CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jumpa Longgokan Kondom, Picagari Di Bangunan Sekolah

30-12-2021 04:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3542| Komen: 15

Description: Kondom dan jarum picagari adalah antara barang yang ditemui dalam longgokan sampah seberat enam tan di bangunan Sekolah Luar Biasa (SLB) Negeri 2 Mataram, Nusa Tenggara Barat (NTB), baru-baru ini.
Kondom dan jarum picagari adalah antara barang yang ditemui dalam longgokan sampah seberat enam tan di bangunan Sekolah Luar Biasa (SLB) Negeri 2 Mataram, Nusa Tenggara Barat (NTB), baru-baru ini.


Polis kini menjalankan siasatan berhubung longgokan sisa perubatan di kawasan bangunan Pusat Kesihatan Mata Komuniti (BKMM) NTB yang didakwa menyebabkan pencemaran akibat sisa berbahaya dan toksik yang tidak diuruskan dengan baik.


Kredit foto: Istimewa/beritabali.com

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Mataram, Komisioner Kadek Adi Budi Astawa berkata, pihaknya mengesahkan penemuan sampah tersebut hasil siasatan pihaknya yang mengumpul data di lokasi berkenaan.


Jelasnya, pihak polis masih menunggu maklumat daripada agensi berkaitan bagi mengesahkan jenis dan kegunaan sampah bahan perubatan itu.

“Sudah tentu kompetensi dalam kes ini adalah dari pejabat kesihatan dan pejabat alam sekitar,” katanya lapor Suara.com.


Kredit foto: Istimewa/beritabali.com

Pihak polis turut mengumpulkan keterangan daripada pemilik dan pekerja bangunan tersebut.

Rabu lalu, Polis Mataram menemukan longgokan sampah perubatan yang berserakan di tiga pekarangan bangunan di Cakranegara.

Pihak berkuasa turut menemukan sebilangan ubat yang belum tamat tarikh luput.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 30-12-2021 05:01 PM
eeeiii berita seberang lagi. aku ingat tempatan

terus, gue harus bilang WOW gitu?
Quote hyie 30-12-2021 05:13 PM
hidih! gue lagi pusing. yihhhhh
Quote slyfynx 30-12-2021 05:18 PM
Bongok la isu semasa ni penuh dgn berita seberang yang xde kaitan dengan negara kita langsung
Quote Artemesiaa 30-12-2021 05:19 PM
Nak buat kerja senang ler tu main campak ikut suka.  Benda2 macam ni boleh membahayakan masyarakat setempat nak2 sampah dari spital atau klinik
Quote KamikuP 30-12-2021 05:23 PM
Kondom tu nak dikitar semula jadi getah ikat rambut kataku ntah ye ntah tak
Quote prince_marhaen 30-12-2021 05:37 PM
CARI-MAL ni memang duduk indo atau tiap-tiap hari hamak sangat hadap suratkhabar indo ke? aneh-aneh ye berita u. Masuk kategori Luar Negara tak boleh ke sundell?
Quote doubleharmonic 30-12-2021 07:38 PM
dah nama pon sekolah luar biasa selayaknyalah perangai pon luar biasa hah noreen?
Quote kakikuDibibirmu 30-12-2021 08:06 PM
Jom main belon

Thinkstock-Photos-101385699.jpg
Quote Firenzza 30-12-2021 08:37 PM
Mintaj cari buat tered isu indon la.....hadoiii
Quote TeropongThaico 30-12-2021 08:40 PM
La.... Ingat kat sini
Quote sharlenetexas 30-12-2021 09:09 PM
Mana bik friskis?

Quote musangbodoh 30-12-2021 09:58 PM
prince_marhaen replied at 30-12-2021 05:37 PM
CARI-MAL ni memang duduk indo atau tiap-tiap hari hamak sangat hadap suratkhabar indo ke? aneh-aneh  ...

dia nie wartawan Cari...so isu dia boleh post pelbagai...yg aku tau lh...lg satu ko x bleh sesuka nk closed thread dia...
Quote missyL 30-12-2021 11:28 PM
Hish igtkn msia jupe dlm banjir
Quote mbhcsf 30-12-2021 11:32 PM
this is insanely bad and poor management. Cukup bahaya picagari/ syringe terdedah  , kalau tak dipatahkan tu, semua ni bahaya dan clinical waste yg berisiko...
Quote Shazid 31-12-2021 07:30 AM
penasaran gue mau tau selanjutnya

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.058742 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top