CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Biarlah Jemur Dulu' - Puas Cari Rupanya Peti Ais Tersangkut Di Pokok Rambutan

30-12-2021 04:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3862| Komen: 23

Description: Siapa sangka sebuah peti ais yang hilang akibat bencana banjir ditemui di atas sebatang pokok menerusi satu misi pencarian.
Siapa sangka sebuah peti ais yang hilang akibat bencana banjir ditemui di atas sebatang pokok menerusi satu misi pencarian.

Berkongsi pengalaman, Suhairi Abdul Wahab berkata, dia dan rakannya merupakan antara mangsa banjir di Kampung Batu Kapor di Mentakab, Pahang.


Kredit foto: mStar

Pemuda berusia 31 tahun itu memberitahu, kawasan kampung paling terjejas teruk pada Isnin minggu lalu dengan ketinggian melepasi bumbung rumah.

"Kejadian banjir dengan air paling dalam pada 20 Disember, tiang lampu pun habis tenggelam. Rumah mak saya pun terjejas, hampir keseluruhannya ditenggalami air.


"Kampung kami memang dah biasa dengan banjir, tapi kami tak jangka kali ini betul-betul dalam. Sikit lagi seluruh kawasan rumah ditenggelami air, hingga ada paras lebih tinggi dari bumbung rumah," katanya kepada mStar.



Lebih mesra disapa Sifu, katanya, banjir mulai surut pada hari kelima dan kering sepenuhnya pada hari ketujuh.

Mengenai pencarian peti sejuk yang hilang, katanya, ia merupakan permintaan bapa kepada sahabatnya yang dikenali sejak tadika, Azreen Abdul Majid, berusia 30 tahun.

"Misi berlaku pada hari ketujuh selepas banjir apabila saya berselisih dengan rakan memandangkan kami lama tak berjumpa. Saya tanya nak ke mana? Dia kata nak cari peti ais.

"Saya rasa macam kelakar sebab orang lain tak ada pula nak cari barang-barang yang hanyut ni," katanya yang sebelum itu membantu mengemas rumah rakan lain yang terjejas akibat banjir.

Menurut peniaga itu, pencarian yang dilakukannya bersama rakan tersebut mengambil masa satu setengah jam sebelum menemukan peti ais yang hilang.

"Selepas ronda-ronda satu kampung, kami akhirnya jumpa peti ais tersangkut di atas pokok rambutan. Jarak ia ditemui dengan rumahnya dalam satu kilometer.

"Peti ais tu tersangkut pada ketinggian 5 kaki (1.5 meter). Masa tu saya tergelak sebab puas cari akhirnya jumpa tersangkut di celah pokok rambutan," katanya sambil menambah rakannya kusut memikirkan bagaimana untuk membawa turun peti ais berkenaan.



Sifu berkata, peti ais yang dihanyutkan arus deras itu sebenarnya tidak boleh digunakan lagi, namun terdapat barang yang diletakkan bapa rakannya sebelum kejadian banjir.

"Kawan saya nak cari peti ais tu sebab ayahnya letak peralatan menjala dalam tu. Mereka suka menjala dan memancing sebab itu ayah dia suruh cari.

"Saya asyik gelak sambil cari peti ais tu sebab ayah dia marah dia tak angkat barang-barang rumah termasuk peralatan menjala ke tempat lebih tinggi, dia biarkan macam tu je," katanya.

Sifu bagaimanapun memberitahu, malangnya peralatan menjala tersebut tidak ditemui dalam peti ais tersebut, dipercayai telah dihanyutkan arus deras.



"Kami tengok peti ais tu dah terbuka, dan tak ada jala di dalamnya. Peti ais tu masih tersangkut atas pokok, tidak diturunkan pun sebab kawan kata biarlah dijemur dahulu.

"Saya berkawan dengan semua orang. Bila saya dalam kesusahan, ramai kawan tolong saya dan bila kawan-kawan susah, saya tolong mereka," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 30-12-2021 05:22 PM
Peti ais tu pun tahu nak menyelamatkan diri
Quote Meiizu 30-12-2021 05:28 PM
Korang meme kelakar
Quote Artemesiaa 30-12-2021 05:31 PM
Betul2 tinggi dan deras air banjirnya tu sampai boleh tersangkut situ.  Kerja lain dah selesai boleh ler ramai2 bantu bawak turun nanti.
Quote ezacbee 30-12-2021 06:41 PM
Jolok peti ais ya bangggg...
Quote randa 30-12-2021 07:36 PM
Adoi...mmg tergelak baca
Insaf gak at the same time
Quote dua_chzy 30-12-2021 07:37 PM
Tabah betul kamu orang. Semoga semuanya dipermudahkan.
Quote matchstick 30-12-2021 07:47 PM
Hahahaha agak2 la pakcik. Pintu peti ais tu bukan mcm penutup bekas Tupperware yg tetap utuh walau dihanyut banjir
Quote Normabaru 30-12-2021 08:15 PM
Kaka rasa dia cari blk sbb simpan duit or emas dlm tu..joran menjala tu alasan je hehehe
Quote mbhcsf 30-12-2021 08:20 PM
huh student yg baca ni , kalau dalam sekolah rendah boleh buat karangan Aku Sebuah Peti Ais....
Quote TeropongThaico 30-12-2021 08:35 PM
Hhahhhahha... Lawak le pulak.
Takpe la dpt gak alihkan kesedihan akibat banjir sementara waktu
Quote syamzana 30-12-2021 08:52 PM
kesian tp lawak
selamat dia sangkut situ kalau tak arwah dah entah kemana-mana.
semoga dipermudahkan semua urusan mangsa-mangsa banjir.
Quote FOTHER-MUCKER 30-12-2021 08:58 PM
Jikalau saya akan biarkan sahaja peti ais tu di atas pokok rambutan sebagai kenangan!
Quote sukacactus 30-12-2021 08:58 PM
Betul ke peralatan menjala, ke ada duit/brg kemas, simpan ala2 peti besi tu ha
Quote ChildrenOfBodom 30-12-2021 08:59 PM
Sampah, low class punya thread. berita mcm ni pon boleh jadi topik perbincangan
Quote sharlenetexas 30-12-2021 09:03 PM
Darah kuning tu takde perasaan ke tgk penderitaan rakyat? Peti ais tu kurang2 seribu ringgit.

Quote airmineral 30-12-2021 09:07 PM
lawak la termenung member tu
[em:3:][em:3:][em:3:]
Quote musangbodoh 30-12-2021 09:52 PM
peti ais asal dh rosak tu...bleh simpan brg....jiran aku buat simpan tin aluminium..
Quote hareeeesah 30-12-2021 11:46 PM
Barang yang hanyut jangan dikenang hahaha.. boleh baring kat bawah macam citer pramlee motor ataih bumbung..
Quote Simunggu 31-12-2021 11:44 AM
peti ais pun takut, dia menyelamatkan diri naik pokok

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.049193 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top