CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gagal Dalam Perniagaan, Zoey Rahman Pernah Menangis Depan Ibu

25-1-2022 12:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1876| Komen: 11|Original author: tatod

Description: Kejayaan dalam bidang diceburi tidak dicapai dalam satu malam. Ada yang bertuah mencapai sasaran dalam masa singkat, tetapi ada juga yang mengambil masa lebih lama untuk menuai hasil usaha keras. Dala ...

Kejayaan dalam bidang diceburi tidak dicapai dalam satu malam. Ada yang bertuah mencapai sasaran dalam masa singkat, tetapi ada juga yang mengambil masa lebih lama untuk menuai hasil usaha keras. Dalam jatuh bangun, setiap individu pasti mempunyai seseorang yang sentiasa memberikan sokongan.

Bagi Zoey Rahman pula, ibunya, Azizah Ibrahim adalah insan yang tidak pernah lelah memberikan kata semangat dan motivasi agar jejaka itu cekal menghadapi dugaan demi mengejar cita-cita. 

Walaupun pernah beberapa kali gagal dalam perniagaan, wanita itu masih percaya anaknya mampu mengecap impian.

Memetik laporan Mstar, pemilik nama sebenar Mohd Hairey Abdul Rahman mendedahkan dia pernah menangis di hadapan ibunya kerana perniagaan yang dijalankan tidak mendapat sambutan. 

Kata Zoey, sebelum berjaya dengan Mika Series, dia juga pernah mencuba nasib menjual pakaian pada tahun 2016.



"Saya pernah bantu ibu berniaga tudung di bazar Ramadan, ketika itu ada yang tanya tak malu ke lelaki jual tudung. Tapi, kenapa perlu malu sebab apa yang saya lakukan itu adalah untuk keluarga.

"Saya juga pernah mencuba nasib menjual baju tetapi tidak ada seorang pun yang beli. Stok masih bertimbun di pejabat. Saya menangis dan mengadu pada ibu. Saya ingat lagi dia pesan agar butakan mata dengan halangan di depan dan pekakkan telinga dengan kata cacian," katanya.

Zoey sangat bersyukur kerana berjaya mencapai impian hasil dorongan ibunya. Katanya, dalam perniagaan seseorang itu tidak boleh mudah mengalah dan cepat berputus-asa. Pada awalnya, perniagaan seseorang itu mungkin berliku tetapi penghujungnya pasti adalah kejayaan.



"Tapi ingatlah keluarga walaupun sudah berjaya. Mereka adalah tulang belakang dan kunci kejayaan kita," pesannya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prizadane 25-1-2022 12:54 PM
alahai... biasa la menangis depan ibu tu. ke masa kecik kecik dulu memang tak pernah nangis langsung??
Quote bendera 25-1-2022 04:41 PM
dia ni dulu bukan main dok himpit nana, lepas tu gaduh ngan nana, dia dok rembat zarina anjoulie tu..aku pun x tau mak dia terima ke idok zarina tu..bak kata dia, x hipokrit..
Quote elzy 25-1-2022 05:36 PM
Selepas gossip dengan Zarina Anjoulie barulah kenal si Zoe ni tp tak tau dia ni popular sebagai artis atau entrepreneur..
Quote missyL 25-1-2022 10:03 PM
Masih lg ke ngn anjuling tu
Quote uori 25-1-2022 10:16 PM
Adik aku selalu menangis depan mak aku, kadang rasa macam nak sepak je. Patutkah aku bukak thread untuk adik aku si cengeng tu
Quote slyfynx 25-1-2022 11:24 PM
Sedih, xde sape nk puji, terpaksa buat cerita sedih untuk diri sendiri.
Urang2 meleis pun beli la produk sbb kasih syg ibu.
Quote outcast 25-1-2022 11:27 PM
Zoey taktik ni dh lapuk ..sila pakai taktik lain yea ..
Quote nakkomenjugak 27-1-2022 12:19 AM
Yawnnnnnnnn

next.
Quote woven11 27-1-2022 12:22 AM
Aku tak tahu ape pencapaian karier dia sebagai artis..  sedihhh. Next..
Quote bulalof 27-1-2022 09:51 AM
ni semua ajaran artis2 80an. so artis2 layu skrg ni pun ikot tactic sedey pilu ni. Yiiiihhhhhhh.......
Quote pekanwoohoo 27-1-2022 11:18 AM
Taik. Padahal masa kecik dulu mak mintak tolong sikit je buat muka, jalan hentak-hentak kaki.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.048947 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top