CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ika Nabella Belanja Lebih RM3,000 Bercuti Di Vila Mewah Tapi Berpeluh Air-Cond Rosak

3-11-2021 09:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5474| Komen: 35

Description: Pelakon Ika Nabella berdepan situasi kurang menyenangkan apabila percutiannya bersama keluarga di sebuah villa di Janda Baik, Pahang tidak seperti dirancang.
Pelakon Ika Nabella berdepan situasi kurang menyenangkan apabila percutiannya bersama keluarga di sebuah villa di Janda Baik, Pahang tidak seperti dirancang.


Kongsi Ika, anak tunggalnya, Noah yang berusia dua tahun terpaksa tidur dalam keadaan tidak selesa dan berpeluh-peluh kerana pendingin hawa biliknya rosak.


Kredit foto: IG Ika

Lebih memburukkan keadaan apabila pihak pengurusan tidak mengendahkan aduannya dan membiarkan mereka sekeluarga tertunggu-tunggu hingga pukul 4 pagi.

"Dah tempah sebuah villa cantik di Janda Baik semuanya berjalan lancar sehinggalah kami perasan pendingin udara di bilik Noah rosak. Panas. Allah uji bukan hanya pintu kaca saja rosak tak boleh kunci.


"Bowie cuba menghubungi pengurusan selama lima jam dan mereka membiarkan kami tertunggu-tunggu dengan alasan 'saya minta penyelia usahakan' dan hanya satu tick selepas berkali-kali panggilan telefon.



"Servis yang sangat teruk apabila anda membiarkan pelanggan menunggu lima jam tanpa tindakan apa-apa. Akhirnya kami menukarkan bilik Noah dan meletakkan dia bersama-sama dengan sepupunya.

"Bayangkan kalau ada bayi yang tidur dalam satu bilik seorang mengigau dan menangis, apa akan jadi kepada mereka semua?" katanya.

Dedah Ika lagi, dia telah membayar lebih RM3,000 untuk menghadiahkan percutian khas itu kepada anak tunggalnya bersama sepupunya yang lain.



Malah, bayaran penuh telah dibuat Ika ketika pendaftaran masuk tanpa berfikir panjang.

"Noah terjaga pukul 2 pagi dan baru tidur balik. Allahu untuk pertama kali dalam hidup saya pasang kartun untuk menenangkan dia daripada menangis sebab tidur bilik berkongsi ramai-ramai.

"Saya rasa seperti ibu yang teruk. Saya tak mampu lakukan apa-apa apabila anak saya kurang selesa kerana sikap orang lain yang pentingkan diri.

"Tak boleh buat apa-apa sebab biliknya tak ada pendingin hawa dan pintu tak boleh kunci. Saya harap mereka akan membetulkannya pada pagi nanti sebab saya dah membelanjakan RM3,000 untuk anak saya tidur dalam keadaan tidak selesa," tambahnya yang memberitahu anaknya tidak selesa tidur tanpa penghawa dingin.

Hanya sempat melelapkan mata kurang daripada tiga jam, kongsi Ika lagi Noah bangun seawal pukul 7 pagi disebabkan keadaan tempat tidurnya yang kurang kondusif.



"Rasa nak termuntah tak tidur lagi. I yang tua pun nak termuntah terus rasa tak sihat bila tak cukup tidur inikan budak dua tahun yang berjaga lebih pukul 2 pagi. Sedihnya..." tambahnya.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninnamina 3-11-2021 09:49 AM
Villa mana tu? Kipas xda ke?
Iols baru2 ni bercuti dekat janda baik jugak sewa homestay je.. kalau buat aktiviti memang terasa panas tapi malam2 sejuk je..
Quote Cik_jantung 3-11-2021 09:53 AM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 03:20 PM

..........

