CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Tahu Harga Jam Tu, Saya Pun Bukan Kaki Shopping" TokTi Respon Isu Jam Dan Beg Tangan Mewah

16-11-2021 08:01 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 14874| Komen: 112

Description: Minggu lalu, tular di media sosial mengenai penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang hadir di pertunjukan Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) sambil memakai jam tangan mewah dianggark ...



Minggu lalu, tular di media sosial mengenai penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang hadir di pertunjukan Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) sambil memakai jam tangan mewah dianggarkan bernilai lebih RM1.1 juta.


Menerusi temu bual bersama Melodi, Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa TokTi tampil memberikan respon mengenai jam mewah yang digayakan olehnya yang menjadi bualan netizen. Ujar TokTi, jam itu merupakan hadiah daripada suami tersayang dan dia sama sekali tidak mengetahui harga sebenar jam berkenaan.


Mengulas lebih lanjut, TokTi turut menceritakan Datuk K suka melihat dirinya tampil bergaya dan gemar membeli koleksi-koleksi jam.


"Jam itu adalah hadiah daripada suami saya dan saya tak pernah tanya pun. Bie (Datuk K) berapa harga ni dan sebagainya. Apa yang suami hadiah alhamdulillah saya terima dan suami memang suka saya bergaya dan membeli koleksi-koleksi jam."

"So bagi saya tiada apa sangat, sebagai seorang isteri saya hargai dan pakai tak adalah nak ambil tahu berapa banyak berapa harga dan sebagainya". ujarnya.



Bukan sahaja jam, mata tajam netizen dapat menangkap beg tangan yang dipakai oleh TokTi juga merupakan beg tangan mewah yang harganya hanya peminat beg tangan sahaja dapat teka.

Menjawab mengenai beg tangan, pelantun lagu Bidadari Syurga itu memberitahu beg tangan mewah yang dibelinya merupakan cadangan daripada pereka fesyen terkenal, iaitu Rizman dan boleh dipadankan dengan baju yang dipakai olehnya. TokTi pada masa yang sama, turut akui dirinya bukan kaki shopping seperti wanita-wanita lain.


"Saya tak pandai matching-matching ni, so Rizman lah tolong. Dia cakap kak Siti beg ni tak sesuai apa semua. So dia kata ada satu beg yang cantik dan boleh matching sangat dengan baju kak Siti dan saya fikir dah lama tak berbelanja untuk diri saya."

"Sebagai menghargai diri saya, penat bekerja dan sebagainya saya rasa oklah takpelah dah lama tak bagi hadiah.

Kalau tanya suami saya pun, suami saya setuju saya bukan kaki shopping dan saya rasa dia beruntung dapat isteri seperti saya. Saya tak pandai shopping tapi saya hargailah suami memang suka melihat isteri dia tampil cantik dan bergaya." kata TokTi sambil ketawa kecil.


Apa pun jawapan TokTi, rata-rata bersetuju bahawa apa sahaja barangan mewah yang dipakai olehnya tak perlu nak dihairankan kerana dia memang layak dan terlebih mampu. Tak gitu? - CARI.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 16-11-2021 08:11 AM
Aku dengar cara totti jawab mmg humble
Mcm aku bkn kaki shoping
Org kaya tak gaduh mana nk itu ini
Cuma dh dia bkn kaki shopig

Laki dia belikan semua dia pakai je

Yg penting branded2
Quote jiwarasa 16-11-2021 08:21 AM
makadek replied at 16-11-2021 08:11 AM
Aku dengar cara totti jawab mmg humble
Mcm aku bkn kaki shoping
Org kaya tak gaduh mana nk itu ini

Kan... Sikit pun tak berlagak

Yg lucunya wartawan melodi ajak mak iti membawang pasal iqbal.. Ada ke ajak tokti sah2 la dia tak layan gosip2 viral ni
Quote me12345 16-11-2021 08:22 AM
Bagus jawapan tokti...
Quote makadek 16-11-2021 08:32 AM
jiwarasa replied at 16-11-2021 08:21 AM
Kan... Sikit pun tak berlagak

Yg lucunya wartawan melodi ajak mak iti membawang pasal iqbal.. Ada ...

Baru ada kerlass kan
Level org kaya jawab
Duit juta2 tk minat shopping

Org kaya mesti minat branded stuff
Cumanya cara dia jawab low key..
Quote sayang 16-11-2021 08:35 AM
well, org yg betul2 kaya ni bukan dia pi kedai, kedai yg cari dia.
Gi kedai pastu minta kedai tutup utk dia shopping sorg pon selalu.

