CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Saleha, Ben Amir Dinobatkan Ratu Dan Bintang Telenovela

6-2-2023 10:30 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 4203| Komen: 43

Description: Aktres jelita Siti Saleha dan aktor kacak Ben Amir dinobatkan sebagai Ratu Telenovela dan Bintang Telenovela pada malam kemuncak Anugerah Telenovela kali ke-8 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia ...



Aktres jelita Siti Saleha dan aktor kacak Ben Amir dinobatkan sebagai Ratu Telenovela dan Bintang Telenovela pada malam kemuncak Anugerah Telenovela kali ke-8 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Sabtu lalu.

Siti Saleha atau mesra disapa sebagai Sally, 33, menerusi satu hantaran di laman Instagram, meluahkan rasa syukur diatas kemenangan besar itu malah mengakui populariti drama 7 Hari Mencintaiku musim pertama dan kedua yang berjaya melonjakkan namanya untuk menerima anugerah terbabit.


"Alhamdulillah, a big win (kemenangan besar) untuk drama 7 Hari Mencintaiku 2 semalam.

"Kami dinobatkan untuk telenovela paling popular 2020, novel popular dan pelakon popular, terima kasih kasih Anugerah Telenovela," tulisnya.

Saleha juga mengucapkan terima kasih kepada peminat setia drama bersiri 7 Hari Mencintaiku yang sentiasa menyokong sepanjang tiga musim drama itu bersiaran di TV3.

"Terima kasih kepada peminat setia drama ini yang sentiasa support (sokongan) sepanjang tiga musim. You are the best (anda semua terbaik) dan sayang korang," tulisnya.

Pada malam itu juga, Saleha turut memenangi trofi Pelakon Wanita Telenovela Popular 2020.


Ben atau nama sebenar Muhammad Amir Sabaruddin, 32, pula menerima anugerah itu menerusi lakonan mantapnya dalam drama Sang Pewaris yang bersiaran di TV3.

Ben yang sudah sedekad berkecimpung dalam bidang lakonan juga memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Telenovela Popular bagi tahun 2019 dan 2020.

"Ini pertama kali dalam hidup dapat tiga anugerah sekaligus dalam satu malam.

"Tahun ini tahun kesepuluh saya berlakon. Jadi sangat berbaloi dengan apa yang dilakukan selama ini.

"Semoga anugerah ini menjadikan saya lebih semangat untuk berkarya," katanya.


Sementara itu, drama Ayahanda arahan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar terbitan Zeel Production yang diterajui pelakon hebat Jalil Hamid dan Fauziah Ahmad Daud pula dinobatkan sebagai Telefilem Terbaik.

Tidak ketinggalan, pelakon Beto Kusyairy yang menerima anugerah Pelakon Lelaki Telefilem Terbaik dan Fatimah Abu Bakar pula bagi Pelakon Wanita Telefilem Terbaik.

Sekadar info, sebanyak 106 telenovela berentap bagi merebut trofi lebih 40 kategori pada Majlis Anugerah Telenovela Kali Ke-8.


Bagi tahun 2020 hingga 2022, karya-karya mestilah ditayangkan di televisyen atau stesen satelit atau stesen umum secara Free-to-Air (FTA) atau di pawagam untuk tontonan umum.

Anugerah Telenovela telah menjadi acara tahunan berprestij bagi mengiktiraf dan meraikan kejayaan warga industri seni kreatif tempatan yang sentiasa menerbitkan karya berkualiti tinggi dan berpotensi untuk menembusi pasaran di peringkat global. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 6-2-2023 03:21 AM
Ben ni kacak gak.. tapi klu bercakap kadang mcm robot.. laju..
Quote dio5774 6-2-2023 03:44 AM
Muda lagi leha ingat dah dekat 40

Tapi ni anugerah apa tak pernah dgr pun

Quote adelea 6-2-2023 05:14 AM
Perawankota replied at 6-2-2023 03:21 AM
Ben ni kacak gak.. tapi klu bercakap kadang mcm robot.. laju..

