CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Antarabangsa Lihat artikel

Aduh, Isteri Ifan Seventeen Sibuk Main Telefon Sampai Staf Restoran Hantar Resit Di IG

3-11-2021 08:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1986| Komen: 9

Description: Gara-gara sibuk main telefon dan membuat rakaman video, isteri Ifan Seventeen, Citra Monica terlupa membayar makanannya di sebuah restoran.
Gara-gara sibuk main telefon dan membuat rakaman video, isteri Ifan Seventeen, Citra Monica terlupa membayar makanannya di sebuah restoran.

Dia dan Ifan yang makan di sebuah restoran di Banyuwangi, Jawa Timur, Indonesia berlalu pergi selepas menikmati makan tengah hari mereka.


Kredit foto: IG Ifan

Disebabkan perkara itu, wanita berkenaan menerima mesej peribadi di media sosial daripada seorang pekerja restoran yang bertanyakan sama ada dia sudah membayar makanan tersebut.

Memetik Liputan6, Citra membalas mesej tersebut dengan perasaan bersalah dan meminta maaf serta meminta nombor akaun restoran berkenaan untuk membuat bayaran.


"Ya ampun, minta maaf ya, nanti saya buat pindahan saja ya. Saya minta no akaun ya. Terlalu asyik membuat rakaman sampai jadi lupa," ujarnya.

Ifan turut menunjukkan resit dengan harga Rp 400 (RM116) daripada pihak restoran yang dikirim melalui mesej peribadi di Instagram isterinya.


Kredit foto: IG Ifan

Ifan kelihatan santai menangani perkara itu dan hanya tertawa memikirkan kejadian tersebut.

"Keenakan makan lupa bayar," tulis Ifan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 3-11-2021 09:44 AM
Mcm ni pn ade.
X rase comey pn kes cmnie.
Tp jenis org yg x bertanggungjawab.
Cuai btol.

Nsb lah bole sent dm kt ig.
Quote Cik_jantung 3-11-2021 10:03 AM
Dia fikir sblm restoran tu viralkan baik dia ngaku dulu.. hahaha
Quote milanhawkin 3-11-2021 12:00 PM
sebbaik ngaku
Quote KamikuP 3-11-2021 01:04 PM
Caprut sungguh perangai
Quote bambimo 3-11-2021 10:21 PM
Oo dia dh kawen baru ke baru tau
Quote nakkomenjugak 4-11-2021 10:44 AM
Apa yang best sangat main fonnnnnnnnnnnnnnnn memanjang??
Laki ko depan mata, cakap kat wasap gak keee acaner???
Time ngesekkk jeee letak fon tepi
Nyampahhh betul orang camni
Kawan, fam dah depan mata, mata sibuk ke fon
Quote downiey 4-11-2021 01:16 PM
main phone ngn pompuan lain ke.. haha
Quote iolss 8-11-2021 06:17 PM
bak kt mak iols, hf tu  berjahit kat tangan ke apoooo
xreti2 ltk dlu ke time makan..
Quote Artemesiaa 15-11-2021 11:44 AM
Itu pun nak jadi cerita ialah asal ada cerita terbaru kan

Lihat semua komen(9)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-12-2021 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.078849 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top