CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemindahan Najis 'Meremajakan’ Memori Dan Badan

27-10-2021 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1975| Komen: 12

Description: Sekumpulan saintis menemukan penawar baharu yang berpotensi mengelakkan proses penuaan.
Sekumpulan saintis menemukan penawar baharu yang berpotensi mengelakkan proses penuaan.

Penemuan itu dibuat selepas satu eksperimen pemindahan najis yang dilakukan terhadap tikus makmal tua menunjukkan ia mampu ‘meremajakan’ memori dan badan haiwan tersebut.


Lapor Daily Star, para saintis memindahkan najis tikus muda ke dalam usus tikus tua menerusi tiub, yang secara tidak langsung menunjukkan hasil yang menakjubkan.


Kredit foto: Getty

Selepas tikus tua menerima najis tersebut, haiwan berkenaan menunjukkan beberapa perubahan ketara dalam keupayaan pembelajaran, ingatan dan tahap kebimbangan.


Pengarang utama kajian tersebut, John Cryan menggelar penemuan itu sebagai kesan membalikkan semula dan meremajakan.

Pasukan saintis turut merancang menggunakan penemuan tersebut untuk mengkaji hubungan antara usus dan otak pada masa hadapan.

Mereka juga mahu mengkaji sama ada prosedur itu mampu membalikkan semula proses penuaan pada manusia.

“Sekiranya individu boleh menjaga fungsi kognitif mereka dengan lebih baik untuk suatu tempoh yang lama.

“Jika individu kurang sensitif terhadap jangkitan dan kesan imun, maka ia akan memberi impak besar kepada kualiti kehidupan harian mereka,” kata Cryan.

Pakar saintis neuro percaya kesihatan usus boleh menjadi elemen penting dalam pemahaman mengenai isu yang mempengaruhi otak.

Ketika ini, pemindahan najis digunakan oleh doktor untuk merawat masalah usus seperti kolitis ulseratif, penyakit Crohn dan juga alahan.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manzilla 27-10-2021 12:54 PM
Lepas babi, najis, lepas ni apa pulak...
Quote kelapaparut 27-10-2021 12:56 PM
konsepnye kalu nak mude remaje, kne pakai taik org mude lain gitu
Quote Simunggu 27-10-2021 12:58 PM
org tua makan najis org muda jadi muda ya....
Quote Simunggu 27-10-2021 12:58 PM
org tua makan najis org muda jadi muda ya?? bukan mati!
Quote nakkomenjugak 27-10-2021 02:06 PM
Nahhhhh
Id rather age gracefully
Quote Suchi 27-10-2021 02:46 PM
Hati2 korang muda nnt acik2 yg tkleh terima diri tu dah tua akan tunggu tepi toilet korang.

Quote ninja9 27-10-2021 02:50 PM
mula2 aku nak buat komen gila-gila.. tapi bila fikir balik why? .. jawapannya mungkin terletak kepada kebolehan usus pada orang yang dah tua dah berkurangan... tahi / nutrient yang terhasil dari penghadaman orang muda barangkali lebih berkualiti dan banyak dari usus boroi orang tua... ahaha
Quote keane.somewhere 27-10-2021 07:10 PM
Hidup taik untuk negare
Quote Orix 27-10-2021 11:12 PM
Sape belajo sains mesti faham berita ni berkaitan microbiome. Ummah berotak lobai xkan faham punya
Quote Tinot7 28-10-2021 06:00 AM
Pasukan saintis turut merancang menggunakan penemuan tersebut untuk mengkaji hubungan antara usus dan otak pada masa hadapan.


Mengingatkan iols kat satu lawak:
All the organs were deciding who should be the boss....

"I should be in charge," said the brain , "I run all the body's systems, without me nothing would happen."

"I should be in charge," said the heart , "I circulate oxygen and nutrients all over."

"No! I should be in charge," said the stomach, "I process the food that gives us energy."

"I should be in charge," said the legs, "without me the body couldn't go anywhere."

"I should be in charge," said the eyes, "I allow the body to see where it goes." "I should be in charge," said the anus, "I am responsible for waste removal."

All of the other body parts laughed at the anus and insulted him. So he shut down. Within a few days, the brain had a terrible headache, the stomach was bloated, the legs got wobbly, the eyes got watery, and the heart pumped toxic blood. They all decided that the anus should be the boss.

What is the moral of the story? Even though everybody else does all of the work the ass hole is usually in charge.
Quote bulalof 28-10-2021 09:35 AM
ni semua dakyah setan.

hiduplah seperti mana fitrah hidup manusia.

sampai waktu, kita pergi.
Quote jejaka_hensem 28-10-2021 09:45 AM
Boleh kurangkan masalah nyanyuk la kan kalqu kajian ni berjaya?
Wow,hebat ya kajian dorang ni kalau berjaya????

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.048328 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top