CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kahwin Selepas Kematian Anak, Nenek 71 Tahun Nikah Lelaki 17 Tahun

3-11-2021 11:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2773| Komen: 15

Description: Seorang lelaki mendedahkan bahawa dia berumur 17 tahun apabila mengahwini isterinya yang ketika itu berusia 71 tahun dalam majlis perkahwinan yang berlangsung pada 2015, lapor akhbar New York Post sem ...
Seorang lelaki mendedahkan bahawa dia berumur 17 tahun apabila mengahwini isterinya yang ketika itu berusia 71 tahun dalam majlis perkahwinan yang berlangsung pada 2015, lapor akhbar New York Post semalam.


Lelaki yang dikenali sebagai Gary dan kini berumur 23 tahun itu menyiarkan kehidupannya bersama Almeda, 75 di akaun TikToknya. Ramai netizen meninggalkan pelbagai komen mengenai hubungan tersebut termasuk  meminta Gary menjauhi orang yang menentang kebahagiaan dia dan isterinya.

Membalas komen peminat tersebut, Gary mengucapkan tahniah kepada mereka  dan meluahkan kegembiraan apabila peminatnya mengikut kata hati serta memilih meneruskan percintaan tidak kira apa tanggapan orang lain.

Foto: IG


“Tahniah juga kerana berani mempertahankan cinta kamu dan pasangan selain menampilkan siapa diri kamu sebenarnya yang memilih untuk mencintai sesiapa sahaja tanpa mengambil kira penerimaan orang luar.

“Kadangkala situasi menjadi sukar apabila keluarga tidak memberikan sokongan dan tidak turut bahagia bersama, namun anda perlu untuk menjauhi sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga atau sebaliknya,” kata seorang pengguna media sosial. 

Pasangan itu berkahwin pada tahun 2015, dua minggu selepas kematian anak lelaki Almeda, Robert. 

Almeda turut menjadi balu setelah 43 tahun berkahwin apabila suami pertamanya, Donald meninggal dunia pada tahun 2013 setelah tujuh bulan dirawat di hospital akibat komplikasi diabetes.

Setelah berkahwin, Gary dan Almeda berpindah ke rumah wanita itu dan tinggal bersama cucu lelakinya dengan seorang daripada mereka berumur tiga tahun lebih tua berbanding Gary. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellejo 3-11-2021 11:24 AM
fishy sangat.
Quote prettyuglybabe 3-11-2021 11:48 AM
untung la cuci kaki je masuk rumah
Quote lasagna 3-11-2021 11:55 AM
ishhh jauh nau beza umur.. agak sesuatu disitu..
Quote kelapaparut 3-11-2021 11:57 AM
yg ni Dato vida nak sgt, anak ikan..
Quote Adrif 3-11-2021 12:57 PM
sama konsep macam model muda tapi kawen dengan jutawan gemuk, pendek, kedut, botak, dan ada penyakit kronik. bangun pagi, bersin, jantung stop, mati.

isteri muda lap air mata, sambil background pemandangan mewah, atas meja full sarapan hotel
Quote sarah82 3-11-2021 02:06 PM
GILF sangat wife dia[em:22:]
Quote nakkomenjugak 3-11-2021 02:26 PM
Genre pronhub apa iol tengok nehhhh??
Quote slyfynx 3-11-2021 03:10 PM
sarah82 replied at 3-11-2021 02:06 PM
GILF sangat wife dia[em:22:]

Part G tu x dinafikan
ILF tu............ mcm x je
Hahahaha
Quote sarah82 3-11-2021 03:32 PM
slyfynx replied at 3-11-2021 03:10 PM
Part G tu x dinafikan
ILF tu............ mcm x je
Hahahaha

Hahahahahaa... Taste lelaki tu la.. Tu yg ILF...
Quote Jitu 3-11-2021 03:52 PM
euwwwwwwwwwwwwww
Quote shernazz 3-11-2021 05:33 PM
Gary
Teringat siput spongebob
Quote Nenasketum 3-11-2021 06:46 PM
Hari2 bagi bini cyanide, boleh bolot suma harta benda
Quote dani-rox 3-11-2021 06:51 PM
muka somi dia sheshuatu~ sangat
Quote edayildiz 3-11-2021 06:56 PM
laki tu pun muka mcm dh 30an..jauhhh bethol beza umo..cucu lg kertu lg atuk tiri
Quote namr 3-11-2021 07:17 PM
Peliknya taste ko

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.051165 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top