CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ziana Zain Berdisiplin Tinggi, Tak Diva, Dialog Pelakon Lain Pun Dia Ingat"

16-11-2021 09:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4691| Komen: 38

Description: Pengarah Shuhaimi Lua Abdullah menyifatkan penyanyi dan pelakon Ziana Zain seorang yang profesional dan seronok bekerjasama dengannya.
Pengarah Shuhaimi Lua Abdullah menyifatkan penyanyi dan pelakon Ziana Zain seorang yang profesional dan seronok bekerjasama dengannya.

Shuhaimi berkata, Ziana tidak pernah berlagak diva dan menunjukkan disiplin yang tinggi ketika berlakon di bawah arahannya.


Foto: IG

"Kami sekarang terbabit dengan penggambaran sebuah telefilem dan ia kali kedua saya bekerja dengannya selepas drama bersiri Kampung Kolesterol yang disiarkan menerusi TV3 sebelum ini.

"Ziana memang seorang yang sangat bagus. Dia sanggup datang awal ke lokasi dan bersarapan dengan kru produksi. Biasalah produksi makan di set dan kadang-kadang di tempat yang kurang sempurna. Namun, dia tetap sertai dan beramah mesra dengan semua semasa makan.


"Dari segi masa dan persiapan, saya puji dia kerana sudah bersedia secukupnya. Ini yang buat saya kadang-kadang puji artis veteran berbanding artis baharu," katanya kepada Harian Metro.


Shuhaimi dan Ziana, Foto: Harian Metro

Shuhaimi berkata, Ziana banyak menghabiskan masa di lokasi dengan menelaah skrip dan buat rujukan untuk wataknya.

"Dia berbincang dan buat latihan berkali-kali dengan pasangan lakonnya agar lakonan mereka sempurna dan memuaskan hati peminat.

"Agak berbeza dengan segelintir pelakon baharu yang banyak menyendiri dan asyik main telefon. Berkenaan skrip pula, dia amat jarang 'kantoi'. Malah dialog untuk pelakon lain pun dia ingat. Itulah dia Ziana," katanya.



Shuhaimi bagaimanapun tidak mengambil kesempatan dan akan berusaha membebaskan Ziana dari lokasi sebelum jam 10 malam.

"Harus diingat, selepas jam 10 malam 'bateri' (tenaga) dia akan lemah. Saya dah faham perkara ini. Cuma kadang-kadang ada benda tak dapat dielakkan memaksa penggambaran lambat habis.




"Dia okey untuk buat cuma dia akan mengantuk. Jadi saya sebagai pengarah faham kepenatan yang dialaminya. Dari pagi dia dah komited bekerja dan kalau boleh saya memang nak lepaskan dia cepat dari set agar dia dapat balik berehat," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakaro940 16-11-2021 09:38 AM
hensem anak sulung ziana tu
Quote babelina 16-11-2021 09:41 AM
suka tgk ziana ngn mas idayu berlakon drama apa ntah.. hidup btl lakonan nya..
Quote KamikuP 16-11-2021 09:49 AM
This is truly Diva love you acik jena
Quote azimodin 16-11-2021 09:59 AM
babelina: suka tgk ziana ngn mas idayu b ...


Iouls suka kak ziana berlakon komedi. Lagi satu filem pontianak menjerit jadi bini azlee senario. Berdekah2 iouls ketawa
Quote azimodin 16-11-2021 10:02 AM
Bagus kak ziana. Celeb macam ni la yg layak digelar ARTIS. Masa tengah ada masalah di rumah pon x berkicau macam royani. Cuma sedih sikit bila baca komen orang yg cakap dia x sanggup bersusah dengan ex-husband dia (dah ex kan?) padahal terbukti mamat tu panas baran
Quote mizruncing 16-11-2021 10:04 AM
go go kak jena. minat gak dia ni lagi2 berlakon watak macik2 melatah bagai tu. mmg syok sgt tgk
Quote lasagna 16-11-2021 10:25 AM
Edited by lasagna at 16-11-2021 12:06 PM

