CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Hype Je Lebih, Tak Ada Rasa Special Pun" - Pembeli Kecewa Beli Sambal Paling Laris Tapi Tak Sedap!

16-11-2021 10:03 AM| Diterbitkan: ameenarara| Dilihat: 22288| Komen: 152|Original author: ameenarara

Description: Seorang pengguna twitter meluahkan rasa kecewa apabila sambal paling laris yang terjual hanya beberapa minit sahaja tidak seperti apa yang dijangkakan ketika menikmati.
Seorang pengguna twitter meluahkan rasa kecewa apabila sambal paling laris yang terjual hanya beberapa minit sahaja tidak seperti apa yang dijangkakan ketika menikmatinya.


Foto: Sumber Internet

Pembeli tersebut menceritakan pengalaman dia menikmati sambal itu dengan menyatakan tiada rasa yang istimewa pun dan sekadar merasa pedas sahaja.

Foto: Twitter


Komen yang diberikan pembeli ini sekadar ingin bersifat jujur dan tiada niat untuk jatuhkan sesiapa.

Namun dia berharap ada juga produk sambal-sambal lain yang akan dikeluarkan oleh pemilik sambal botol tersebut pada masa hadapan dan bukanlah sekadar mempunyai rasa pedas sahaja. Rasa sambal itu masih boleh diperbaiki lagi.

Foto: Twitter

Tambahnya lagi, jika pemiliknya benar-benar akan mengeluarkan produk sambal baru, dia juga tetap akan membelinya.

Selain itu, dia juga berpendapat ada sambal lain yang lebih baik daripada sambal laris ini. Dia berharap tiada yang memberi kecaman kerana itu adalah komen jujur selepas merasai  sendiri namun dia tetap mengikuti perkembangan pemilik sambal tersebut di Instagram dan Twitter.

Pembeli lain juga mempunyai pengalaman yang sama dan kemungkinan rasa sambal yang tidak konsisten itu adalah disebabkan kerana memasak dalam kuantiti yang banyak.

Foto: Twitter

Bukan itu sahaja, ada juga yang komen jika sambal itu disimpan selama beberapa hari, baru rasanya menjadi lebih sedap walaupun pada awalnya ia sekadar mempunyai rasa pedas sahaja.

Foto: Twitter

Kepada pemilik sambal tersebut ambil kata-kata jujur daripada seorang peminat dan pembeli ini untuk memperbaiki mutu sambal tersebut. Jangan kecewa dan teruskan semangat untuk memajukan perniagaan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 16-11-2021 10:23 AM
mujur i dah hilang interest nak cuba sambal beliau..
buat sendiri je la sambal tu..
bukan susah sangat pun..
rajin atau malas je jadi penentu..
Quote Eva_yy_Ellin 16-11-2021 10:34 AM
Ha-ah.
Hari tu makan di rumah adik.
Memang rasa pedas semata, manis masin tak ada.
Adik pun kata menyesal beli, hype je lebih.
Nasib baik la saya ni bukan pemakan pedas jadi tak ada la rasa nak beli masa tengah meletop dulu tu.
Quote Beribear 16-11-2021 10:51 AM
Mmg betul, rasa sbb cousin beli. Before ada rasa satu sambal bilis, sambal bilis tu lg sedap dari sambal yg hype ni
Quote mclaren 16-11-2021 11:03 AM
Sambal brand milik siapa ni


Tak pernah yet beli mana2 sambal online. Biasa buat sendiri je sebab tak susah.
Quote missyL 16-11-2021 11:09 AM
Pnh jgk rase nk beli tp nk kene battle2 mls lah..
Quote kikuri 16-11-2021 11:17 AM
penah jugak beli... tapi beli kat reseller mahal la sikit... memang biase2 je.. sambal tempoyak tah beli ngan sapa2 lagi sedap.. sambal ijo member aku buat pun lagi sedap.. tapi lain tekak lain la rasa sebab bos aku suka je sambal dia ni.. siap berebut kat shopee lagi.. ini kalo sambal yang dikatakanlah tu
Quote makneng 16-11-2021 11:24 AM
Sambal moNYET ke uolls?
Quote dekmieDandy 16-11-2021 11:31 AM
itular, makanan ni subjektif betul. mana boleh satu makanan puasakan selera semua orang

nak complain boleh, tapi cakap jelar not suite my taste sudah
Quote Artemesiaa 16-11-2021 11:32 AM
Benda yang viral ni jarang yang benar2 sedap
Quote babelina 16-11-2021 11:43 AM
bab2 pedas sambal nie.. baik aku buat sendiri.. sbb aku nie hantu pedas.. tp yg nie xtaw aku sapa punya..hahaha
Quote amisery 16-11-2021 12:00 PM
drop the name please
Quote VirusDetected 16-11-2021 12:18 PM
mak aku pon x suka...dia kata: sambal kosong xde ikan bilis ke apa, harap pedas jer
Quote Kurex 16-11-2021 12:29 PM
Pernah rasa sekali je. Terus tak rasa dah. Tu pun opismate bawak. Terus opismate aku kata "lagi sedap sambal yg mak kau buat rex". Selalunya gitu la... Kalau mak iols masak sambal, mesti habis
Quote prettyuglybabe 16-11-2021 01:18 PM

kalau ikut description habis tak sampai berapa minit, nyet KA la tu..
Quote hareeeesah 16-11-2021 02:32 PM
dekmieDandy: itular, makanan ni subjektif b ...


I have to agree with this… ada orang tak makan pedas, ada orang tak suka manis. Semua ada taste buds masing-masing lain-lain Allah jadikan. Patut cakap je la tak kena kat tekak hang. Nak alter ikut tekak hang buat apa pulak kalau ada beribu orang lain dok kata elok sedap.. kalau rasa tak best jangan beli dah habis citer
Quote hareeeesah 16-11-2021 02:33 PM
Bukan aku backup siNYet ni, sambal dia pun esah tak penah rasa.. tp bab makanan lain lain orang kan
Quote takayama 16-11-2021 03:11 PM
x sedap kt tekak kita tp sedap kt tekak org lain
sedap ni subjective
Kaka x pernah try lg sambal hype ni
selalu beli yg kwn buat, takat ni kena dgn tekak
Quote Siput_Sawah 16-11-2021 03:31 PM
takayama replied at 16-11-2021 03:11 PM
x sedap kt tekak kita tp sedap kt tekak org lain
sedap ni subjective
Kaka x pernah try lg sambal hyp ...

betul tu aku setuju dgn kau, sedap tu kan subjective macam ayam kfc n mcd n texas dll ayam grg. ada suka KFC n ada suka MCd dll. so x blh hukum benda tu tak sedap sbb "tak sampai kau nye standard" kan?
Quote yondu 16-11-2021 04:41 PM
tak sedap dekat 1 tekak, mungkin sedap pada 10 tekak yang lain. Kita masak untuk makan dalam rumah pun, mak cakap sedap, adik cakap tak sedap sebab tak berapa pedas. Yang sentiasa rasa masakan kita tak sedap tak capai level kesedapan tahap dewa, one and the only, mak metuek je..ehh tibaahhhhh.. nasib baik i mmg bukan seorang yg suka follow benda2 hype ni, pantang viral, terus nak beli, sebab da dapat agak, rasa dia camne

Lihat semua komen(152)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.240767 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top