CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Teruja Bawa Tragedi, Jari Budak 3 Tahun Terbelah 'Dimakan' Kipas Pengering Lantai

16-11-2021 12:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3249| Komen: 16

Description: Keterujaan kanak-kanak berusia tiga tahun yang pertama kali melihat kipas pengering lantai berakhir dengan tragedi apabila jari kakinya tersedut ke dalam mesin tersebut menyebabkan jari kakinya terbel ...
Keterujaan kanak-kanak berusia tiga tahun yang pertama kali melihat kipas pengering lantai berakhir dengan tragedi apabila jari kakinya tersedut ke dalam mesin tersebut menyebabkan jari kakinya terbelah.



Gambar hiasan/TikTok

Bercakap kepada mStar, Nor Anis yang merupakan seorang guru pra sekolah berkata kejadian berlaku pada malam 9 September lalu.

Mesra dipanggil Cikgu Ayu, wanita berkenaan berkata, Nur Aira Mikayla dan sepupunya ketika itu teruja apabila pertama kali melihat kipas pengering lantai yang dipasang datuknya.



"Masa tu atuk dia nak keringkan lantai sebab nenek dia orang mop lantai jadi atuk hidupkan blower.

"Dia orang ni tak pernah nampak, biasa la budak-budak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) jadi dia main dengan sepupu dia, dia duk acah-acah masukkan tangan, masukkan kaki jadi saya dah tegur, sebelum ke dapur saya cakap Yayang jangan main macam tu," katanya.

Ketika di dapur Cikgu Ayu tiba-tiba terdengar bunyi seakan-akan ada benda tersedut.

"Saya dengar bunyi 'zuup' macam benda tersedut jadi saya jerit dari dapur saya cakap Yayang main apa tu?.

"Bila saya keluar saya tengok dia dekat pangkuan nenek dia dah. Saya ni mak, biasa la saya pukul dia tapi bukan pukul beria cuma sebab geram.

"Masa tu mak saya kata jangan pukul tengok kaki dia berdarah, terus saya jadi blur, saya tak menangis, tapi saya tak tahu apa nak buat," katanya yang menetap di Port Dickson, Negeri Sembilan.


Aira menerima beberapa jahitan di ibu jari serta dua lagi jari kakinya.

Jelas Cikgu Ayu dia yang pada masa itu pulang ke Kelantan untuk berpantang anak ketiganya, kemudian membawa Aira ke Hospital Kubang Kerian.

"Saya masa tu baru lepas pantang jadi tak boleh nak dukung dia, sepupu dia yang tolong dukung dia ke hospital.

"Doktor X-ray kaki dia doktor kata nasib baik tak kena tulang atau saluran darah kalau tak kaki dia kena potong... Alhamdullilah.

"Tiga jari dia cedera, ibu jari terbelah lepas tu dua lagi tu macam kulit terkupas, jadi esoknya doktor bawa masuk bilik pembedahan jahit semula jari kaki dia... ada dalam lima atau enam jahitan dia kena," katanya.

Menurut Cikgu Ayu, kaki Aira kini semakin pulih namun dugaan buat anaknya itu tidak hanya berhenti di situ.

"Seminggu selepas dia keluar wad pasal kaki dia, dia masuk Hospital Kota Bharu pula sebab terkena campak dan dia alah kepada ubat.

"Memang anak yang kedua ni ujian dia banyak sikit, sebelum ni dia pernah masuk mStar juga sebab dia main slime habis melekat dekat rambut," katanya.


Aira (kiri sekali) bersama keluarganya.

Menurut Cikgu Ayu, kejadian yang menimpa Aira menyebabkan bapanya membuat keputusan untuk menyimpan terus blower tersebut.

"Memang tak akan bawa keluar dah, atuk rasa bersalah jadi dia tutup," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 16-11-2021 12:58 PM
Malang tak berbau tapi kentut berbau.
Atok tu mesti trauma tengok blower teringat kat jari kaki cucu terbelah..
Quote yondu 16-11-2021 04:47 PM
subhanallah..omak ehhh pun, apo ditogor lopeh tu dibiar je. kalau den, den togo, den tunggu. ehh masih dok buat benda sama, den libeh kan sekali. tutupkan suis tu terus. biar banyak kerja drpd jadi benda2 camni. dan2 ko cakap, anak kedua bnyk ujian eh. i x smpurna mana bab jaga anak, tp benda2 camni, i lagi rela tutup suis terus, da ada org jaga baru on balik. sama la mcm tgh masak, anak mandi, tinggal dapur dulu, uruskn anak mandi baru smbung msk. tu yg main slime melekat kt rambut, ko x tgk eh anak ko main camne. bagi je mainan lepastu biar. kang i komen racist mcm tak patut tp bila da jadi mak bapak ni tolong la berfikir 10x ganda, fikir yg buruk2 dulu, fikir nt anak buat ni, ank buat tu, fikir2. ishhhh geram lak aku nengok
Quote prettyuglybabe 16-11-2021 05:42 PM
well.. orang tua yang lalai..
dah tau ada budak, guna blower..
dah pasang blower, tak pantau anak..
Quote becir 16-11-2021 05:53 PM
Budak 3 tahun dia tegur pastu biar, mmg mendapatla..
Quote chazey 16-11-2021 05:55 PM
Padan muka.

Anak kau ADHD macam Kinah tingtong kot kak.
Quote umbut 16-11-2021 05:59 PM
Yg mak boleh tegur pastu buat xtau. Patut ko angkat anak bawa gi tempat lain jgn main benda tu
Quote KIM.K 16-11-2021 06:01 PM
Hang ni bodo sungguh. Dua kali masuk mstar tu serupa mentaliti yat sejadah la..beranak je tau
Quote mawarika 16-11-2021 06:03 PM
Adoii kak.. kita yg tua ni kena beringat.
Quote LoveSungmin 16-11-2021 06:34 PM
tegur anak umur 3 tahun? kau ingat dia faham ke? lain la kalau umur 13 tahun.. itu pun ada yang jenis degil tak faham bahasa..
Quote Thunderclouds 16-11-2021 11:08 PM
Besa tgk menda ni dlm toilet. Baru tau org guna jgk kt umah. Moga adik ni cepat sembuh
Quote adawiyah_hakim 17-11-2021 02:00 PM
Edited by adawiyah_hakim at 17-11-2021 03:01 PM

cikgu Ayu ni femes kt tiktok. pnh videonya pnh viral, follower pun ramai

kejadian 9 Sept lalu, dah 2 bln baru kuar berita.. harapnya anak tu dh sembuh lah
Quote anony-mous 24-4-2022 10:36 PM
chazey replied at 16-11-2021 05:55 PM
Padan muka.

Anak kau ADHD macam Kinah tingtong kot kak.

Thn ni dia giliran dia pulak tegur bebudak speech delay
Quote Gomea 24-4-2022 11:04 PM
anony-mous replied at 24-4-2022 10:36 PM
Thn ni dia giliran dia pulak tegur bebudak speech delay

Mengata anak orang, anak dia pon buas tak dengar cakap
Quote Skuau 24-4-2022 11:08 PM
jelas..berlaku 'kecuaian' orng dewasa kt umh tu...mmmm......sian bdk tu.
Quote tumpanglalu74 24-4-2022 11:12 PM
Aikk burite silam rupenye..
Quote dewi_rina 25-4-2022 10:48 AM
Jaga anak elok2 cikgu ye

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.044605 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top