besar2 dah anak2 KakG. bagus laa datang on time, tak menyusahkan semua org. ooohh kemain KakG ingat script org ya, yg sheol manjang lupa lirik lagu sndri, acano tu sis?
Quote SpyLeman 16-11-2021 11:08 AM
Kak G ni classy bab jaga aib rumahtangga. Pandai dia jaga. Bakat pun ada, teruskan bekerja demi rezeki utk anak2. Bab ex laki tu, no komen la. .sbb tu jodoh yg Allah dah tetapkan. Respek la cara ZZ handle, tak merempan kt socmed
Quote missyL 16-11-2021 11:10 AM
Sbb tu die masih relevan smpi skang..
Discipline tinggi n berbakat.
Quote kotakominami 16-11-2021 11:15 AM
azimodin replied at 16-11-2021 10:02 AM
Bagus kak ziana. Celeb macam ni la yg layak digelar ARTIS. Masa tengah ada masalah di rumah pon x be ...

Bagus lagi macam dia....dah tau rumahtangga toxic keluar je. Tak bg alasan bodo bertahan demi anak2 bagai padahal takut dgn perubahan....byak pompuan lagi rela kena dera dgn suami dari keluar berdikari, cari kerja. Ade yg tau merempan kat socmed je konon dia la yg terpaling kena aniaya...
Quote shida81 16-11-2021 11:32 AM
azimodin replied at 16-11-2021 10:02 AM
Bagus kak ziana. Celeb macam ni la yg layak digelar ARTIS. Masa tengah ada masalah di rumah pon x be ...

erk jantan umpama biawak hidup patut di tinggal kan lama dulu
dah la x kj... panas baran...
Quote fadz84 16-11-2021 11:45 AM
Back to back Kak Ziana berlakon.. mantap..
Quote supermum 16-11-2021 11:47 AM
babelina replied at 16-11-2021 09:41 AM
suka tgk ziana ngn mas idayu berlakon drama apa ntah.. hidup btl lakonan nya..

Kampung kolesterol tu lah dia berlakon sama. Memang best
Quote dudaberhias 16-11-2021 12:03 PM
Tapi iolss suka betul lakonan kak ziana dulu dengan kening2 sheolss tu yang ala2 trademark sheolss... Tapi dah tua sendu ni sheolss punya lakonan dah kurang, mungkin sebab bertudung kot... Pakej bercerai dengan bad lagi... Tu pun mujur heolss pilih bad, kalau pilih diva aa dua2 kehausan menonggeng sampai ke subuh...
Quote babelina 16-11-2021 02:12 PM
supermum replied at 16-11-2021 11:47 AM
Kampung kolesterol tu lah dia berlakon sama. Memang best

aah la.. kampung kolestrol.. giler best citer tu.. semua yg blakon tu bersahaja jer..
Quote zallama 16-11-2021 04:31 PM
aku dulu mmg mnt gila dgn ZZ nih..film maria mariana mmg sku ingt skrip dy..pling x blh nk brain aku punya mnt tu sampai bertekak dgn my sibling bila ada yg ckp erra lg lawa dr dy nih..haha..mmg fans kipas susah mati betul time tuh
Quote Wayree 16-11-2021 04:39 PM
My foreber eber diva di hati meolz..retis lain terutama ritrud ley dok dndiam kt umah
Quote annehuda 16-11-2021 04:45 PM
azimodin replied at 16-11-2021 10:02 AM
Bagus kak ziana. Celeb macam ni la yg layak digelar ARTIS. Masa tengah ada masalah di rumah pon x be ...

statement takleh blah dari acik mana ntah diorang bleh kata kak ziana ni bini derhaka sebab dedah aib laki
Quote sunshinelady 16-11-2021 06:53 PM
macam faizal hussein. berdisiplin. takde gossip. diam2 je buat kerja

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.071740 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top