Beza antara yg betul2 kaya or baru nk kaya
Quote Mopiko 16-11-2021 08:42 AM
jiwarasa replied at 16-11-2021 08:21 AM
Kan... Sikit pun tak berlagak

Yg lucunya wartawan melodi ajak mak iti membawang pasal iqbal.. Ada ...

"macam ni kalau orang lain punya saya tak nak komen, ni masing2 punya pendapat. macam tadi you tanya pasal saya..saya beritahu lah..." tokti bagi sedas..

Win tokti.. Ada class tak layan isu ntah pape. Dia pun tahu kalau dia komen orang akan quote apa dia cakap pulak. Lagi viral la si iqbal tu
Quote Mopiko 16-11-2021 08:47 AM
sayang replied at 16-11-2021 08:35 AM
well, org yg betul2 kaya ni bukan dia pi kedai, kedai yg cari dia.
Gi kedai pastu minta kedai tutup  ...

Betul tu.. Level dia kedai berebut2 nak sponsor lepas tu in return nak suruh promote pada peminat.. Diva kot
Quote Suchi 16-11-2021 08:55 AM
Dia bukan tak reti shopping tp maybe dia lebih reti shopping menda lain.
Cth basikal dia yg byk2 tu pun bkn murah kan, so dia mungkin jenis lebih berminat shopping menda tu.
Bab shopping ni semua org pun suka tak semestinya suka beli handbag baru dikira kaki shopping.
Org lelaki hat minat keta, motor besar semua kaki shopping barang2 permainan depa tu gak.
Iols ada join group pc gaming kt fb join pun sbb nak cari info pasal pc.
Situ ramai la lelaki, hari2 duk tunjuk brg2 gaming dorang tu.
Time shopee sale ke apa dorang gak laa yg paling rajin membeli itu ini.
Minat memasing kan hat tak suka beli baju n henbeg suka beli gadget ka emas ke apa.
Quote MissYouSayang 16-11-2021 08:59 AM
Tokti bukan kaki shopim tapi kaki caras..


..caras pahala org yg mengate dia kenss.tak gitu?
Quote Bumbu 16-11-2021 09:02 AM
Mmg dr dulu tak pernah nmpak siti tunjuk kekayaannya walau smua tahu dia kaya raya
Quote airisa 16-11-2021 09:09 AM
dulu2 dia collect LV yg limited edition .. tu dulu laaa masa mula2 nak kawin & kawin dgn Datuk K
Quote rainbowrainz 16-11-2021 09:14 AM
Dia mampu apa salahnya..tapi sembang aarr suami tersayang beli...geli iols baca .jgn propa bleh..

Sebenarnya malas Komen tapi nak tacang...hahahahah
Quote mizruncing 16-11-2021 09:16 AM
curlass nya jawapan tokti. mmg respect la dia ni humble giler even semua org tau dia punya aset juta2 mau ke billion gak tuhh. klu miz lame dah ku shopping dior tu tiap2 bulan handbag dia pakai tu idaman kot wehhh
Quote tulip-rain 16-11-2021 09:36 AM
Edited by tulip-rain at 16-11-2021 10:13 AM

Humble je cara tokti bercakap. Bukan fefeling humble and honoured. Bagus.
Tokti dah biasa kerja keras dari muda dan betul2 kaya atas usaha sendiri.
Bukan macam perempuan pisau cukur yg menggatal, cari boyfriend kaya pastu mengikis duit jantan kaya. Lepas tu boleh pulak acah2 kaya kononnya atas usaha sendiri dan claim dari muda mmg suka kerja.
Quote lasagna 16-11-2021 09:41 AM
ok part ni aku ok dgn statement tokti, sbb mmg aku akui sheol bkn jenis gittew. sungguh pun iols bkn mengship sheol, tp part ni iols salute. bkn kaki shopping n kaki tayang2 brg mewah.
Quote apedehal 16-11-2021 09:50 AM
MissYouSayang replied at 16-11-2021 08:59 AM
Tokti bukan kaki shopim tapi kaki caras..



Kihkihkih win!
Quote babelina 16-11-2021 09:58 AM
tp tu la.. tokti nmpk biasa2 jer..
Quote Solokkk 16-11-2021 09:58 AM
Edited by Solokkk at 16-11-2021 10:01 AM

Memang cepat haters acik2 kepam kepanasan vagina dan clitoris. Ulang2 modal lapuk sampai AJM
Quote zeetot 16-11-2021 10:01 AM
Susah nak benci siti ni

Lihat semua komen(112)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.110486 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top