View: 2996|Reply: 23
|
'Biarlah Jemur Dulu' - Puas Cari Rupanya Peti Ais Tersangkut Di Pokok Rambutan
[Copy link]
|
|
Siapa sangka sebuah peti ais yang hilang akibat bencana banjir ditemui di atas sebatang pokok menerusi satu misi pencarian.
Berkongsi pengalaman, Suhairi Abdul Wahab berkata, dia dan rakannya merupakan antara mangsa banjir di Kampung Batu Kapor di Mentakab, Pahang.
Kredit foto: mStar
Pemuda berusia 31 tahun itu memberitahu, kawasan kampung paling terjejas teruk pada Isnin minggu lalu dengan ketinggian melepasi bumbung rumah.
"Kejadian banjir dengan air paling dalam pada 20 Disember, tiang lampu pun habis tenggelam. Rumah mak saya pun terjejas, hampir keseluruhannya ditenggalami air.
"Kampung kami memang dah biasa dengan banjir, tapi kami tak jangka kali ini betul-betul dalam. Sikit lagi seluruh kawasan rumah ditenggelami air, hingga ada paras lebih tinggi dari bumbung rumah," katanya kepada mStar.
Lebih mesra disapa Sifu, katanya, banjir mulai surut pada hari kelima dan kering sepenuhnya pada hari ketujuh.
Mengenai pencarian peti sejuk yang hilang, katanya, ia merupakan permintaan bapa kepada sahabatnya yang dikenali sejak tadika, Azreen Abdul Majid, berusia 30 tahun.
"Misi berlaku pada hari ketujuh selepas banjir apabila saya berselisih dengan rakan memandangkan kami lama tak berjumpa. Saya tanya nak ke mana? Dia kata nak cari peti ais.
"Saya rasa macam kelakar sebab orang lain tak ada pula nak cari barang-barang yang hanyut ni," katanya yang sebelum itu membantu mengemas rumah rakan lain yang terjejas akibat banjir.
Menurut peniaga itu, pencarian yang dilakukannya bersama rakan tersebut mengambil masa satu setengah jam sebelum menemukan peti ais yang hilang.
"Selepas ronda-ronda satu kampung, kami akhirnya jumpa peti ais tersangkut di atas pokok rambutan. Jarak ia ditemui dengan rumahnya dalam satu kilometer.
"eti ais tu tersangkut pada ketinggian 5 kaki (1.5 meter). Masa tu saya tergelak sebab puas cari akhirnya jumpa tersangkut di celah pokok rambutan," katanya sambil menambah rakannya kusut memikirkan bagaimana untuk membawa turun peti ais berkenaan.
Sifu berkata, peti ais yang dihanyutkan arus deras itu sebenarnya tidak boleh digunakan lagi, namun terdapat barang yang diletakkan bapa rakannya sebelum kejadian banjir.
"Kawan saya nak cari peti ais tu sebab ayahnya letak peralatan menjala dalam tu. Mereka suka menjala dan memancing sebab itu ayah dia suruh cari.
"Saya asyik gelak sambil cari peti ais tu sebab ayah dia marah dia tak angkat barang-barang rumah termasuk peralatan menjala ke tempat lebih tinggi, dia biarkan macam tu je," katanya.
Sifu bagaimanapun memberitahu, malangnya peralatan menjala tersebut tidak ditemui dalam peti ais tersebut, dipercayai telah dihanyutkan arus deras.
"Kami tengok peti ais tu dah terbuka, dan tak ada jala di dalamnya. Peti ais tu masih tersangkut atas pokok, tidak diturunkan pun sebab kawan kata biarlah dijemur dahulu.
"Saya berkawan dengan semua orang. Bila saya dalam kesusahan, ramai kawan tolong saya dan bila kawan-kawan susah, saya tolong mereka," katanya.
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Peti ais tu pun tahu nak menyelamatkan diri |
|
|
|
|
|
|
|
Betul2 tinggi dan deras air banjirnya tu sampai boleh tersangkut situ. Kerja lain dah selesai boleh ler ramai2 bantu bawak turun nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Jolok peti ais ya bangggg... |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi...mmg tergelak baca
Insaf gak at the same time |
|
|
|
|
|
|
|
Tabah betul kamu orang. Semoga semuanya dipermudahkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha agak2 la pakcik. Pintu peti ais tu bukan mcm penutup bekas Tupperware yg tetap utuh walau dihanyut banjir |
|
|
|
|
|
|
|
Kaka rasa dia cari blk sbb simpan duit or emas dlm tu..joran menjala tu alasan je hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
huh student yg baca ni , kalau dalam sekolah rendah boleh buat karangan Aku Sebuah Peti Ais.... |
|
|
|
|
|
|
|
Hhahhhahha... Lawak le pulak.
Takpe la dpt gak alihkan kesedihan akibat banjir sementara waktu |
|
|
|
|
|
|
|
kesian tp lawak
selamat dia sangkut situ kalau tak arwah dah entah kemana-mana.
semoga dipermudahkan semua urusan mangsa-mangsa banjir. |
|
|
|
|
|
|
|
Jikalau saya akan biarkan sahaja peti ais tu di atas pokok rambutan sebagai kenangan! |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke peralatan menjala, ke ada duit/brg kemas, simpan ala2 peti besi tu ha |
|
|
|
|
|
|
|
Sampah, low class punya thread. berita mcm ni pon boleh jadi topik perbincangan |
|
|
|
|
|
|
|
Darah kuning tu takde perasaan ke tgk penderitaan rakyat? Peti ais tu kurang2 seribu ringgit.
|
|
|
|
|
|
|
|
lawak la termenung member tu
[em:3:][em:3:][em:3:] |
|
|
|
|
|
|
|
peti ais asal dh rosak tu...bleh simpan brg....jiran aku buat simpan tin aluminium.. |
|
|
|
|
|
|
|
Barang yang hanyut jangan dikenang hahaha.. boleh baring kat bawah macam citer pramlee motor ataih bumbung.. |
|
|
|
|
|
|
|
peti ais pun takut, dia menyelamatkan diri naik pokok |
|
|
|
|
|
|
| |
|