CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Mengamuk Meracau Seorang Diri Sebelum Mati Dalam Longkang

8-12-2021 02:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1188| Komen: 7

Description: Seorang lelaki yang mengamuk tanpa diketahui punca ditemukan mati di dalam longkang belakang rumahnya di Taman Dahlia, di sini, malam tadi.
Seorang lelaki yang mengamuk tanpa diketahui punca ditemukan mati di dalam longkang belakang rumahnya di Taman Dahlia, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7.35 malam itu, lelaki berusia 31 tahun terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas pemeriksaan dilakukan kakitangan hospital.


Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, polis pada mulanya menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mengatakan jirannya sedang mengamuk di belakang rumah.

Menurutnya, lelaki berkenaan diberitahu isterinya berhubung kelakuan jiran mereka yang sebelum itu meracau seorang diri dan membuat bising di luar rumah.


"Berikutan itu, lelaki terbabit menghubungi polis dan sebaik tiba di lokasi, anggota melakukan pemeriksaan dan menemui mangsa tidak sedarkan diri dalam longkang belakang rumah.

"Pihak ambulans terpaksa dipanggil dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati lelaki berkenaan sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati lelaki itu sudah empat tahun tinggal di rumah terbabit seorang diri dan dia juga tidak mempunyai pekerjaan serta dipercayai penagih dadah.

"Hasil keterangan daripada jirannya, mereka mendakwa yang lelaki terbabit memang kerap mengamuk tanpa punca sehingga menimbulkan ketakutan kepada penduduk sekitar.

"Pemeriksaan lanjut juga mendapati lelaki berkenaan mempunyai rekod perubatan psikiatri dengan kali terakhir menerima rawatan pada Mac 2016 lalu," katanya.

Menurutnya, mayat dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat serta ujian saringan Covid-19 turut akan dijalankan.

Setakat ini, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellejo 8-12-2021 02:14 PM
tuduh je hantu. tak luak pun.
Quote Samerosie 8-12-2021 02:51 PM
Mat pet Flakka after effects kut.  
Quote Babai 8-12-2021 02:56 PM
ellejo replied at 8-12-2021 02:14 PM
tuduh je hantu. tak luak pun.

Hahahahaha
Quote buapakperut 9-12-2021 08:06 AM
cuba check ada tak poremer suka cari pasal yang ilang
Quote Simunggu 9-12-2021 08:50 AM
mat gian..memeng tak betul
Quote Supersirap 9-12-2021 12:11 PM
Semoga kita dijauhkan dari sebarang racauan ini
Quote keane.somewhere 9-12-2021 12:18 PM
Lain Kali ambil dadah Sila ikut dos

Lihat semua komen(7)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

12-8-2022 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.085022 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top