CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Berang Dipukul Zaman Sekolah, Pemuda Hina Arwah Abang Ali

25-1-2022 12:02 PM| Diterbitkan: usopikhwan| Dilihat: 10206| Komen: 103|Original author: usopikhwan

Description: Baru-baru ini bekas aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ) Abang Ali telah meninggal dunia atas sebab kemalangan jalan raya. Ali Salimin 55, difahamkan terbabit dalam kemalangan di Lebuhra ...
 


Baru-baru ini, bekas aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ) Abang Ali meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.  


Ali Salimin 55, difahamkan terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan membabitkan motosikal  berkuasa tinggi Harley Davidson.


Selain Yusuf Azmi, ramai aktivis meluahkan rasa sedih seperti Tokki, Tok Singa, Kanda Khairul dan ramai lagi. Ini kerana kebaikan Abang Ali dalam memperjuangkan nasib mangsa yang tertindas dan tertipu.


Tidak sampai 24 jam pemergian Abang Ali, tular seorang pemuda bernama Muhammad Ikhsan meluahkan rasa berang dengan kata berbentuk hinaan kepada Abang Ali. 


Video live berdurasi 10 minit itu menggunakan tajuk  Ali beruk dah mati..Hahaha gangster pun boleh mati..Nak tanya sapa berkuasa”.


 


 SUMBER FB

Menurut video itu, pemuda itu berang kerana pernah dipukul Abang Ali ketika zaman persekolahannya. Walau bagaimanapun, tidak dapat dikenal pasti punca sebenar pemuda itu dipukul.


aku sebenarnya sakit hati, cerita aku dulu dia ini masuk rumah aku masa aku sekolah menengah, dia pukul aku. Aku tanya kenapa ni? lepastu dia main suka hati pukul-pukul aku..sakit badan aku ooii . Masa dia pukul-pukul orang dulu dia fikir tak dia akan mati, sekarang siapa yang berkuasa? Kalau kau tahu kau ada tuhan mesti  kau tahu tuhan yang berkuasa”.


Rata-rata netizen tidak setuju dengan cara pemuda itu meluahkan perasaannya di facebook dan ada memberi pendapat mengatakan pemuda itu mengalami masalah mental atau di bawah pengaruh dadah.


Sedikit info,  Arwah Abang Ali telah bergerak solo bersama Yusuf Azmi serta menubuhkan Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia ( PPSM ). Menurut Yusuf Azmi, perjuangannya bersama Arwah hampir mencapai 10 tahun. Katanya lagi, dia sudah menganggap Arwah Abang Ali seperti Abang kandungnya yang ada bersama kita senang dan susah. Beliau meminta semua mendoakan agar rohnya tenang serta dicucuri rahmat. AL- FATIHAH. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tembikaigoreng 25-1-2022 01:02 PM
Dendam kesumat doh
Quote dani-rox 25-1-2022 01:16 PM
tak mustahil citer dia benar2 kejadian. tp tu la org dah mati, takbole nak defend diri sendiri. anggap je la kisah di angin lalu.
Quote JunkMail 25-1-2022 01:26 PM
Ni macam politikus skrg ni lah.. sok dah mati memang no Al-Fatihah for you.. tapi opkos akan ada orang2 yg defend cakap jgn bukak aib si mati. Oh well...
Quote tripleid 25-1-2022 01:35 PM
menyampah tgk geng2 moto besar berlagak kat hiway plus yg buat hiway tu mcm makbapak dorg punya..so u deserve it lahh..tgk muka pun cam gengster jah
Quote makadek 25-1-2022 01:45 PM
Ada sekoq kat sini perangey bangsat camgini tak reti nk cool down isu mati orang..celaka lah hidup malaun bergentayangan kat porem nih
Quote caprut 25-1-2022 01:49 PM
Bekas ganster masok majlis trus nmpk suci
Quote TeropongThaico 25-1-2022 01:50 PM
Edited by TeropongThaico at 29-1-2022 03:52 PM

