CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aliff Aziz Pakai Baju Merah Sama Macam Michael Ang? Tak Pelik Pun!

25-1-2022 10:21 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1841| Komen: 3|Original author: tatod

Description: Dunia selebriti. Mungkin hari ini peminat melihat seorang penyanyi menyarungkan busana itu di malam penyampaian anugerah, esok lusa ada pula pelakon menggayakan pakaian sama untuk sesi fotografi.

Dunia selebriti. Mungkin hari ini peminat melihat seorang penyanyi menyarungkan busana itu di malam penyampaian anugerah, esok lusa ada pula pelakon menggayakan pakaian sama untuk sesi fotografi. 

Ini adalah situasi biasa kerana adakalanya mereka mendapat tajaan pakaian bagi sesebuah majlis terutamanya acara berskala besar dan berprestij.

Apabila Michael Ang 'dikuis' manja berkaitan baju merah yang dipakai dalam muzik video lagunya sama seperti pakaian Aliff Aziz pada pusingan 'battle' di pentas akhir Gegar Vaganza 8, pengarah dan penerbit itu menjelaskan jaket itu bukan kepunyaannya tetapi dipinjam daripada pereka fesyen.


"Baju itu disediakan jurugaya saya, Abu Shaef Hamza dipinjam daripada Neonate Company untuk muzik video,

"Tak salah dan bukan satu persoalan pinjam atau meminjam. Kau orang ingat kita artis kaya sangat semua beli. Baju pinjam aje," tulisnya di Instagram.

Jaket merah berkenaan bukan hanya digayakan oleh Michael dan Aliff tetapi juga pernah dipakai oleh MK K-Clique dan Izzue Islam. 



Situasi seperti ini adalah perkara biasa. Contohnya, gaun putih dengan bahu terdedah rekaan Rizman Ruzaini yang dipakai Pavithra dalam sesi fotografi dan sekali lagi pakaian berkenaan disarungkan oleh Natasha Hudson ketika menghadiri majlis pelancaran produk.

Katakanlah Pavithra membeli gaun berkenaan, mungkin ia akan tersimpan sahaja kerana acara yang memerlukan seseorang itu 'bersiap' bukannya diadakan setiap hari. Logiklah mereka yang popular ini lebih memilih untuk meminjam pakaian untuk sesebuah majlis.



Isu seperti ini tidak hanya berlaku dalam Malaysia, tetapi juga di luar negara. Di Hollywood, memakai gaun yang pernah disarungkan selebriti lain mungkin dianggap kurang peka dan menyebabkan mereka tidak menyerlah secara individu.


Aishwarya Rai dan Kristin Chenoweth

Cara Delevingne dan Bella Hadid


Bagaimanapun, isu ini hanyalah perkara kecil. Memakai pakaian tajaan atau baju dipinjam daripada pereka fesyen itu bukanlah gambaran sebenar angka dalam akaun bank mereka. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 25-1-2022 11:20 AM
Baju sama pun nak jadik isu bukan nya dia berbogel pun

Quote tupaiterbang 25-1-2022 11:36 AM

ini pun nak jadi bahan gossip ka...biasa la designer buat baju tu bukan exclusive untuk depa sorang je
Quote pukulrata 25-1-2022 11:52 AM
Biasa la industri...baju pinjam kena kutuk,sengkek.bila pakai baju sama/repeat,still kutuk,sengkek.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.100594 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top