CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tak Pernah Terima Apa-Apa Anugerah,"- Bell Ngasri Tak Sangka Gurauan Curi Perhatian, Risau Orang Menyampah

6-12-2021 03:31 PM| Diterbitkan: ameenarara| Dilihat: 4173| Komen: 27|Original author: ameenarara

Description: Dialog pelakon dan pelawak, Bell Ngasri semasa mengadakan persembahan pentas untuk program Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) baru-baru ini telah mencuri perhatian penonton.
Dialog pelakon dan pelawak, Bell Ngasri semasa mengadakan persembahan pentas untuk program Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) baru-baru ini telah mencuri perhatian penonton.


Pada malam itu, dia mengatakan dalam dialognya dia tidak pernah menerima apa-apa anugerah sepanjang menjadi anak seni bertahun-tahun lamanya.


Seperti yang dilaporkan Harian Metro, dialog spontan itu dikeluarkan secara suka-suka sahaja ketika raptai namun kebetulan Ajak dan Ropie suka dan mahu ia diteruskan semasa persembahan pentas.

Jelasnya, dia tiada niat untuk meminta simpati dan sebenarnya risau jika ada pihak yang mengambil serius dan mula menyampah kerana takut dianggap lapar perhatian.

Foto: Instagram Bell

Jauh disudut hati, dia mahu membantu kumpulan Tobat untuk bersaing sehingga ke pentas akhir.


Tambahnya lagi, dia tidak pernah merasa dirinya berada pada prestasi yang lebih tinggi dan turut merasa sedikit beban apabila bekerja dengan nama-nama besar dalam MLM2021.

Bell Ngasri adalah artis yang paling lama dalam industri seni dan masih relevan sehingga kini namun tidak pernah diberi apa-apa pengiktirafan dalam bidang kerjayanya sendiri. Harap satu hari nanti ada rezeki untuk Bell. - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 6-12-2021 03:51 PM
kesian juga sebab anugerah lawak sampah gitteww pun heolss happy sangat bila dapat... memang dia ni tak pernah dapat anugerah... mesti dia rasa bersyukur sangat bila dapat walaupun taraf2 syok sendiri jah anugerah tu...
Quote helicornia 6-12-2021 04:50 PM
Biar la tk menang award janji job tk putus.bell ni rasa job tk putus berlakon drama, iklan, voice over iklan lg
Quote cap_ayam 6-12-2021 04:54 PM
masyukk oo bell nih.. syukur murah rezeki..
Quote exclusive_vvip 6-12-2021 05:04 PM
Bell ni dulu ada one time I meluat tgk dia berlakon..mcm overacting..watak jahat @ lawak,dia buat nampak gaya terencat..turn off dgn acting dia masa tu..sbb masa kecik n remaja dia berlakon ok je..tetiba je berlakon over..rasa masa zaman awal 2000an gitu kot..pastu dlm 10-11 tahun ni kot, dia jadi ok balik berlakon, x over dah..
Quote oggy 6-12-2021 05:18 PM
exclusive_vvip replied at 6-12-2021 05:04 PM
Bell ni dulu ada one time I meluat tgk dia berlakon..mcm overacting..watak jahat @ lawak,dia buat na ...

Haah betul ada one time tu macam over sangat dia berlakon ala2 lawak sangat le tu.. tapi sejak dah jadi barkoba dah tak over macam time tu..
Quote jargon 7-12-2021 12:30 AM
Rmh dia landed produksi selalu sewa utk shooting kan…pakai pon audi tt masa tu..
Quote stingerke 7-12-2021 10:47 AM
baiklah jadi mcm bell job banyak je..jd supporting pun ok sebab less competitive banding hero
Quote jiwakacau06 7-12-2021 11:13 AM
exclusive_vvip replied at 6-12-2021 05:04 PM
Bell ni dulu ada one time I meluat tgk dia berlakon..mcm overacting..watak jahat @ lawak,dia buat na ...

btl...kalau parody meletop tu...kerap double meaning...tmbh2 pair dgn elly mazlin
Quote amira_adlina 7-12-2021 11:19 AM
Suara2 iklan kat radio bnyk suara dia jgk kn
Quote mizruncing 7-12-2021 11:26 AM
iols minat gak ngan dia ni. hope ade rezeki dia menang anugerah one day
Quote MistrezHermanaz 7-12-2021 11:30 AM
dari aku kecik gitu la rupa dia..x menang anugerah pon tp pakcik kayooooo
Quote ayukpingu 7-12-2021 11:38 AM
moga rezeki bell terus melimpah...
Quote She-Ra 7-12-2021 11:46 AM
helicornia replied at 6-12-2021 04:50 PM
Biar la tk menang award janji job tk putus.bell ni rasa job tk putus berlakon drama, iklan, voice ov ...

betullll
byk drama, iklan, co-host dll guna dia.. rezeki melimpah ruah walaupun tak pernah menang apa2 anugerah
bakat semulajadi tu satu anugerah tak ternilai.. gituuuu
Quote amyainsamad 7-12-2021 12:08 PM
masyuk apa dia ni..smua tapau walaupn blkg tabir je
Quote Suchi 7-12-2021 03:10 PM
Bukan ke penah penah menang pelakon pembantu terbaik melalui cite Pae tu?
Jahat nk mampus dia dlm cite tu bila bell nak berlakon jadi ongjahat balik nih.
Quote Suchi 7-12-2021 03:12 PM
She-Ra replied at 7-12-2021 11:46 AM
betullll
byk drama, iklan, co-host dll guna dia.. rezeki melimpah ruah walaupun tak pernah menang  ...

Dia antara yg tak penah takde job hat selalu jd hero pun sekali sekala je muncul tp bell drpd kecik sampai tua job tak putus.
Tak kisah watak pembantu ke apa janji job sentiasa ada.
Skrg ni lagi laa dh upgrade jd pengara plak sejak mendonia ngn watak barkoba/ngasri
Quote TeropongThaico 7-12-2021 11:10 PM
oggy replied at 6-12-2021 05:18 PM
Haah betul ada one time tu macam over sangat dia berlakon ala2 lawak sangat le tu.. tapi sejak dah ...

Ai ingat ai sorg je yg rasa rengsa dulu. Sekarang mmg nampak dia makin cool sikit walau hypernya kadang terkeluar gak lg
Quote Gomea 8-12-2021 01:11 AM
Adik2 dia kate bell ni paling kaya antara dorang. Dan seorang yg serius bila kat luar
Quote asfaz 8-12-2021 01:29 AM
Gomea replied at 8-12-2021 01:11 AM
Adik2 dia kate bell ni paling kaya antara dorang. Dan seorang yg serius bila kat luar


Kekadang diaorg ni kat luar bertukar karektor. Dlu pun ada org tanya sari, jepp kelakar tak kat rumah, sari kata tak. Jepp tegas orgnya.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.053090 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top