Mmg turn off sikit klu dia bukak mulut …

Klu sanyumm simpul mmg sweet je haaa
Quote sukacactus 6-2-2023 05:44 AM
Salah sorang fan citer 7 hari mencintaiku ni makcik sblh umah aku la
Asyik la ulang2 tgk
Sebab buka tv kuat, boleh dgr dr umah aku
Kalau dayang yg nyanyi  tu season 1
Kalau siti nyanyi, haa tu season 2
Quote Kancilkering 6-2-2023 06:41 AM
ini anugerah novelis kul 7 kul 9 kul 10 kat tv

tahniah le ben…
Quote dinosaurpink 6-2-2023 08:19 AM
Mcm biasa yg popular lebih diraikan drp yg terbaik
Quote diamondhoney 6-2-2023 08:25 AM
dio5774 replied at 6-2-2023 03:44 AM
Muda lagi leha ingat dah dekat 40

Tapi ni anugerah apa tak pernah dgr pun

Ben ngan leha ni sebaya rasanya
Quote tomaz 6-2-2023 08:29 AM
Tahniah ler walau x tahu ade anugerah ni



Quote ctnorenjoy 6-2-2023 08:45 AM
sukacactus replied at 6-2-2023 05:44 AM
Salah sorang fan citer 7 hari mencintaiku ni makcik sblh umah aku la
Asyik la ulang2 tgk
Sebab buka  ...

hahaha kelakarla jiran uols. xmuntah ijo pulak tengok ulang2
Quote ctnorenjoy 6-2-2023 08:46 AM
adelea replied at 6-2-2023 05:14 AM
Mmg turn off sikit klu dia bukak mulut …

Klu sanyumm simpul mmg sweet je haaa

iols pun rasa benda y sama. tp kenapa ben bercermin mata hitam je. mata heols xok lagi kah atau fashiionn?
Quote gerbera.memopad 6-2-2023 09:07 AM
dio5774 replied at 6-2-2023 03:44 AM
Muda lagi leha ingat dah dekat 40

Tapi ni anugerah apa tak pernah dgr pun

Aku pun ingat Leah ni dah dekat 40s atau at least 36-37 gitu. Maybe sebab dia dah lama berlakon kut
Quote NekNgah 6-2-2023 09:33 AM
ctnorenjoy replied at 6-2-2023 08:46 AM
iols pun rasa benda y sama. tp kenapa ben bercermin mata hitam je. mata heols xok lagi kah atau fa ...

Ben dah explain dekat Budiey.  Accident mata tu sebabkan dia silau. Mata dia tak tahan dengan cahaya dalam dewan.
Nanti Ngah share interview tu dekat Benomena.
Quote adelea 6-2-2023 09:34 AM
ctnorenjoy replied at 6-2-2023 08:46 AM
iols pun rasa benda y sama. tp kenapa ben bercermin mata hitam je. mata heols xok lagi kah atau fa ...

Tak tau laaa , kena belasah masa training muay tgai kot …
Quote Perawankota 6-2-2023 09:52 AM
adelea replied at 6-2-2023 05:14 AM
Mmg turn off sikit klu dia bukak mulut …

Klu sanyumm simpul mmg sweet je haaa

Kannn.......      
Quote ashilalat 6-2-2023 10:07 AM
Anugerah kali kelapan? Bila anugerah kali pertama sampai ke 7?

Quote ctnorenjoy 6-2-2023 10:09 AM
NekNgah replied at 6-2-2023 09:33 AM
Ben dah explain dekat Budiey.  Accident mata tu sebabkan dia silau. Mata dia tak tahan dengan caha ...

alahai... kesian ben. ingatkan dah ok, cuma kna pkai spek je. rupanya silau teruk, lg event mcmni lg guna byk spotlight.
Quote ctnorenjoy 6-2-2023 10:10 AM
adelea replied at 6-2-2023 09:34 AM
Tak tau laaa , kena belasah masa training muay tgai kot …

hahahah tu ngah dah explain kt atas tu...
Quote bottompro 6-2-2023 10:13 AM
ben ni apa produk sheols. sendu sendan je. layak ke dapat anugerah. euw
Quote _blackbird 6-2-2023 10:30 AM
comel siti saleha ni.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.176781 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top