CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Melambung Ke Atas Bumbung Bengkel Dirempuh Lelaki Lalok

8-12-2021 02:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3165| Komen: 25

Description: Seorang remaja lelaki melambung ke atas bumbung sebuah bengkel selepas motosikal ditunggangnya dirempuh kereta dipandu lelaki khayal dadah di Jalan Kampung Permatang Piah, Pak Badol, Mahligai di sini ...
Seorang remaja lelaki melambung ke atas bumbung sebuah bengkel selepas motosikal ditunggangnya dirempuh kereta dipandu lelaki khayal dadah di Jalan Kampung Permatang Piah, Pak Badol, Mahligai di sini pada Selasa.


Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, Wan Mohamad Sabaruddin Wan Zakaria, 19, patah paha kiri dan tangan kiri akibat kemalangan itu.

Kejadian itu turut membongkar kegiatan penyeludupan dadah oleh pemandu kereta jenis Honda Civic EK berkenaan apabila polis menemui heroin dan 102 biji pil pada lelaki tersebut.


Orang ramai membantu menurunkan Wan Mohamad Sabaruddin yang tercampak ke atas bumbung selepas dilanggar lelaki khayal dadah.


Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, susulan itu, lelaki berusia 36 tahun yang beralamat di Selising, Pasir Puteh tersebut ditahan bagi membantu siasatan kes kemalangan dan pemilikan dadah.

“Polis menerima maklumat berhubung kemalangan yang berlaku dan pergi ke tempat kejadian.

“Anggota menghampiri pemandu yang berada di tepi kereta tersebut untuk pemeriksaan namun berlaku pergelutan. Pemeriksaan fizikal ke atasnya menjumpai anggaran berat kasar tiga gram dadah jenis heroin dan 102 biji pil kuda yang keseluruhannya bernilai RM3,020,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Menurut beliau, sebelum itu, kemalangan terbabit dipercayai berlaku semasa suspek memandu kereta dari arah Melor menghala ke rumahnya di Kampung Tasek Pauh, Selising, Pasir Puteh.

“Apabila sampai di Jalan Kolam, suspek cuba memotong sebuah kereta jenis Perodua Kancil sebelum merempuh motosikal jenis Yamaha LC dari arah bertentangan yang ditunggang mangsa.

“Pelanggaran tersebut menyebabkan mangsa tercampak ke atas bumbung sebuah bengkel yang berada di tepi jalan.

“Mangsa yang mengalami patah paha dan tangan kiri kemudian dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk rawatan,” katanya.

Ujar beliau, urin yang dijalankan terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

“Malah, semakan terhadap lelaki yang bekerja sendiri itu mendapati dia mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1), 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 7-12-2021 09:08 PM
Edited by kakikuDibibirmu at 8-12-2021 08:03 PM

Tak nak bagi bunyi pun boleh

[youtube]_31MLFG3Q2Y[/youtube]
Quote musangbodoh 8-12-2021 12:53 AM
tgk dr gambar pelik skit tmpat kejadian tu
Quote keane.somewhere 8-12-2021 12:59 AM
So polis ucap terima kasih tak pd yg melambung tu sbb membongkar Kes dadah?
Quote KIM.K 8-12-2021 01:18 AM
Kelate memang deretan kedai lama bebetul tepi jalan raya.
Biasa kat kampung2, kedai jarak sikit dari jalan tapi sskjp rapat. Kalau eksiden kompom lajak
Quote SembangKari 8-12-2021 08:34 AM
Patut la bawak macam orang gila. ada bawa najis rupanya..
Quote True-X 8-12-2021 09:00 AM
kelate ni mmg terkenal dgn honda..... dan pil kuda
Quote ketupatnasi 8-12-2021 09:02 AM
mesti laju sampai melambung cenggitu.
ingatkan dalam cerita P Ramlee je moto melambung atas atap.
Quote kucingitam 8-12-2021 09:35 AM
berseni betul photographer ambil gambar abang tu dari celah2 daun dan sampah...dia ingat nak photoshoot pengantin ke..
Quote cmf_PariS 8-12-2021 10:10 AM
kucingitam replied at 8-12-2021 09:35 AM
berseni betul photographer ambil gambar abang tu dari celah2 daun dan sampah...dia ingat nak photosh ...

hahahahhahahahahahhahaa setan tegelak
Quote namieamuro 8-12-2021 11:27 AM
kucingitam replied at 8-12-2021 09:35 AM
berseni betul photographer ambil gambar abang tu dari celah2 daun dan sampah...dia ingat nak photosh ...

ahaahaha baru iols perasan
Quote auntieagony 8-12-2021 11:36 AM
kucingitam replied at 8-12-2021 09:35 AM
berseni betul photographer ambil gambar abang tu dari celah2 daun dan sampah...dia ingat nak photosh ...



