"Penangkapan handphone budak darjah 2. Membuka mata sendiri untuk check handphone anak. Seram pula budak darjah 2 sekarang.
"Ini antara budak yang sunyi masa PdPR tapi rancak single taken di Whatsapp," tulisnya.
Dia juga mengingatkan ibu bapa agar memeriksa telefon pintar anak masing-masing bagi mengelakkan berlakunya kejadian seperti itu.
Menerima pelbagai reaksi daripada warga maya, wanita berkenaan tampil menjelaskan perkongsian yang dibuat itu bukan untuk memalukan pelajar berkenaan tetapi sekadar ingatan kepada semua ibu bapa agar sentiasa peka dan serta memantau setiap aktiviti anak mereka.
"Ketika saya membaca semua mesej peribadi dan kumpulan pelajar tersebut, hati saya hancur. Saya terus terbayang muka anak sendiri dan tidak sabar menunggu waktu persekolahan tamat.
"Saya sangat sedih mengenangkan anak-anak zaman sekarang. Saya tidak salahkan sesiapa m,elainkan kita sendiri sebagai ibu bapa yang kurang peka dan leka tentang hal yang dianggap kecil ini," katanya.
Hasil carian, tidak dapat dipastikan sama ada wanita yang berkongsi isu itu bekerja sebagai guru dan pemilik telefon pintar itu adalah muridnya atau menulis daripada pengalaman orang lain.
Bagaimanapun, kemas kini itu menjadi perhatian dan menerima banyak maklum balas dari warga maya.