CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jokowi Tersenarai Tokoh Islam Berpengaruh Dunia, Mana Malaysia?

3-11-2021 12:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2304| Komen: 5

Description: Rakyat Malaysia tidak termasuk dalam senarai 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia bagi tahun 2022.
Rakyat Malaysia tidak termasuk dalam senarai 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia bagi tahun 2022.

Sebaliknya, senarai yang dikeluarkan Pusat Kajian Strategik Islam Diraja (RISSC) itu menyaksikan Presiden Indonesia, Joko Widodo, Jokowi kembali tersenarai antara 50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia 2022. 


Kredit foto: The Jakarta Post

RISSC merupakan lembaga penelitian bebas di Amman, Jordan. 

Lapor Kompas.com, Jokowi berada di kedudukan ke-13 dan lebih berpengaruh dari Imam Besar di Al-Azhar, Mesir, Sheikh Ahmed al-Tayyeb yang berada di kedudukan ke-14. 


Ulama Arab Saudi, Salman Al-Ouda pula berada di atas kedudukan Jokowi. 

“Indonesia adalah negara demokrasi terbesar ketiga di dunia dan kami juga memiliki populasi Islam terbesar dunia. 

“Ini menunjukkan demokrasi dan Islam tidak bertentangan. Fahaman keganasan juga tiada kaitan dengan mana-mana agama sekalipun,” kata Jokowi seperti dilaporkan dalam The Muslim 500. 

Dalam laporan itu, RISSC menjelaskan prestasi yang menjadikan Jokowi sebagai tokoh Islam berpengaruh.

Antaranya, Jokowi dianggap berjaya selepas dilantik sebagai Datuk Bandar Solo dan Gabenor DKI Jakarta serta mempunyai daya kepemimpinan tinggi. 

Selain Jokowi, terdapat dua ulama dari Indonesia yang turut tercalon iaitu Ketua Pengurus Besar Nahdlatul Ulama (PBNU), Said Aqil Siradj di kedudukan ke-19 dan anggota Dewan Pertimbangan Presiden (Wantimpres), Muhammad Luthfi Yahya di tangga ke-32. 

RISSC memilih seramai 500 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia setiap tahun. 

Senarai tokoh-tokoh yang terpilih itu kemudian diterbitkan dalam sebuah buku berjudul The Muslim 500. 

Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamid al-Thani berada di kedudukan pertama daripada 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia bagi 2022. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 3-11-2021 01:48 PM
mcm mana nak masuk senarai, duit yayasan anak yatim pun buat beli machiam2
Quote nakkomenjugak 4-11-2021 01:56 PM
Heheehhe sini isle di IC jahhh
Quote adm7 4-11-2021 01:58 PM
Duta padang pasir tak masuk ke?
Quote silencekiller 4-11-2021 02:01 PM
Tahniah pak jokowi... tapi pelik "ularmak" tersohor dari satu partai politaik yang berlagak depa lebih Isle dari ore lain... tadak pula tersenarai??

Dengar cerita pangkat besaq laa juga Duta Khas duduk mengangkang kutip gaji kaa elaun kaa tanpa ada rasa segan silu di kala rakyat ramai juga dalam kesusahan..
Quote Skuau 4-11-2021 02:26 PM
...jugak...masih tidak mampu menarik bangla,pakis,rohingya,pilak tuk datang,tinggal,bekerja dan bernikah kawen ngn pompuan indon di Indonesia mu.-

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.050473 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top