau artis yang sangat berbakat lagi versatil. Malam yang akan Faz kenangi selama-lamanya, sangat istimewa di kalangan Ratu-Ratu Hati. Memang best dan kami yang hadir semuanya terhibur semalam".

Sekalung tahniah dan berbanyak terima kasih kepada Ketua Pengawas Sekolah semalam, Encik @imantang75 diatas satu konsert yang tidak akan dilupakan" katanya.







Rata-rata netizen memuji sikap ‘sporting’ Tengku Permaisuri Norashikin dan juga Fazura yang mengikut tema pakaian "back to school" bagi memeriahkan lagi konsert yang berlangsung selama dua hari itu.


Turut dilihat mencemar duli dalam memeriahkan konsert tersebut ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.






Konsert ‘Ada Apa Dengan Melly?’ (AADM) merupakan konsert pertama Melly Goeslow di Kuala Lumpur bermula semalam. - CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenolen 5-2-2023 02:59 AM
Tahniah Melly konsert meriah dan menghiburkan…kaka suka semua lagu2 Melly  
Quote dudaberhias 5-2-2023 03:26 AM
kurlast kaka faz...

seteru pulak nak counter dengan berita apa pulak lepasni?

mesti berderau hati sorang lagi tu sebab dia hanya mampu outing dengan bibik2 filipin dan hendon, turun naik lif kepam ke kedai tomyam depan kondo retak tu...
Quote jajahoney 5-2-2023 04:16 AM
dudaberhias replied at 5-2-2023 03:26 AM
kurlast kaka faz...

seteru pulak nak counter dengan berita apa pulak lepasni?



kan! rapat dengan royal family tu.. bff pun dengan orang terkaya indonesia nagita n raffi ahmad. kerlasst faz


Quote Realpeople17 5-2-2023 04:54 AM
Ingtkan faz in character pegang búku. Rupenye clutch bag. Btul kata komen tu rare yakmat!
Quote honey_yayan 5-2-2023 05:04 AM
Napew bamtah tak pakai baju sekolah jugakk..alaaa.ta syepotim
Quote limau_lemon 5-2-2023 05:23 AM
Agak2 Queen selatan berbulu tak tgk gambar Kakak ipar elok je dgn faz?
Quote she 5-2-2023 05:23 AM
Comel Faz
Jah mesti ketap2 bibir sambil jemari meramas peha bini
Lantas menghubungi Nagita
Minta slot dekat Rans Ent
Quote KucingBiru 5-2-2023 05:57 AM
honey_yayan replied at 5-2-2023 05:04 AM
Napew bamtah tak pakai baju sekolah jugakk..alaaa.ta syepotim

Eh bamtah pakai sweater ala sport guy kat sekolah. Kelihatan so wangi....
Quote Kancilkering 5-2-2023 06:27 AM
limau_lemon replied at 5-2-2023 05:23 AM
Agak2 Queen selatan berbulu tak tgk gambar Kakak ipar elok je dgn faz?

asal lak dia nak berbulu yihhhhhh


Quote SalenaGomez 5-2-2023 06:51 AM
Cepatnya melly jadi kurus
Quote codenamedream 5-2-2023 06:57 AM
dudaberhias replied at 5-2-2023 03:26 AM
kurlast kaka faz...

seteru pulak nak counter dengan berita apa pulak lepasni?

Benak tiber dah ada yg tersentap.
Tak diusik pun terasa tercuit

IMG_20230205_065603.jpg

Mungkin seteru boleh share video anak Iman dgn Billie bermain bersama
Quote codenamedream 5-2-2023 06:58 AM
honey_yayan replied at 5-2-2023 05:04 AM
Napew bamtah tak pakai baju sekolah jugakk..alaaa.ta syepotim

Bamtah kan abang form 6 kat high school Cameron Highland
Quote rainbowrainz 5-2-2023 07:05 AM
Halah halah
Quote tiesza169 5-2-2023 07:13 AM
honey_yayan replied at 5-2-2023 05:04 AM
Napew bamtah tak pakai baju sekolah jugakk..alaaa.ta syepotim

mcm pakai baju sekolah kat dalam... sweater kat luar.... seluar pun kaler hijau tua... cam budak2 sekolah tua dah masing2

Quote prizadane 5-2-2023 07:18 AM
dudaberhias replied at 5-2-2023 03:26 AM
kurlast kaka faz...

seteru pulak nak counter dengan berita apa pulak lepasni?

Kaka dud, jah buat amal jariah. She sanggup preloved kan kasut mahal sheols yang harga berpuluh ribu setakat rm200-rm300. Mulia nya hati seorang jah. Sanggup berkongsi rezeki n bau kepam kaki bersama lobenaks
Quote jejarihalus 5-2-2023 07:29 AM
Lawanya fazzz....mcm bdk form 5
Quote jihyomelly 5-2-2023 07:33 AM
codenamedream replied at 5-2-2023 06:57 AM
Benak tiber dah ada yg tersentap.
Tak diusik pun terasa tercuit


ouchhhhh terasa ke?
Quote limau_lemon 5-2-2023 07:51 AM
Kancilkering replied at 5-2-2023 06:27 AM
asal lak dia nak berbulu yihhhhhh

Queen selatan kt reject kaw2 faz dulu..
Quote Kancilkering 5-2-2023 07:57 AM
limau_lemon replied at 5-2-2023 07:51 AM
Queen selatan kt reject kaw2 faz dulu..

dh reject pun kan….x dek lh end up sama nasib dengan emak sol tu…..dpt menantu madu….

Lihat semua komen(491)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.217810 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top