CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dilarang Jual Arak Di Kuala Kangsar Bermula Januari Ini - Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK)

31-12-2021 01:23 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 2805| Komen: 20

Description: KUALA KANGSAR – Penjualan arak di kedai runcit dan serbaneka perlu dilihat semula memandangkan ia memberi lebih banyak kesan negatif kepada masyarakat dan penduduk setempat.



KUALA KANGSAR – Penjualan arak di kedai runcit dan serbaneka perlu dilihat semula memandangkan ia memberi lebih banyak kesan negatif kepada masyarakat dan penduduk setempat.

Malah, sebelum ini telah banyak kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk sehingga mengakibatkan kematian sekaligus mencetus reaksi serta pandangan mendesak supaya kerajaan mengetatkan undang-undang berkaitan bagi menanganinya.

Terkini, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) memutuskan akan melaksanakan larangan menjual minuman keras di kedai-kedai serbaneka di kawasan majoriti penduduk beragama Islam di daerah ini bermula tahun 2022, seperti mana dipetik daripada laporan Kosmo.

Menurut laporan itu lagi,larangan ini menjadikan MPKK sebagai pihak berkuasa tempatan kedua melaksanakan ketetapan itu selepas Majlis Daerah Selama yang memutuskan perkara itu sebelum ini.


Zulqarnain (lapan dari kiri) bergambar bersama Ahli Majlis selepas Mesyuarat Penuh Ahli Majlis MPKK Bilangan 11/2021, di D' Village Resort, Karau, di sini hari ini. Kredit Foto : Kosmo


Yang Dipertua MPKK, Zulqarnain Mohamad berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dalam Mesyuarat Penuh Ahli Majlis MPKK Bilangan 11/2021 yang berlangsung hari ini.

Bagaimanapun menurut Zulqarnain, jualan minuman keras di kedai-kedai serbaneka di kawasan majoriti penduduk bukan beragama Islam masih dibenarkan dengan beberapa syarat dikenakan.

“Ada dibincangkan tetapi kita mesti mematuhi apa-apa perundangan diperingkat Persekutuan serta akta-akta berkaitan dan juga enakmen-enakmen di peringkat negeri.

“Kita dah boleh laksanakan dan tahun 2022 kita akan mulakan untuk kawasan yang memang sudah jelas majoriti Islam kita tidak akan benarkan, maka mereka yang bukan beragama islam yang berada di situ boleh beli ditempat lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Penuh Ahli Majlis MPKK Bilangan 11/2021, di D’ Village Resort, Karau, di sini, hari ini. 

Larangan penjualan arak ini dilihat sebagai satu langkah terbaik terutamanya di kawasan majoriti Muslim dan pasti orang ramai turut mengharapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan-kawasan masing-masing akan mengikut jejak langkah MPKK dan Majlis Daerah Selama. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 31-12-2021 01:34 AM
Kami bantah sekeras2 nya!

- ching chong cheng

Quote mbhcsf 31-12-2021 01:44 AM
baguslah , buat ape ambil sesuatu yg mudaratkan kesihatan fizikal and aqal dan menyusahkan org sekeliling kalau berlaku keganasan and kemalangan. banyak mudarat daripada kebaikan. Jimat duit. Klu boleh merokok pun jgn jugak.
Quote xpdckelate 31-12-2021 07:09 AM
kawasan majoriti muslim nak jual arak buat apa...benda dh lama patut buat tapi lebih baik daripada tak buat apa2
Quote dudaberhias 31-12-2021 07:11 AM
Tapi situ tak ramai pun kaki tonggang tak haramkan pun takde beza tak ramai pun kaki tonggang kat KK tu... Dulu ye la sebab payung kuning yang dulu tu pun kalau birthday dia penuh ribena sana sini mujur yang ganti sekarang ni lebih herlok educated.
Quote watie79 31-12-2021 08:48 AM
dudaberhias replied at 31-12-2021 07:11 AM
Tapi situ tak ramai pun kaki tonggang  tak haramkan pun takde beza  tak ramai pun kaki tongg ...

tau takpa..hat baru ni memang herlok educated dan molek rupa dan perangai..
Quote BartholomewKuma 31-12-2021 10:21 AM
Tadak satu pun agama yg dok bagi pengsnut dia pi mabok todi. Baguih dah la tu
Quote BartholomewKuma 31-12-2021 10:22 AM
dudaberhias replied at 31-12-2021 07:11 AM
Tapi situ tak ramai pun kaki tonggang  tak haramkan pun takde beza  tak ramai pun kaki tongg ...

