CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki, Abang Ipar Lemas Ketika Selamatkan Ibu

3-11-2021 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2547| Komen: 8

Description: Dua lelaki lemas ketika menyelamatkan wanita kesayangan mereka di Sungai Air Beruk, Kampung Padang Stang di sini pada Selasa.
Dua lelaki lemas ketika menyelamatkan wanita kesayangan mereka di Sungai Air Beruk, Kampung Padang Stang di sini pada Selasa.

Dalam kejadian sekitar jam 3 petang itu, Abdul Rahman Ramli, 26, dan abang iparnya, Ahmad Asymuni Idris, 42, ditemukan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama ibu, adik-beradik dan anak saudara pergi ke sungai itu untuk mandi.


Kredit foto: Utusan

Menurutnya, polis dimaklumkan semasa mandi, ibu mangsa hampir lemas menyebabkan mangsa cuba untuk menyelamatkan.


"Wanita itu dapat diselamatkan, tetapi kedua-dua mangsa lemas dan disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Hospital Gerik di tempat kejadian.

"Mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk bedah siasat," katanya.

Beliau berkata, ibu mangsa juga dihantar ke hospital sama untuk rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut akibat lemas," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 3-11-2021 12:30 PM
Iols pun akan buat mcm mana arwah2 ni buat.. sedangkan mak iols masukkan kepala dalam laut pun iols dah risau
Quote musangbodoh 3-11-2021 12:49 PM
Allahu...innalillah...
Quote NeedAlert 3-11-2021 01:17 PM
what a brave bro
Quote Decaffeinated 3-11-2021 01:47 PM
Ibu tu akan dihantui rasa bersalah sepanjang hayat.

Quote nakkomenjugak 4-11-2021 01:56 PM
Takziah diucapkan...
Quote ReginaGeorge 4-11-2021 08:38 PM
Berkelah ke memang penduduk kat situ nak mandi, cuci kain?
Quote stania83 4-11-2021 08:45 PM
mak dia mesti PTSD tahap 10/10.
Quote edayildiz 4-11-2021 08:46 PM
innalillah..kalau kita kt tmpt dorg pun akan buat benda yg sama..mesti sedih makcik tu

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.182771 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top