CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekolah Minta Maaf Pelajar Solat Di Luar Bangunan

6-12-2021 03:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1520| Komen: 0

Description: Sebuah institusi pendidikan meminta maaf selepas sekumpulan pelajar Muslim bersolat di luar bangunan dalam cuaca sejuk di bandar Oldham, England baru-baru ini.
Sebuah institusi pendidikan meminta maaf selepas sekumpulan pelajar Muslim bersolat di luar bangunan dalam cuaca sejuk di bandar Oldham, England baru-baru ini.


Permohonan maaf itu dibuat selepas satu rakaman video menunjukkan mereka bersolat di luar bangunan institusi pendidikan tersebut disiarkan di laman sosial.


Kredit foto: Mail Online

Dalam kejadian itu, mereka bertindak sedemikian selepas seorang guru tidak membenarkan para pelajar tersebut bersolat di dalam kelas.

Seorang kakitangan institusi pendidikan itu hanya memerhatikan lapan pelajar lelaki yang memakai pakaian sekolah bersolat secara berjemaah.



Kredit foto: Mail Online

Pelajar berkenaan dilaporkan mendakwa seorang guru memberitahu bahawa mereka tidak dibenarkan bersolat dalam kelas.

Namun, pusat pendidikan itu, Oldham Academy North menjelaskan bahawa sebanyak 15 buah kelas ditutup kerana mengalami kerosakan akibat banjir.


Kredit foto: Mail Online

Ini menyebabkan mereka tidak dibenarkan bersolat di dalam kelas.

Bagaimanapun, institusi tersebut turut mengesahkan satu siasatan dilancarkan berhubung kejadian itu. 


Sumber: Sinar Harian
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.284922 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top