CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh Diri Dan Keluarga Kerana Takut Dipenjara Buat Sijil Vaksin Palsu

8-12-2021 02:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1362| Komen: 0

Description: Seorang lelaki Jerman membunuh isteri dan tiga anaknya sebelum membunuh diri dengan meninggalkan nota menjelaskan dia takut dipenjarakan kerana memalsukan pas kesihatan COVID-19, kata pendakwa raya.
Seorang lelaki Jerman membunuh isteri dan tiga anaknya sebelum membunuh diri dengan meninggalkan nota menjelaskan dia takut dipenjarakan kerana memalsukan pas kesihatan COVID-19, kata pendakwa raya.


Kesemua lima mayat ditemui di rumah keluarga itu di Koenigs Wusterhausen di luar Berlin pada Sabtu, kata pendakwa raya negeri Brandenburg.


Gambar hiasan

Menerusi nota berkenaan, lelaki berusia 40 tahun itu menjelaskan dia mendapatkan pas vaksin COVID-19 palsu untuk isterinya.

Bagaimanapun, majikan isterinya mengesan penipuan itu dan merancang untuk menyiasat, jurucakap pendakwa raya, Cottbus Gernot Bantleon memberitahu AFP.


"Lelaki itu menjangkakan dia dan isterinya akan dipenjarakan dan anak-anak mereka dibawa pergi," kata Bantleon.

Pegawai penyiasat percaya lelaki itu membunuh anaknya berusia empat, lapan dan 10 tahun serta isterinya berusia 40 tahun sebelum membunuh diri.

Jiran menghubungi perkhidmatan kecemasan selepas melihat mayat di rumah itu.


Lokasi kejadian seorang lelaki dipercayai membunuh isteri dan tiga anaknya sebelum membunuh diri kerana sijil vaksin COVID-19 palsu di Koenigs Wusterhausen, Berlin. - Foto AFP

Bedah siasat yang sedang dijalankan setakat ini hanya mengesan tembakan di kepala, kata pendakwa raya.

Pihak berkuasa Jerman berulang kali memberi amaran mengenai penyebaran sijil vaksin COVID-19 palsu di negara yang dilanda gelombang COVID-19 baharu. 


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.129955 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top