CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mati Minum Racun Di Kubur Bapa Lepas Hamil Anak Luar Nikah

6-12-2021 04:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5893| Komen: 54

Description: Seorang gadis muda ditemukan mati di kubur bapanya di Desa Japan, Mojokerto, Jawa Timur, baru-baru ini.
Seorang gadis muda ditemukan mati di kubur bapanya di Desa Japan, Mojokerto, Jawa Timur, baru-baru ini.

Gadis berusia 23 tahun itu dipercayai membunuh diri dengan minum racun selepas hamil luar nikah akibat terlanjur dengan seorang anggota polis.

Kisah kematian gadis itu turut tular dalam Twitter dengan seorang daripada pengguna media sosial itu mengakui dia merupakan rakan kepada mangsa.


Kredit foto: Twitter

Mangsa dilaporkan mengalami tekanan perasaan selepas hubungan cintanya dengan anggota polis tersebut semakin renggang, selain mengandungkan anaknya.


Dalam pada itu, jurucakap polis, Hadi Supraptoyo berkata, teman lelaki gadis itu sudah ditahan bagi membantu siasatan.


Kredit foto: Twitter

“Gadis itu dan anggota polis tersebut sering terlanjur dan hasilnya, sudah dua kali mangsa hamil iaitu pada Mac 2020 dan Ogos 2021.

“Namun, kedua-dua kandungan itu digugurkan dengan persetujuan mereka iaitu ketika kandungan berusia beberapa minggu bagi pertama kali dan kandungan berusia empat bulan untuk yang kedua kali,” katanya.


Kredit foto: tvonenews

Sehubungan itu, anggota polis tersebut bakal didakwa dengan kesalahan sengaja menggugurkan kandungan dan kini ditahan di balai polis Mojokerto.

Sementara itu, polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian gadis tersebut serta racun yang diambilnya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 6-12-2021 04:12 PM
kalau laki tu nak kawin dengan kau, dia dah kawin awal dulu..
dah berkali-kali mengandung tapi dia suruh gugur, lagi kau mau tunggu..
kau bunuh diri, dia happy happy je ngeseks dengan pompuan lain..
Quote bettyboops 6-12-2021 04:18 PM
bf police, may u rot in hell..

sekian..
Quote Suchi 6-12-2021 04:30 PM
Gambar tudung hitam bawah tu ke gadis tu? Lawa orangnya
Quote Kurex 6-12-2021 04:43 PM
Nanti dia menjelma sebagai SUNDELBOLONG
Quote nononcrux 6-12-2021 04:50 PM
ya indon lagi.. kayaknya tiada berita dalam negeri ya
Quote nolya 6-12-2021 05:05 PM
prettyuglybabe replied at 6-12-2021 04:12 PM
kalau laki tu nak kawin dengan kau, dia dah kawin awal dulu..
dah berkali-kali mengandung tapi dia s ...

Itulah yg dikatakan cinta mati yg akhirnya membawa mati.
Quote Thunderclouds 6-12-2021 06:30 PM
Pernah dgr kondom dek??? Adik2 ppuan gatai poen tolong suruh boipren sarung kondom dlu. Make your mantra no condom no poen! Gituh!
Quote Artemesiaa 6-12-2021 06:42 PM
Menyesal kemudian tak berguna kerja sia2
Quote djzara81 6-12-2021 06:44 PM
Sanggap pilih tempat bunuh diri kat kuburan ye dek,,tempat yg boleh bagi 1001 keinsafan & ingat akan kematian.
Quote forum5290 6-12-2021 07:25 PM
knp pilih tempat bunuh diri kt kubur?ke nk mmudahkan urusan,senang tanam terus je...
syg sungguh lahai,cntik sungguh gdis itu...
Quote keane.somewhere 6-12-2021 07:35 PM
Sebab tu penting kempen turunkan Kadar pembiakan.
Quote noor2 6-12-2021 07:41 PM
Semoga neraka jahanam tempat lelaki tu....para ibu para bapa ajarla anak2 kita kuat dlm menghadapi masalah hidup
Quote hird 6-12-2021 08:02 PM
Aiiikkk awat cerita lain, bukan ke arwah kena perkosa? Bf dia bagi minum air dia letak ubat tido dan perkosa arwah ni.
Arwah baru tahu dia hamil 4 bulan lps tak period2. Arwah teringat yg lps minum dia ngantuk tak sedar diri. Bila confront bf dia, bf dia paksa gugur kandungan tapi arwah taknak. Last2 bf dia tipu bagi mkn ubat gugurkan kandungan 4 bijik, katanya vitamin saja.
Quote wak_pijah 6-12-2021 08:05 PM
Cakap bodo kang marah.
Quote edayildiz 6-12-2021 08:05 PM
ada iras ustaz ebit pulak polis tu
Quote Xim 6-12-2021 08:15 PM
hird replied at 6-12-2021 08:02 PM
Aiiikkk awat cerita lain, bukan ke arwah kena perkosa? Bf dia bagi minum air dia letak ubat tido dan ...

Aku pun baca kronologi arwah kena perkosa....tp tahla kan yg mana satu betul....
Quote sukacactus 6-12-2021 08:40 PM
Salah sdr la bertahan dgn bf lehanat tu kenapa
Org tu mmg la dah tgk ko boleh jd makananan dia, selama2nya la ko taraf lauk sj
Ladies, know your worth ya!
Quote KIM.K 6-12-2021 08:44 PM
Cantik orangnya
Jangan murah sangat dik. Dah ler takda support sistem kau nak murah2 plak. Menjadi bahan je
Quote Decaffeinated 6-12-2021 08:56 PM
ada gak kdg pompuan gunakan kehamilan untuk memerangkap lelaki yang bodoh tak reti2 nak pakai kondom

this is pertandingan siapa lagi bodoh lah

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.078665 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top