CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Asli Rayu Kerajaan Baiki Rumah Dan Titi

16-11-2021 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2116| Komen: 11

Description: Pasir Gudang: Masyarakat Orang Asli Seletar di Kampung Teluk Jawa di sini memohon bantuan pihak berwajib khususnya Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) untuk membantu melakukan kerja-kerja baik pulih d ...
Pasir Gudang: Masyarakat Orang Asli Seletar di Kampung Teluk Jawa di sini memohon bantuan pihak berwajib khususnya Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) untuk membantu melakukan kerja-kerja baik pulih di sekitar kediaman mereka.


Wakil masyarakat, Awie Mee, 39, memberitahu, selain kea­daan kediaman yang semakin usang, masyarakat perkampungan itu amat mengharapkan bantuan membaiki titi yang menyambungkan kediaman mereka.

Menurutnya, mereka telah menghantar surat permohonan bagi tujuan pembaikan tersebut kepada Jakoa sejak lebih setahun lalu, namun sehingga kini masih belum menerima jawapan balas.


Foto: Utusan Online


“Keadaan kayu yang digunakan untuk pembinaan struktur titi berkenaan sudah usang dan jika dibiarkan ia dibimbangi akan mendatangkan kemudaratan kepada penduduk setempat.

“Jadi kami amat berharap pihak berwajib dapat membantu dalam membina titi baharu menggunakan konkrit atau sekurang-kurangnya menukar kayu baharu yang lebih kukuh,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Tambah Awie, perkampu­ngan Orang Asli yang sudah berusia lebih 100 tahun itu dihuni seramai 40 keluarga de­ngan majoriti daripada mereka bekerja sebagai nelayan.

Seorang lagi Orang Asli di perkampungan itu, Aiman Majid, 35, juga berharap kerajaan dapat membantu membaik pulih kira-kira 40 buah kediaman yang terdapat di perkampungan berkenaan.

“Majoriti rumah di kampung ini dibina menggunakan kayu di atas laut dan keba­nyakannya sudah usang dan terdapat pelbagai masalah. Malah, ketika ini banyak hutan bakau sudah dimajukan dan penduduk sukar untuk mendapatkan kayu berkenaan bagi menggantikan tiang lama di rumah mereka.

“Selain atap yang bocor, ada juga dinding yang sudah pecah serta lantai kayu yang semakin usang, jadi kami berharap pihak kerajaan dapat tampil membantu melakukan kerja pembaikan sebelum berlaku sebarang perkara tidak diingini,” jelasnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim memberitahu, pihaknya sudah mengemukakan surat permohonan bantuan kepada Jakoa untuk mendapatkan peruntukan bagi menaik taraf kehidupan masyarakat Orang Asli di kampung tersebut. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 16-11-2021 10:37 AM
berbillion di rompak dek ahli politik, nak repair rumah dan titi org asli pun tak dpt buat
Quote Artemesiaa 16-11-2021 10:40 AM
Bahayanya titi dah reput macam tu bukan bagi orang dewasa je tapi lebih2 lagi buat kanak2.  Kalau malam tak ada lampu tambah membahayakan.
Quote musangbodoh 16-11-2021 10:50 AM
xkan lh x paham2 lg...nk minta bajet ader masa dia...time pru, time kematian adun dgn lawatan pM...ish
Quote nononcrux 17-11-2021 04:10 PM
sshnye sampai meratip mcm ni pon belum tentu dpt.. politaik btl
Quote hyie 17-11-2021 05:01 PM
ngko suruh dak2 tiktok viralkan aje..pastu post kat twitter skali...tak lupa fb...confirm esok terus yb turun puiii
Quote Belibis 17-11-2021 05:05 PM
Takkan la negara yang ada stadium gah,masih ada orang semekin...wartawan salah tulis ke apa?? Jangan jangan Pasir Pekan tak??
Quote TeropongThaico 18-11-2021 01:18 AM
Teruknya titi tu. Sian deols. Ingat kat belah2 sana takde masalah2 yg macam ni sbb deols kan selalu turun padang buat kemb*ra gitu.
Ai selalu ingat belah2 selat@n ni terbela... Huntung sapa jd ralyat. Tapi adaa gak rupanya.
Quote Tinot7 18-11-2021 03:13 AM
semoga dipermudahkan urusan... sapa yb kawasan deme?
Quote cik_sssara 18-11-2021 08:55 AM
Teringat masa pakatan harapan jadi kerajaan sekejap dulu, elok jakoa ni duduk bawah kementerian pembangunan luar bandar ditukarnya ke bawah jabatan perpaduan
Quote Firenzza 18-11-2021 06:40 PM
Dah berbelas kali PRU, tiap2 kali kempen nk naik taraf hidup rkyat la, nak bagi jalan baru la, nak bagi peluang kerja la....dah dpt jwtn yb2 suma dpt keta baru, pinggan mngkuk jamban baru, pendek kata serba baru + mewah......janji tinggal jnji.....nxt pru baru pg krmpen rumah ke rumah bawak beras srkilo, pastu janji bulan bintang, ulang2 sampai AJM
Quote missus_meow 18-11-2021 07:04 PM
tolonglah pihak berwajib baiki titi tu sebelom sesuatu yg tak diingini berlaku ...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.054415 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top