Quote ketambangkang 3-11-2021 09:58 AM
villa alep sukri ke tu
Quote KamikuP 3-11-2021 10:06 AM
Knp tak mention jer nama resort tu .. takut kitaorg pun terkene jugak dek Ika oiii
Quote prettyuglybabe 3-11-2021 10:21 AM
napa tak bawak anak tido dengan dia je kalau anak tak suka tido ramai-ramai dengan sepupu sepapat?
or mak bapak juga tido ramai-ramai dalam bilik lain?
Quote lasagnaklcc 3-11-2021 10:32 AM
Kalau bkn sbb anak pon, kita berhak komplen sbb dah bayar tapi benda yg dijanjikan takde/rosak.
Quote Cpkay 3-11-2021 10:38 AM
sapa sapa tau nama villa ? share sikit.. plan nak ke sana jugak nanti
Quote Suchi 3-11-2021 10:39 AM
Anak dia tidur kat mana? Dia plak tidur kat mana?
Kalau iols g cuti memana mmg sentiasa tidur satu family.
Amik bilik yg ada 2 katil besar.
Itu baru namanya keselesaan bg iols iaitu kami ada bilik kami sendiri.
Bukannya kena tidur asing2 lelaki semua satu bilik, pompuan satu bilik dan bebudak satu bilik lain.
Nak bercuti mesti ada duit, mesti mampu sewa bilik sendiri bukannya kena angkut toto selit tidur kat celah mana2.
Quote Suchi 3-11-2021 10:47 AM
ninnamina replied at 3-11-2021 09:49 AM
Villa mana tu? Kipas xda ke?
Iols baru2 ni bercuti dekat janda baik jugak sewa homestay je.. kalau b ...


Kalau chalet kayu tu sejuk memalam, ni hat jenis batu mmg panas laa sbb bulan lepas cuaca agak panas.
Bulan ni baru start hujan tak berenti maybe sejuk la skit memalam.
Bersepah2 homestay n villa kat janda baik tu taktau la dia ni g mana.
Kakak iols pun ajak gathering kat janda baik bulan depan tp iols cam malas skit sbb musim hujan ni bahaya bimbang pokok tumbang n kepala air.
Dah penah pi sekali hujan sepanjang hari, dahla sewa 2 mlm satu hari je boleh main air hari kedua mampu tgk je air sungai yg laju menderu tu. Rugi je bayar mahal2 tp takleh mandi n terpaksa memerap je.
Lagipun iols dh byk kali pi janda baik, jd takde la heran sgt kalau tak join.
Quote Aquagirl 3-11-2021 10:50 AM
kt janda baik ada pantai ke? gambar tu mcm kt pantai..
Quote Kurex 3-11-2021 11:01 AM
Sesuai letak dekat bod perlancongan
Quote dudaberhias 3-11-2021 11:09 AM
tapi tengok macam villa dia sewa ni jenis takde aircond sebab sana memang sejuk dekkk malam2 motipp ko nak aircond lagi... ajar la anak tu tido tanpa aircond sebab ni malaysia kot...

memang mana2 villa ke apa tu jarang lah deorang nak buat maintenance..

kena tunggu customer report baru la ada yang gigih pergi repair...

masalahnya kalau untuk resort persendirian2 tak repair ni faham lagi... ni felda punya pun dekkk ya ampun nauzubillah min zalikkk rosak sana sini juga... pintu tak boleh tutup atau slide dan macam2 lagi... pakej iols pernah kena tindihhh .. kang tak pepasal nak komplen bahagian supernatural kena masuk tanjung rambutan pulak...
Quote anilanil 3-11-2021 11:14 AM
Bayar 3k tapi nape angkut ramai2 tido 1 villa? Tak berkenannya pegi bercuti angkut 1 rombongan tido berhimpit. Small family better check in hotel je amik family room.
Quote lattehazelnut 3-11-2021 11:27 AM
Fully book kot.. kan cuti deepavali.. nak panggil orang servis mmg lambat sikit..
Quote kotakominami 3-11-2021 11:40 AM
Villa mana satu..share nama plis
Quote milanhawkin 3-11-2021 12:04 PM
awatla x share nama villa. baru je plan nk pi sana.
Quote haylie 3-11-2021 12:45 PM
Villa mana ni boleh iols pangkah
Quote rain2169 3-11-2021 12:51 PM
ye... tolong share.... villa mana ni....
I pun nak pangkah....
Quote MelahJanda 3-11-2021 01:04 PM
rasa macam masih ingat lagi team akademi fantasia terjah rumah flat sheols kat penang

skrg dah kena full blast aircond bagai yaa.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.062134 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top