CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakai Tudung Pun Jadi Isu Kata Pancing Undi? - Mujahid

6-12-2021 03:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1464| Komen: 6

Description: “Tak pakai tudung kata tak hormat masjid, pakai tudung kata pancing undi, lebih-lebih la…”
“Tak pakai tudung kata tak hormat masjid, pakai tudung kata pancing undi, lebih-lebih la…”

Demikian tegur bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengenai kritikan terhadap Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang mempertahankan tindakan beliau yang memakai tudung ketika berada di sebuah masjid, baru-baru ini.


Kredit foto: FB

Dalam hantaran terbaharunya di Twitter, Mujahid menambah: “Tak ada pula yang puji masjid buat open day (hari terbuka) untuk semua orang.

“Yang jadi isu, Hannah Yeoh pakai tudung, berjela-jela artikel. Tudung pula jadi masalah?”



Kredit foto: FB

Semalam, Hannah memberitahu, tindakan menutup kepala di dalam masjid tidak akan mengubah bangsa dan agama beliau sendiri.

Menurut beliau, semua pihak perlu mempertahankan dan berjuang untuk Malaysia yang mengamalkan corak pendekatan sederhana dan negara ini bukan untuknya seorang sahaja, tetapi untuk orang lain.



“Hormati mereka di sekeliling anda dan terapkan nilai kebaikan ini kepada jiran-jiran anda. Sikap mementingkan diri sendiri hanyalah resipi bencana yang lebih besar.

“Sampaikan suara rakyat Malaysia yang sederhana supaya ianya bergema kuat di tempat kerja, kawasan kejiranan, ketika pertemuaan bersama keluarga, tempat ibadat dan melalui media sosial kita.


Kredit foto: FB

“‭‭Saya akan terus memakai selendang dengan sewajarnya,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote isbritneybich 6-12-2021 05:09 PM
dengar je masjid open day terus menggelupuh macam mana nak exploit for political gain kan? hiks
Quote dua_chzy 6-12-2021 05:20 PM
Daripada 100 kepala macam Rina Harun pegang 1 kementerian,

lebih baik 1 kepala macam Hannah Yeoh saja.
Quote axl_bach 6-12-2021 05:53 PM
Mana2 politician pun mmg akan pikir benda utk political gain,  so xyah nk nglupo lah

Dah nama pun politician,  mmg hidup dorg berkisar political mileage

Quote pyropura 6-12-2021 09:13 PM
Sebab dia kapir Cina, tengok kapir kokesen ditatang disambut masok masejid semua. Igama molayoo kan
Quote kitmal 6-12-2021 09:30 PM
Nak tutup kelemahan Rina yang dah ala ala model tu..spin cerita hannah
Quote Skuau 6-12-2021 11:39 PM
xde isu..pon...sb xde sapa boleh 'baca' niat dia.Segalanya mungkin...sahaja.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.056903 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top