CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Dia Memang Anak Baik, Sanggup Tolak Semua Job Nak Jaga Mak' - Janna Nick Puji Fikry Ibrahim

3-2-2023 06:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1936| Komen: 8

Description: Peminat terharu dengan perkongsian Fikry Ibrahim yang memuat naik video bercuti bersama ibu tersayang ke Langkawi.Apa yang peminat kagum apabila Fikry dilihat tidak kekok menguruskan ibunya berusia 74 ...
Peminat terharu dengan perkongsian Fikry Ibrahim yang memuat naik video bercuti bersama ibu tersayang ke Langkawi. 

Apa yang peminat kagum apabila Fikry dilihat tidak kekok menguruskan ibunya berusia 74 tahun, termasuk menyiapkannya sebelum keluar bersiar-siar.


Menerusi ruang komen, ada yang memberitahu ibu pelakon itu sudah kurang berdaya untuk berjalan dan pernah diserang angin ahmar kira-kira dua tahun lalu.


IG

Dalam video tersebut, Fikry menyiapkan ibunya dengan memakaikan gincu dan bedak pada wajah sekali gus membuatkan hati netizen tersentuh.

Perkongsian aktor itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengagumi serta memuji aktor itu yang menyantuni ibu tercinta.

Pelakon dan hos TV popular Janna Nick juga berkongsi video ini di laman Instagramnya.



Mungkin artis berusia 27 tahun ini agak rapat dengan Fikry dalam industri hiburan sehingga tahu keperibadian anak jati Kedah ini. 

Janna mendedahkan Fikry sememangnya anak yang baik dan memuji sikap Fikry yang sentiasa mengutamakan ibunya dari hal-hal yang berkaitan dengan kerja.




Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 3-2-2023 09:04 PM
Bagusnyaaa.. Harap dia pon dapat jodoh yg baik2
Quote Abc246 3-2-2023 10:02 PM
Teringat zulin prank fikry nak pinjam duit. Laju je fikry kata boleh. Memang baik orang nya
Quote Fazsemput 6-2-2023 07:24 PM
Ada drama ape ye..x ingt.. drama tu x abis shoot lagi.. tpi watak die truss ilng mcm tu..sebb mak de sakit.. so die x shooting trus..
Quote belilies 6-2-2023 09:49 PM
Abc246 replied at 3-2-2023 10:02 PM
Teringat zulin prank fikry nak pinjam duit. Laju je fikry kata boleh. Memang baik orang nya

Ha yg nilah iols tengok dulu tu. Kat sini mmg tau heols memang baik orgnya. Untunglah yg kawen ngan heols. Bukan sikit2 tau zulin nak pinjam masatu, puluh ribu duit muka nak biz baru ke apa ntah. Sbelum tu zulin nak pinjam duit byr sewa rumah tertunggak pun heols nak hulur
Quote pilssowe 6-2-2023 10:07 PM
Gf dia bukan retis.tp iols tak rasa dia akan kawen dalam masa terdekat.focus dia dkt mak dia.
Quote aammyy 6-2-2023 10:18 PM
Dia mmg anak mak kan. I tengok cerita apa entah dia suruh crew tunggu kejap, tunggu mak dia pakai tudung elok2 dulu baru rakam. Tapi i takleh lupa dia kena tahan roadblock pastu buat2 taktau ada PKP takboleh rentas negeri/daerah. Maybe terdesak kot.
Quote de_ikea 6-2-2023 10:28 PM
Anak soleh ni
Quote irsa 6-2-2023 10:33 PM
Mmg ada anak yg mcm nie, nak berbakti kpd org tua sebaik mungkin. Mengenang jasa n budi. Susah nak jumpa zmn la

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.052652 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top