Mungkin photographer amature sbb nak cari angle yg sesuai
Quote bulalof 8-12-2021 01:27 PM
punya byk kes dadah bebas lagi buat taik...
Quote CARI-MAL 8-12-2021 02:12 PM
Seorang remaja lelaki melambung ke atas bumbung sebuah bengkel selepas motosikal ditunggangnya dirempuh kereta dipandu lelaki khayal dadah di Jalan Kampung Permatang Piah, Pak Badol, Mahligai di sini pada Selasa.


Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, Wan Mohamad Sabaruddin Wan Zakaria, 19, patah paha kiri dan tangan kiri akibat kemalangan itu.


Kejadian itu turut membongkar kegiatan penyeludupan dadah oleh pemandu kereta jenis Honda Civic EK berkenaan apabila polis menemui heroin dan 102 biji pil pada lelaki tersebut.




Orang ramai membantu menurunkan Wan Mohamad Sabaruddin yang tercampak ke atas bumbung selepas dilanggar lelaki khayal dadah.




Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, susulan itu, lelaki berusia 36 tahun yang beralamat di Selising, Pasir Puteh tersebut ditahan bagi membantu siasatan kes kemalangan dan pemilikan dadah.


“Polis menerima maklumat berhubung kemalangan yang berlaku dan pergi ke tempat kejadian.


“Anggota menghampiri pemandu yang berada di tepi kereta tersebut untuk pemeriksaan namun berlaku pergelutan. Pemeriksaan fizikal ke atasnya menjumpai anggaran berat kasar tiga gram dadah jenis heroin dan 102 biji pil kuda yang keseluruhannya bernilai RM3,020,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.


Menurut beliau, sebelum itu, kemalangan terbabit dipercayai berlaku semasa suspek memandu kereta dari arah Melor menghala ke rumahnya di Kampung Tasek Pauh, Selising, Pasir Puteh.


“Apabila sampai di Jalan Kolam, suspek cuba memotong sebuah kereta jenis Perodua Kancil sebelum merempuh motosikal jenis Yamaha LC dari arah bertentangan yang ditunggang mangsa.


“Pelanggaran tersebut menyebabkan mangsa tercampak ke atas bumbung sebuah bengkel yang berada di tepi jalan.


“Mangsa yang mengalami patah paha dan tangan kiri kemudian dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk rawatan,” katanya.


Ujar beliau, urin yang dijalankan terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.


“Malah, semakan terhadap lelaki yang bekerja sendiri itu mendapati dia mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan dadah.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1), 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.




Sumber: Sinar Harian
Quote achinto 8-12-2021 03:58 PM
kucingitam replied at 8-12-2021 09:35 AM
berseni betul photographer ambil gambar abang tu dari celah2 daun dan sampah...dia ingat nak photosh ...

hahahhahahaahahaahhahahhaha adoiiiiii win betul
Quote Belibis 8-12-2021 04:01 PM
kucingitam replied at 8-12-2021 09:35 AM
berseni betul photographer ambil gambar abang tu dari celah2 daun dan sampah...dia ingat nak photosh ...

Ala ala shoot drama..angle dari bawah tangga,bawah kereta..
Quote Thunderclouds 8-12-2021 04:33 PM
Xdak video ka? Tara mana laju sampai p ataih bumbung. Naya
Quote jfq 8-12-2021 05:24 PM
kucingitam replied at 8-12-2021 09:35 AM
berseni betul photographer ambil gambar abang tu dari celah2 daun dan sampah...dia ingat nak photosh ...

Tak pasal2 aku scroll balik ke atas
Quote kakikuDibibirmu 8-12-2021 07:59 PM
Berseni katanya:

bumbung1_1638876235.jpg
Quote makadek 8-12-2021 08:03 PM
Pramlee dh rancang korang yang lalai

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.458788 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top