Tak tahu la apa jd antara diarg. Harap yg baik2 saja. Tp kalau dah mcm ni naya. Dkt padang mahsyar le jawabnya
Quote Thunderclouds 25-1-2022 02:40 PM
Edited by Thunderclouds at 25-1-2022 02:41 PM

Xdak teloq. Org tu dh mati baru nk hingaq.
Quote Jitu 25-1-2022 02:58 PM
takziah

mcm tu lah klu kita pernah ada bermusuh dgn org
mmg dia dah berubah tp ada org yg masih berdendam
kita mungkin dah lupa apa yg kita pernah  buat dulu
tp org yg kita pernah pukul tu masih ingat smpi bila2

Quote ninja boy 25-1-2022 03:06 PM
Itulah sementara masih hidup minta maaf ajelah.
Quote zidane_ziege 25-1-2022 03:11 PM
org gila ni..bini agong segala bagai dia petik..

yg korang pun pi layan..dia pon jadi famous
Quote syamzana 25-1-2022 03:11 PM
sbb tu la masa hidup jgn buat pelik2, bila dah mati kalau org tak ungkit mujur.
org kapir pun tau buat baik dibalas baik even dah mati pun org xkan ckp benda2 x elok.
Quote babelina 25-1-2022 03:12 PM
Jitu: takziah mcm tu lah klu kita pernah ada bermusuh dgn org mmg dia dah berubah tp ada org yg masih berdendam kita mungkin dah lupa apa yg kita pernah  bu ...


Betul.. masa buat x fikir.. nie OT tp lbh kurang jer citer nya..
dulu ada 1 ex manager nie dtg ofc.. dia dtg ofc sbg vendor.. senyum ramah tamah ngn semua.. tp semua mcm ala2 jer.. ada 1 kakak nie x layan lgsg siap masam muka.. dia terpinga2.. malu dia..
rupa2 nya dulu ex manager nie.. mmg teruk giler.. kaki putar alam n taw nk bodek boss jer.. so org bwh x suka.. sbb dia suka campak2 file.. (*aku org baru dlm ofc tu masa tu)
Quote umbut 25-1-2022 06:39 PM
Pembuli memang x ingat..yg dibuli sampai mati x boleh lupa. Muka pun cam pembuli
Quote ezacbee 25-1-2022 06:44 PM
Dendam lama tu. Diri sendiri tau camne sakit kena pukul. Org luar senang cakap maafkan laa lupakan laa.. [em:12:]
Quote makita 25-1-2022 06:47 PM
Jadi sapa yg pernah buli verbally atau fizikal kat sapa2 ...sila amek mengajaran lah. Jgn dah mati baru nk keluar mcm2 bunyi dari org yg kita pernah aniaya.
Quote me12345 25-1-2022 07:23 PM
Takziah abe ali...semoga syurga dan dpt pengakhiran yg baik.
Quote rikiruj 25-1-2022 10:48 PM
yang kaki buli masa muda dan bila dah tua cuba bertaubat dan cuba jadi baik… first thing mintak maaf kat semua yg dipedajal dulu.. dosa dengan orang lagi complicated.
Quote Suchi 25-1-2022 10:58 PM
dani-rox replied at 25-1-2022 01:16 PM
tak mustahil citer dia benar2 kejadian. tp tu la org dah mati, takbole nak defend diri sendiri. angg ...

Teringat masa kecoh kes buli aritu kat mrsm tu ada sorang abang ni cerita panjang lebar pasal kisah dia kena buli kat fb.Lengkap dgn nama sekolah dan nama semua yg buli dgn nama cikgu besar juga.
Nama fb pembuli tu pun dia ada sebut.
Sedih cerita dia sbb takde pembelaan, walau ada report polis bagai sudahnya diam gitu je.
Sedangkan dia sampai skrg masih sakit hati.
Kejadian tahun 90-an kat sekolah menengah agama di selangor.
Baca curhat dia pun dah boleh dapat rasa kesakitan dia, segala maki sumpah seranah dia sebut sepuas hati dia huhu.
Teruk kot dia buli kena belasah sampai pejaran jd merosot teruk.

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.053556 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top