Hat dulu kaki ribena jugak ka?
Quote Decaffeinated 31-12-2021 10:25 AM
Bagaimanapun menurut Zulqarnain, jualan minuman keras di kedai-kedai serbaneka di kawasan majoriti penduduk bukan beragama Islam masih dibenarkan dengan beberapa syarat dikenakan.

saja buat tajuk gempaq. ofkoslah jual arak kat area melayu siapa nak beli.
Quote krustykrab 31-12-2021 10:34 AM
dudaberhias replied at 31-12-2021 07:11 AM
Tapi situ tak ramai pun kaki tonggang  tak haramkan pun takde beza  tak ramai pun kaki tongg ...

Kan...duk haramkn kat rakyat je tp yellow umbrella mudah je dpt supply
Mulakan perubahan dari pemimpin dulu
Quote shark 31-12-2021 10:36 AM
Ceh ingatkan seluruh malaysia. Baru nak ckp hidup pklong
Quote KIM.K 31-12-2021 10:38 AM
AJK masjid ramai sapa berani beli
Ketum takpa la imam pun mengetum tepi kuala ni
Quote shark 31-12-2021 10:40 AM
Aku rasa untuk federal boleh naikkan cukai arak ni setiap bulan.. Ada berani ka.. Rokok boleh pulak asyik naik je dari rm4. 50 sekarang dah rm20. 50?rasa sama je.. Minyak masak tu patut turun harga. Nama je pengeksport sawit harga kat tmpt sendiri cekik darah
Quote KamikuP 31-12-2021 12:24 PM
Itu sbb org Perak hemsem dan jelita belaka. Tengok le sapa Sulatan dan Permaisuri Perak m=ngee
Quote Adrif 31-12-2021 11:55 PM
uuuu dengan ini secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada orang Islam untuk bekerja di kedai-kedai runcit

sebab ada orang Islam yang strictly tak akan kerja di kedai yang ada jual arak
sanggup buat kerja berat dan berisiko lain daripada kerja kat kedai yang ada arak
Quote pyropura 1-1-2022 07:37 AM
So bermakna ramai ler Melayu isele kola kangso yg.kaki tonggang botol yer ??
Quote stingergodiva 1-1-2022 07:51 AM
Edited by stingergodiva at 1-1-2022 07:53 AM
pyropura replied at 1-1-2022 07:37 AM
So bermakna ramai ler Melayu isele kola kangso yg.kaki tonggang botol yer ??


aku naik pelik...... yg sepatutnya dilarang penjualan arak bukanka dikawasan yg majoritasnya bukan islam utk menyukarkheun mereka mendapatkheun minuman arak supaya isu mabuk lebih mudah utk dibendung....?

kebabian apa kewww?
Quote Artemesiaa 1-1-2022 12:01 PM
Benda baik harus disokong patut dari dulu dah laksanakan
Quote Orenn1 2-1-2022 03:55 PM
mbhcsf replied at 31-12-2021 01:44 AM
baguslah , buat ape ambil sesuatu yg mudaratkan kesihatan fizikal and aqal dan menyusahkan org sekel ...

sempitt pemikirann ko, byk benda blh jd yg memudaratkann jika diambil berlebihh lebihan n tidak bertanggongjwb ,mcm gula carb semua. Sbb tu tangungjwb adalah no satuuu
Quote R2D2 3-1-2022 12:18 AM
minum arak, pandu lawan arus, ada kad OKU, terjun bangunan
lengkap pakej tu

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.358790 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top