CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Biar Dia Buat Kerja Kebaikan Di Luar Negara Dulu" - Kertas Siasatan Ebit Lew Dah Lengkap

30-12-2021 01:56 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 6869| Komen: 62|Original author: LilRose

Description: "Kita sedang menunggu maklum balas daripada Pejabat Peguam Negara dan sedikit masa lagi akan mendapat keputusan arahan selanjutnya berkaitan kes itu."
"Kita sedang menunggu maklum balas daripada Pejabat Peguam Negara dan sedikit masa lagi akan mendapat keputusan arahan selanjutnya berkaitan kes itu."



Kredit foto: FB

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan memaklumkan bahawa kertas siasatan terhadap Ustaz Ebit Lew, 37, berhubung kes gangguan seksual sudah lengkap.

Difahamkan, pihaknya sedang menunggu arahan terkini selepas ia dihantar ke Pejabat Peguam Negara.

"Bagaimanapun kita juga meminta mereka yang mempunyai maklumat tambahan supaya dapat tampil membantu siasatan," katanya dalam temubual bersama Harian Metro semalam.


Kredit foto: FB

Pun begitu, pihaknya tiada keperluan untuk menahan pendakwah popular terbabit yang kini melakukan kerja amal di luar negara selain tidak menyenaraikan notis merah Polis Antarabangsa (Interpol) terhadapnya.

"Buat masa ini biarlah dia melakukan kerja kebaikan di luar negara kerana itu haknya jika dia ikut peraturan di negara terbabit ia tidak menjadi menjadi kesalahan," ujarnya.




Terdahulu, polis membuka kertas siasatan terhadap Ebit mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selepas menerima laporan daripada beberapa individu yang mendakwa dia melakukan gangguan seksual.

Ebit yang ditemui media sebaik selesai memberi keterangan pada 19 Ogos lalu menegaskan bahawa dakwaan itu berunsur fitnah kejam ke atas dirinya.

Apa pula reaksinya berhubung kertas siasatan terhadapnya yang dah lengkap ni nanti? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 30-12-2021 02:13 PM
sayunya sister bila masuk benang ni...
Quote noor2 30-12-2021 02:15 PM
So dari ayat polis ni dah mmg nampakla dia ni mmg bersalah dlm kes seksual ni...
Quote ketupatnasi 30-12-2021 02:18 PM
noor2 replied at 30-12-2021 02:15 PM
So dari ayat polis ni dah mmg nampakla dia ni mmg bersalah dlm kes seksual ni...

semoga kerja kebaikan di luar negara dapat melembutkan hati barisan juri
Quote guesswho09 30-12-2021 02:19 PM
Mentang2 org terkenal
boleh engko tunggu2
Kalau rakyat biasa tentu engko dah buru kan
Quote tikusmontok 30-12-2021 02:27 PM
Kerja kebaikan di luar negara...sarkastik ayat tu, sebak sayu jadinya..
Quote prince_marhaen 30-12-2021 02:44 PM
Dewa Sayu Bebird Lew tengah busy kumpul credit luar negara pulak ke tewww...sampai ke perkampungan brazil katanya main janggut dia... hihihihihi
Quote Orenn1 30-12-2021 02:44 PM
Masalahnya bila rakyatt biasa terus2 kena masuk lokapp pakai baju ungu berselipar gari tgn bagaiiii, bila org terkenalll takde pulak buat mcm tu
Quote Normabaru 30-12-2021 03:04 PM
Edited by Normabaru at 30-12-2021 05:18 PM

Best fweng tlg handle Kes EL..hehe

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan memaklumkan bahawa kertas siasatan terhadap Ustaz Ebit Lew, 37, berhubung kes gangguan seksual sudah lengkap.

IMG_20211230_145815_560.jpg

Perasaan tak kes gangguan seksual Ustaz Ebit Lew sudah diam terus? ES dpt maklumat P/JSJ PDRM DS Jalil Hassan sendiri pantau kes itu kerana mahu lepaskan UEL drpd tuduhan. Ada pihak tertentu berjumpa dgn org besar dlm AGC dgn permintaan supaya NFA kes tersebut.

C/p Dr Edisi Siasat..same MO Kes hajah..hujung2 nnt NFAxde Nye sangkut
Dh 100hari lebih emosi netizen pon dh tertumpu pada isu banjir..tengokla nnt lepas n xde org marah..this is Malaysia boleh!!
Quote Normabaru 30-12-2021 03:14 PM
Logik fikir laaaa org tgh banjir sakan kt msia..dgn tgh ada tuduhan..duk pergi berjalan ke oversea ke..kaya benar ni..siap ada team rekod gerak geri beza sungguh dgn azwan abg viva..cuci duit je mmg kaya lagu ni..
Quote piep 30-12-2021 03:22 PM
GELI tengok sayu ni.. acah sangat.. habis bukti2 yg dorg kumpulkan lama tu cmne? nasib mangsa mcm mana? boleh rasa dia ni trlepas tuduhan.. makin naik tocang la penunggang agama
Quote makadek 30-12-2021 03:29 PM
Pentaksub bangang abadi ramey sedang berdoa depa divert firdaus wong lak kena tgkp sbb fitnah
Gila btl ..ni semua kes takjub tgk rimo dn singa tunduk bodo dpn bit
Tongong btl pentaksub
Quote makadek 30-12-2021 03:31 PM
Sapa paham kalau kes naik pjbt pguam ngra maksud memey btl2 ke kes ni bkn fitnah
Kalau ye napa dia tk kena reman
Aku tak paham
Quote makadek 30-12-2021 03:35 PM
Nanti dia balik mesia
Dia pn merata enterprem ke sana ke mari bagi sedekoh maka berbondong la pentaksub lupa akan jasa2 org lain dn nampak dia je
Quote KucaiHijau 30-12-2021 03:35 PM
Die cume kene lantik peguam yg bijak je utk timbul kan keraguan pd bukti2...so aku malas nak bazirkan emosi aku berlebih2 dgn isu ni. Buat sakit hati je nnt
Quote makadek 30-12-2021 03:37 PM
Amang hacker pn dh hilang page dia
Ermm tk de pot dh nk turut kecam selain kt porem
Quote kelapaparut 30-12-2021 03:40 PM
guesswho09 replied at 30-12-2021 02:19 PM
Mentang2 org terkenal
boleh engko tunggu2
Kalau rakyat biasa tentu engko dah buru kan

cube ko org biase curi milo dgn pampers anak fuhh laju berdesup polis tangkap.
Quote domestobot 30-12-2021 03:41 PM
beriman kepada Ebit Liew.
Quote bungarose 30-12-2021 04:05 PM
Di dunia bley ler ko guna segala kekayaan kelebihan ko untuk cover kejahatan
Ko lupa kejahatan ko akan tetap dapat balasan
Quote epal_putih 30-12-2021 04:12 PM
kalau marhean agak2 boleh ke keluar negara

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.181669 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top