CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ikan Buntal Jumpa Doktor Gigi Sebab Susah Makan

25-1-2022 12:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2325| Komen: 16

Description: Seorang lelaki terpaksa membawa ikan buntal yang dipeliharanya ke sebuah klinik veterinar bagi mendapatkan rawatan gigi selepas mendapati haiwan itu sukar untuk makan sehingga berat badannya semakin m ...
Seorang lelaki terpaksa membawa ikan buntal yang dipeliharanya ke sebuah klinik veterinar bagi mendapatkan rawatan gigi selepas mendapati haiwan itu sukar untuk makan sehingga berat badannya semakin menyusut.


Lapor Metro, Mark Byatt membawa ikan peliharaan berusia lima bulan itu yang bernama Goldie ke sebuah klinik haiwan di Kent.


Kredit foto: SWNS

Doktor di klinik itu memaklumkan hampir separuh gigi Goldie perlu dikikir kerana ia tumbuh besar sehingga menyebabkannya sukar makan.

“Mereka meletakkan Goldie di dalam sebuah bekas berisi air dan larutan anestetik untuk menenangkannya di Pusat Veterinar Sandhole di Snodland.


“Doktor kemudian mengikir gigi Goldie sebanyak satu inci untuk meratakan permukaannya dengan menggunakan pisau khas,” katanya.

Sementara itu, doktor veterinar, Daniel Calvo Carrsaco berkata, cara pemakanan Goldie yang cerewet mungkin menjadi antara punca masalah itu berlaku.

Katanya, gigi spesies ikan buntal landak tumbuh secara berterusan sepanjang hayat mereka.

“Ia biasanya menjadi pendek secara semula jadi disebabkan amalan pemakanan yang terdiri daripada makanan bercangkang keras.

“Meskipun, makanan sama diberikan oleh pemiliknya di rumah, Goldie dilihat tidak mengikut cara makan seperti ikan yang lain.

“Akibatnya, gigi bahagian atas Goldie tumbuh besar sehingga menghalang keupayaannya untuk makan secara efektif,” katanya.

Dilaporkan, Goldie kini sihat dan sudah pulang ke rumah pemiliknya di Leybourne. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 25-1-2022 12:22 PM
Mcm arwah kucing akak la...sakit gigi x boleh mkn..terus bawa jumpa doktor buat scaling gigi...kena RM375.....lepas seminggu scaling beliau mati kena bunuh kena racun..
Quote damieniman88 25-1-2022 12:23 PM
wow terbaik ikan buntal. manusia ni pun kadang2 susah nk jupa dokter.. heheh
Quote Artemesiaa 25-1-2022 12:28 PM
Bila tak tinggal dihabitat asal pasti akan timbul masaalah.  Nasib ia dapat tuan perihatin akan kesihatannya.
Quote darkness 25-1-2022 12:57 PM
noor2 replied at 25-1-2022 12:22 PM
Mcm arwah kucing akak la...sakit gigi x boleh mkn..terus bawa jumpa doktor buat scaling gigi...kena  ...

Odoi kesian...mungkin dia berak merata rata kut tu sb kena racun
Quote belilies 25-1-2022 01:00 PM
Iols curious nak tau cana deyols tau ikan tu sakit gigi sampai xde selera nk makan
Quote amyainsamad 25-1-2022 02:43 PM
comelnya la
Quote ninja boy 25-1-2022 03:01 PM
Untunglahh haiwan ada tuan,  
Quote Mooverine 25-1-2022 03:54 PM
belilies replied at 25-1-2022 01:00 PM
Iols curious nak tau cana deyols tau ikan tu sakit gigi sampai xde selera nk makan

mungkin makanan dia tak habis, banyak terapung-apung di akuarium tu..

Quote Belibis 25-1-2022 03:57 PM
Rajinnya vet sana..kalau yang sini...??? Sambung jer la sendirik.
Quote Decaffeinated 25-1-2022 09:13 PM
Goreng pun tak sodap. makanya buat tontonan ja lah

nasib ko lah buntal

Quote ultra78 25-1-2022 09:19 PM
Ikan buntal,get well soon.
Quote makadek 25-1-2022 09:23 PM
Comelnyaaaa lahah dgn gigi camgitew
Quote Solokkk 25-1-2022 09:27 PM
Kesian ikan buntal, cepat2 sihat yerk
Quote Hizert 26-1-2022 11:53 AM
Banyak cekadak si buntal ni. Makanan patut spesis dia makan dia taknak..memilih pulak.. kan dah kene gi dentist.
Quote Minami2013 26-1-2022 12:16 PM
Ter imagine dentist buat kerja dlm aquarium
Quote zehra2 26-1-2022 12:24 PM
haaa meow ku kot tk nk mkn kna bwk ke vet check kalo ada ulcer.
ari tu ibu wan gigi rosak. vet cabutkan gigi yg rosak. dah cabut baru kembali berselera

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.048847 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top