CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Anak Angkat Leceh, Ivan Gunawan Bela 2 Anak Patung

30-12-2021 06:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3366| Komen: 24

Description: Pengacara dan pereka fesyen terkenal Indonesia, Ivan Gunawan memelihara dua anak patung yang dianggap seperti anak sendiri menjadi perbualan hangat netizen.
Pengacara dan pereka fesyen terkenal Indonesia, Ivan Gunawan memelihara dua anak patung yang dianggap seperti anak sendiri menjadi perbualan hangat netizen.


Menurut laporan Kapanlagi, Ivan mendapat anak patung pertama daripada Ruben Onsu yang kini diberi nama Miracle Putra Gunawan.



“Saya dapat baby Eqqel ini hadiah daripada Kak Ruben dan dia juga ada baby bernama Robby, jadi saya terus cakap dekat dia yang saya juga mahu.

“Ruben suruh saya bagi gambar saya semasa kecil dan muka Eqqel ini diambil daripada bentuk muka saya masa masih kecil,” katanya.

Kata Ivan, baby Eqqel bukan hanya sekadar anak patung tetapi juga merupakan teman hidup yang sentiasa bersama dengannya sehingga dia mencipta akaun Instagram untuk ‘anaknya’ itu.



“Saya mencipta akaun Instagram untuknya kerana saya menganggap baby Eqqel sebagai teman hidup yang boleh dibawa kemana-mana dan boleh hidup bersama-sama,” ujarnya.

Ivan tidak hanya mempunyai satu ‘anak’, tetapi dia sekarang memiliki dua ‘anak’ yang sama-sama didapati daripada pemberian Ruben malah Ivan turut membeli peralatan bayi seolah-olah dia mengasuh mereka seperti anak sendiri.

Ivan juga selalu mengajak Miracle dan Marvel keluar berjalan-jalan dan juga telah membawa kedua ‘anaknya’ itu meluangkan masa bersama keluarga Ruben Onsu ketika perayaan Krismas.


Kredit foto: IG Ivan 

Tindakan Ivan itu mengundang banyak persepsi daripada masyarakat sehingga ada yang mempersoalkan kenapa dia memilih tidak mengambil anak angkat.

“Saya bukan tidak mahu mengambil anak angkat, tetapi itu memerlukan banyak persiapan dan mengambil anak bernyawa itu berat, hati kena betul-betul sayang,” katanya.

Namun begitu, Ivan tidak menutup kemungkinan untuk mengambil anak angkat pada masa hadapan. 


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 30-12-2021 06:58 PM
Sakit mental ke
Quote SayaSayangMama 30-12-2021 07:11 PM
Ghisau dia apa apa kan baby patung tu, wlu bukan manusia tp dia baby
Quote sambaldurian 30-12-2021 08:06 PM
Tetiba jd pinnochio nnti. Tp mmg ada org buat patung real silikon gini sbb mmg ada couple yg nk baby silikon. Baby silikon ni sebijik rs bayi, berat, kedut kulit; cuma x bernyawa je
Quote Belibis 30-12-2021 08:43 PM
'memelihara'??? Gila ke apa..ada bagi makan minum ke?
Quote Zack8hunter 30-12-2021 08:45 PM
bgs la tu..kang jadi chucky anak patung tu br ko tahu..[em:23:]
Quote buapakperut 30-12-2021 08:47 PM
isk seram [em:8:]
Quote royaldanish 30-12-2021 10:15 PM
Kang hidup benda tu malam2
Quote missyL 30-12-2021 11:26 PM
Seramnye.
Patung2 cmnie tkut nti ade menumpang
Serammm
Quote Carcosa 31-12-2021 01:36 AM
Yg satu tu tido je ke [em:16:]
Yg satu lagi, kenapa huduh? Satu gebu bulat, satu nampak mcm Chucky time kecik. Dgn rambut oren nya [em:16:]
Kang jgn kau hantar anak2 ko pegi nursery sudah
Quote Queenmastani 31-12-2021 04:16 AM
Mcm citer thai je yg baru2 ni on air kt neflix..jln crite mcm sama ke mana2 bawa doll tu..scary
Quote fadzyjemi 31-12-2021 06:54 AM
Sejak dah kurus ni otak dia pun ikut mengecik iols rasa. Mereng
Quote lasagna 31-12-2021 09:32 AM
Queenmastani replied at 31-12-2021 04:16 AM
Mcm citer thai je yg baru2 ni on air kt neflix..jln crite mcm sama ke mana2 bawa doll tu..scary

dah macam org thailand plak bela anak patung pastu pasang2 mantera, roh laa apa laaa.. ishh macam2 laa manusia ni. haa ye laa iols pun tgk cite tu kat netflix juga! nasib laa xde org msia camni.
Quote MoonRise 31-12-2021 11:46 AM
kalau patung tu hidup, boleh la jadikan movie nanti
Quote lurve82 31-12-2021 01:49 PM
Kesian…mental rupanya..
Quote jihah_kudat 31-12-2021 06:33 PM
ivan gunawan ni plastik betul muka dia
couple dgn ayu ting ting tu betul ke atau cover line sajo
Quote sarah_ary2 31-12-2021 11:13 PM
Ada couples beli dolls ni sebab nak curb sadness because of child loss tp no komen kalau tetibe x de apa apa nak beli dolls ni jugak
Quote Queenmastani 1-1-2022 04:16 AM
lasagna replied at 31-12-2021 09:32 AM
dah macam org thailand plak bela anak patung pastu pasang2 mantera, roh laa apa laaa.. ishh macam2 ...

Kanss..siap buat gathering bawa "anak" masing2..
Quote Artemesiaa 1-1-2022 12:41 PM
Makin lama makin nampak mental harap dia segera dapatkan bantuan
Quote namr 1-1-2022 12:56 PM
Mental ke

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.116218 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top