CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azwan Kombos Mohon Maaf Pada Isteri, Mengaku Kahwin Lain Dan Ada Anak Luar Nikah! Rupa-Rupanya....

6-2-2023 11:23 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 11506| Komen: 59

Description: Pelakon Azwan Kombos, 37, telah membuat satu pengakuan berani kepada isterinya, pelakon Ezzaty Abdullah.

Pelakon Azwan Kombos, 37, telah membuat satu pengakuan berani kepada isterinya, pelakon Ezzaty Abdullah.

Memetik Gempak, dalam satu video yang dikongsikan di akaun TikTok, Azwan memohon maaf kepada isterinya kerana dia sudah berkahwin lain.


"Saya Azwan Kombos, saya nak minta maaf dekat isteri sebab saya kahwin lain. Dia marah dengan saya, bila saya nak borak, dia tak nak borak dengan saya. Bila saya ajak keluar, dia tak nak.

"Tapi tula, saya minta maaf sebab saya nak kahwin dengan orang lain.. eh saya dah kahwin dengan orang lain. Lepas itu ada anak luar nikah...astaghfirullahalazim," katanya.


Bagaimanapun, Azwan yang kini popular dengan watak Dr.Mikael dalam drama Kerana Cinta Itu Ada menjelaskan segala yang berlaku itu bukanlah perkara betul sebaliknya ia hanya terjadi dalam mimpi isterinya sahaja.

"Saya nak minta maaf dengan dia walaupun semua itu berlaku dalam mimpi dia saja. Saya harap mimpi itu tidak berulang lagi la." jelasnya lagi.

Ezzaty turut berkata dalam mimpi itu juga dia memfailkan saman terhadap Azwan sebanyak RM200 Juta kerana memilih wanita lain.

"Lepas itu i suruh you pilih tapi you pilih dia. Lepas itu i saman you RM200 juta. You cakap, anak macam mana. I cakap tak kisah anak luar nikah itu, yang penting anak-anak i kaya raya," katanya.

Menjengah keruangan komen, ramai terhibur kerana seolah-olah di "prank" selepas habis menonton video tersebut.

Zetyizzati89 : "Jangan main-main ya, dalam mimpi pun boleh jadi hal tau"

SafiahArifin : "Dia punya drama berlakon sampai dalam mimpi haa terbawa-bawa"

Zulieza : "Kita pernah mimpi exgf suami siap bagi coklat dan bunga"

Aiza1575 : "Pernah juga macam ni habis laki aku kena marah walaupun dalam mimpi"

Namun ada juga dikalangan netizen beranggapan mimpi juga menjadi petanda terutamanya perbuatan sihir.

Isza : "Kalau tak salah mimpi suami curang tu kena sihir pemisah. Maaf kalau salah ya"

Pu3 : "Jangan buat lawak..bahaya tau kang mimpi jadi realiti"

Untuk rekod, Ezzaty mendirikan rumah tangga dengan Azwan pada tahun 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Harum Dalia dan Ahmet.


Apapun, nasib baiklah hanya sekadar dalam mimpi sahaja. Korang pernah tak mengalami mimpi yang hampir sama macam Ezzaty? - CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dio5774 6-2-2023 03:42 AM
What the....

Quote cha-cha 6-2-2023 03:46 AM
Yihhhhhhhhhhhhhhhh
Quote AKAZ85 6-2-2023 04:02 AM
Amende siakkkkkkk
Quote Sansa.Stark 6-2-2023 04:13 AM
Wife dia kuat sgt follow cerita kawan2 retis yg kena sondol sampai terbawa dlm mimpi

Quote cmf_ctrl 6-2-2023 04:26 AM
Bukan ke dalam hadis Rasulullah saw larang cerita kat orang kalau mimpi buruk?
Quote adelea 6-2-2023 05:49 AM
Ni trend fyp tik tok jugak kee ? …. Kenapa ehhh nak kena buat kontent sebeginihhhh …
Quote slyfynx 6-2-2023 05:57 AM
Macam bugima sangat.
Quote primarikey 6-2-2023 06:47 AM
Demi.content
Semoga mimpi menjadi kenyataan
Quote red_velvet 6-2-2023 07:49 AM
Bodoh... Siap mention anak luar nikah. Kata2 tu doa ye... Nak sangat ke??? Nak tiru content tt org lain pun agak2 lah. Dah tua pun bebal
Quote Hoola 6-2-2023 07:55 AM
diamm ahhhhh..kalu betul br kami amik pottttt
Quote 3chanceno 6-2-2023 08:02 AM
Content entah apa2 je  sanggup laki bini nie buat cerita gini untuk naikkan nama  Not Funny
Quote Lailerthee 6-2-2023 08:14 AM
Content tengah fyp kat tiktok. Basi
Quote nestea27 6-2-2023 08:20 AM
benda yg takde jgn diada-adakan.
semua perkataan itu doa.
Quote lightheaded67 6-2-2023 08:23 AM
konten dia ni sama murah mcm konten sohai?   
Quote tomaz 6-2-2023 08:35 AM
Quote tapirbiru 6-2-2023 08:38 AM
benci betol dgr nama laki dia ni.. kombos.. mcm. x bes
Quote exclusive_vvip 6-2-2023 08:38 AM
adelea replied at 6-2-2023 05:49 AM
Ni trend fyp tik tok jugak kee ? …. Kenapa ehhh nak kena buat kontent sebeginihhhh …

rasanya..sbb aritu ada ternampak couple manatah buat style gini gak..tapi jantan tu kata mimpi apatah..kuar ngan member bini dia kot
Quote AbdulSmokeyy 6-2-2023 08:45 AM
Stupid. Cringe.
Quote HoneyManjer 6-2-2023 08:54 AM
defokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
wasting my tymeeeeee

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.050594 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top