CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muka Disapu Dakwat, Wanita Diserang Penduduk Kampung Gatal Lari Dengan Kekasih

16-11-2021 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2529| Komen: 7

Description: Akibat melarikan diri bersama kekasih, seorang wanita diserang penduduk kampung di Harji, Gujarat Patan, dengan menyapu dakwat ke muka serta mengetuk kepalanya sebagai hukuman.
Akibat melarikan diri bersama kekasih, seorang wanita diserang penduduk kampung di Harji, Gujarat Patan, dengan menyapu dakwat ke muka serta mengetuk kepalanya sebagai hukuman.


Lapor India Today, insiden itu dirakam dalam sebuah video sehingga tular dalam media sosial.

Penduduk kampung suku Vadi itu menganggap perbuatannya melanggar peraturan suku kaum itu.



Wanita itu dilihat menangis teresak-esak dan merayu supaya dilepaskan, namun rintihannya tidak didengari.

Difahamkan, penduduk kampung kecewa dengan wanita itu kerana melarikan diri dengan kekasihnya.


Perbuatan itu dianggap mencemarkan nama baik suku kaum itu dan mereka bertindak menghukumnya.

Ketua Polis Patan, Supreet Singh Gulati berkata, pihaknya menahan seramai 15 orang selepas menerima maklumat mengenai kejadian itu.

“Penduduk bertindak menghukum wanita itu yang jelas melanggar undang-undang. Daripada 15 yang ditahan, lima orang disoal siasat berdasarkan video itu,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 16-11-2021 12:54 PM
Kelly.ng dan kasta pariah berpisah teda
Quote kemaruk 16-11-2021 12:59 PM
bersyukurlah tinggal di MALAYsia
Quote buragazz 16-11-2021 01:14 PM
Klu pempuan tu lari ko hukum klu tak lari kene rogol sampai beratus orang apa ko buat.. bangang abadi punya negara...
Quote nononcrux 17-11-2021 09:48 AM
yindia lagi, tak abis-abis smpi keturunan manusia jadi robot pon tak hilang adat
Quote supernaturalee 17-11-2021 09:59 AM
nononcrux replied at 17-11-2021 09:48 AM
yindia lagi, tak abis-abis smpi keturunan manusia jadi robot pon tak hilang adat

aishu dgn rajini tersenyum sinis jah

[youtube]E21CJi7R9JM[/youtube]
Quote Punat_button 17-11-2021 10:16 AM
Kenapa biji sahaja yg dipersalahkan. Bukan biji tak gatal ka?
Quote dani-rox 17-11-2021 08:40 PM
citer psl budaya Asia Selatan yg suka menindas wanita, baru2 nih ai tengok 4 episod anthology drama Tamil kat Netflix. satu episod dlm 30-40 minit gitu.
Mula2 ai fikir nak tengok utk kunyah kuaci jah, sekali... hamagaaadd 1st episod saja dah bercucuran air mata ai tengok.
Takda jln cerita meleret2, takda adegan menyanyi2... Highly recommended

[youtube]MteHcVk-_jo[/youtube]

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.090570 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top