CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Tadika Ditipu Hampir RM70,000 Beli Kucing

27-10-2021 12:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4017| Komen: 61

Description: Hasrat guru tadika untuk memiliki kucing baka Scottish Fold terbantut selepas ditipu penjual melalui atas talian, malah terpaksa menanggung kerugian hampir RM70,000.
Hasrat guru tadika untuk memiliki kucing baka Scottish Fold terbantut selepas ditipu penjual melalui atas talian, malah terpaksa menanggung kerugian hampir RM70,000.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd Ghani berkata, mangsa berusia 25 tahun yang berasal dari Taman Nusa Intan, Seremban dikatakan melihat iklan di laman Facebook pada 23 Oktober lalu mengenai kucing berkenaan yang difahamkan berada di Indonesia.


Gambar hiasan

"Mangsa berminat membeli kucing terbabit dan menghubungi penjualnya di talian +62 895-3241-29741.

"Dia bersetuju untuk membeli kucing itu pada harga RM900. Bagaimanapun, ketika dalam proses penghantaran dari Indonesia, mangsa diminta untuk membayar wang bagi pelbagai prosedur," katanya ketika dihubungi hari ini.

Aibee berkata, mangsa diminta membayar separuh daripada harga kucing berkenaan dan bakinya dibayar selepas mendapat haiwan terbabit itu.

"Wanita berkenaan membuat pemindahan wang berjumlah RM450 ke akaun Hong Leong Bank atas nama Tansiaupenga Siagian sebelum dimaklumkan kucing yang dibeli sudah dihantar ke alamatnya.

"Sepanjang proses penghantaran, mangsa dikehendaki membayar sejumlah wang kononnya sebagai prosedur dan sehingga kini membuat 14 transaksi berjumlah RM69,030 pada 23 dan 24 Oktober lalu," katanya.

Menurutnya, sehingga kini mangsa tidak mendapat kucing yang dibeli malah bimbang identitinya disalahguna kerana menyerahkan salinan kad pengenalan serta alamat kepada suspek.

"Mangsa membuat laporan polis kerana rasa tertipu. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 27-10-2021 12:28 PM
anak kucing pun x smpai 10k(aku agak2 je nie)...pembaris sggh kwn nie
Quote copy_paste 27-10-2021 12:32 PM
adoii sanggup tu beli kucing sampai rm70k,
padahal kucing kampung pun ape kurangnye
Quote aryyan 27-10-2021 12:33 PM
skarang mmg trend kucing breed ni on demand?
depa yg pulun ni mmg pencinta kucing ke saja2.
lain breed lain cara nk bela weh.
Quote makton 27-10-2021 12:39 PM
klu aku bela kucing kg je. janji ada peneman buat hilang boring
Quote kelapaparut 27-10-2021 12:41 PM
cikgu tadika pun xkanlah bodoh..cikgu propesional bljr tinggi kan xtau scam2 ni
Quote ninja9 27-10-2021 12:47 PM
Taktik umpan sedikit dulu lepas tu minta minta minta sampailah 70000. gila punya bakat jadi scammer.. mangsa pun sama bodoh kerana tak faham2 orang tu tak deal dengan kejujuran...
Quote edayildiz 27-10-2021 01:00 PM
byknya duit..sanggup pulak beli kucing 70k..kalau bwh 5k ok la..kucing terbiar byk..bela yg terbiar dulu kot
gambar hiasan tu mcm aruah my baby..ayah i belikan
Quote ellejo 27-10-2021 01:10 PM
aiyo bab2 scam duit amalkan konsep fool me once shame on you, fool me twice shame on me. kalo da mintak lebih dari dua kali (deposit dan balance payment) tu maknanya scammmmmmmmmmmm
Quote epal21 27-10-2021 01:22 PM
Banyaknya duit cikgu tadika, baru 25 tahun pulak tu. Part time agen mamasab ke? Takziah di atas kehilangan duit tu.
Quote stingerchubby 27-10-2021 01:27 PM
edayildiz replied at 27-10-2021 01:00 PM
byknya duit..sanggup pulak beli kucing 70k..kalau bwh 5k ok la..kucing terbiar byk..bela yg terbiar  ...

kalau maskawen average every negeri say RM300 sekarang...berapa kali boleh kawen kan dgn figure RM70K itewww?

you see your worth now compared to a cat?


kahkahkahkahkahkah
Quote Thunderclouds 27-10-2021 01:35 PM
Ig, fb sarang scammers dik non. Baru kluaq gua ka?
Quote evlinne 27-10-2021 02:02 PM
Dia kena pukau ke or sediakala bimbo sampai boleh bayar cecah RM70k kt scammer??
Quote nakkomenjugak 27-10-2021 02:06 PM
70k for a danggg cat!!!
Wowwwwww...
Kucing pun ada darjat dan kasta yachh
Quote kechikchomel 27-10-2021 02:29 PM
sama macam breed kucing kak yati kakak alip sokeri tu ke?
Quote missus_meow 27-10-2021 02:55 PM
byknya duit cikgu ... tak sedarke dah transfer sampai RM70000 ...
Quote royaldanish 27-10-2021 02:57 PM
Kenapa la cigu ni tak bijak?
Kalau dh minta lagi dan lagi sah2 la kena tipu.
Banyak kot petshop boleh supply baka ni..
Quote saviour_09 27-10-2021 03:15 PM
i bela kocing kampung je sis

12 hekor

70k tu boleh buat rumah ppr utk kocing2 i
Quote zehra2 27-10-2021 03:23 PM
14 kali transaksi...
kot kena pukau dlm tempoh tu.. ko tk mkn minum ke.. semua tk sedar. tk solat ke
Quote akuMNdia 27-10-2021 03:28 PM
anak org kaya ke cikgu nih??

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.062218 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top