CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Enggan Ke Majlis Kahwin Anak Kerana Jatuh Cinta Dengan Bakal Menantu

16-11-2021 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5074| Komen: 30

Description: Seorang wanita terkejut apabila ibunya mengaku enggan menghadiri majlis perkahwinannya kerana ‘amat mencintai’ bakal menantu sendiri, lapor laman berita Mail Online kelmarin.
Seorang wanita terkejut apabila ibunya mengaku enggan menghadiri majlis perkahwinannya kerana ‘amat mencintai’ bakal menantu sendiri, lapor laman berita Mail Online kelmarin.


Wanita tersebut yang berkongsi dilemanya menerusi laman sosial, WeddingBee mengaku dunianya seakan gelap apabila ibu yang amat disegani  itu menaruh perasaan terhadap bakal suaminya.


Gambar hiasan

Malah, si ibu juga mengaku akan bertindak mengikut keinginannya jika berpeluang dan enggan menghadiri majlis perkahwinan pasangan tersebut.

Menurut wanita itu, tunangnya amat rapat dengan ahli keluarganya yang lain dan mereka kerap  melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama seperti mendaki gunung dan berkhemah.


“Namun, ibu saya tidak bahagia dengan perkahwinannya bersama bapa dan tunang saya membuatkan ibu saya memiliki perasaan sayang yang tidak pernah dirasai sepanjang dia bersama dengan bapa saya,” luah wanita itu.

Netizen yang membaca luahan itu kemudiannya berkongsi pendapat dan memberikan sokongan kepada wanita tersebut.

“Perasaan ibu anda itu adalah sesuatu yang tidak wajar dan dia tidak seharusnya berkongsi perkara itu dengan anda,” komen seorang wanita.

“Ibu anda perlu menjalani terapi,” komen seorang wanita lain. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 16-11-2021 10:47 AM
borak....
Quote Artemesiaa 16-11-2021 11:06 AM
Tak ada yang pelik pun zaman sekarang ramai je ibu jenis macam ni.  Dulu ibu sanggup berkorban untuk kebahagaian si anak sekarang kebahagian sendiri diutamakan.
Quote ketambangkang 16-11-2021 11:46 AM
mcm kisah Shidee GV8
Quote bottombikini 16-11-2021 11:48 AM

kalau kisah anak beranak begini mmg teringat kisah tragis shidee


Quote amisery 16-11-2021 11:59 AM
adoiyaiii boleh pulak macam tu ye
Quote wadiunong 16-11-2021 12:01 PM

dah mcm lagu/ video clip Maroon 5, She Will be Loved
Quote chazey 16-11-2021 12:02 PM
Mak2 yang takda anak lelaki memang cenderung sayang menantu jantan lebih.
Quote Jitu 16-11-2021 12:45 PM
cinta ke nafsu
Quote Adrif 16-11-2021 01:58 PM

nafsu le tu

menantu dengan ipar duai banyak mengadu kes camni la katanya
tak selesa dengan pandangan, layanan yang diberikan family mentua, sebab rasa lain macam

baik perempuan, baik lelaki.
itu pasai le lepas kahwin, jangan duduk serumah dengan mentua.
pi la duduk rumah sendiri, sewa murah pun takpe.

sok lusa terlanjur, sama ada suka sama suka, kena cabul, atau kena rogol, dah jadi cerita lain
yang jenis pak mentua nak try menantu lelaki pun ada tau
banyak kes pelik2 di balik tabir ni. tepuk dada, tanya iman
Quote Kitty_catz 16-11-2021 02:03 PM

sapo tu?

tp tak penting.. apa ceritanya.. meh share
Quote makadek 16-11-2021 02:21 PM
Tu lah apo la hah
Quote ketambangkang 16-11-2021 02:21 PM
Kitty_catz replied at 16-11-2021 02:03 PM
sapo tu?

tp tak penting.. apa ceritanya.. meh share

penyanyi 80-an dulu, bakal masuk GV8..asalnya bercinta dgn si mak..ntah macamana terjatuh cinta dgn si anak pulok..sudahnya kawin la si shidee dgn si anak..masa tu shidee umur 51 dan biniknya 22

gitulah ceritanya
Quote stingerbreeze 16-11-2021 02:28 PM
chazey replied at 16-11-2021 12:02 PM
Mak2 yang takda anak lelaki memang cenderung sayang menantu jantan lebih.

ko perangai hazabedah agaknya chzy?




kahkahkahkahkah
Quote pejol 16-11-2021 03:25 PM
incest n taboo is real
Quote KamikuP 16-11-2021 03:56 PM
Mcm citer hasanah di UUM confession versi kokesen
Quote aliaa 16-11-2021 04:08 PM
aha ghisau2
l love my self
Quote Decaffeinated 16-11-2021 08:52 PM
cinta terlarang ni deeper dan more intense daripada cinta yang dijulang2

Quote edayildiz 16-11-2021 09:19 PM
citer hasanah versi kokusen
Quote sharlenetexas 16-11-2021 09:22 PM
ketambangkang replied at 16-11-2021 11:46 AM
mcm kisah Shidee GV8

Mcm pakcik raisudin.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.056682 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top