CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Kucing Masih Bernyawa Walau Tenggelam Dalam Lumpur Panas Semeru

8-12-2021 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1208| Komen: 3

Description: Seekor kucing ditemui dalam keadaan masih bernyawa meskipun tenggelam di dalam lumpur panas semasa letusan Gunung Semeru, lapor laman berita Berita Hits hari ini.
Seekor kucing ditemui dalam keadaan masih bernyawa meskipun tenggelam di dalam lumpur panas semasa letusan Gunung Semeru, lapor laman berita Berita Hits hari ini.


Berdasarkan sebuah klip video yang dikongsikan di TikTok, seorang lelaki menemui kucing berwarna putih itu hampir tenggelam di dalam  lumpur di rumah pemiliknya.


Add Image Caption Here


Dia kemudiannya mendekati kucing tersebut sebelum haiwan itu bangun dan bersembunyi di sebalik kayu-kayu hanyut.

“Kuasa Allah, seekor kucing masih hidup di ‘lautan’ lumpur Semeru yang masih panas,” tulis lelaki berkenaan dalam video tersebut.


Video itu menjadi tular dengan ramai netizen melahirkan rasa kagum dan kasihan melihatkan keadaan kucing tersebut.

“Tolong selamatkan kucing itu, pasti ia haus dan lapar,” kata seorang netizen.

“Tolong bawa kucing itu jauh dari kawasan lumpur panas,” kata seorang lagi.

Pada penghujung rakaman, lelaki berkenaan meminta rakannya membawa kucing itu ke lokasi yang lebih selamat. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 8-12-2021 01:26 PM
Banyak dikabarkan kucing2 mereka selamat dalam bencana tu ada 9 lives kan
Quote KamikuP 8-12-2021 02:08 PM
ye ada 9 lives mcm bateri eveready
Quote KIM.K 8-12-2021 02:58 PM
Kuat keyakinan kucing tu yang dia akan selamat

Lihat semua komen(3)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

12-8-2022 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.075854 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top