CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sebak, Polis Bertugas Di Hutan Azan Anak Baru Lahir Guna Telefon Bimbit

27-10-2021 12:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 773| Komen: 0

Description: Seorang anggota polis unit khas Indonesia menyentuh hati banyak pihak apabila mengazankan bayinya yang baru lahir menerusi panggilan telefon ketika bertugas di hutan bagi menjejaki pengganas, lapor la ...
Seorang anggota polis unit khas Indonesia menyentuh hati banyak pihak apabila mengazankan bayinya yang baru lahir menerusi panggilan telefon ketika bertugas di hutan bagi menjejaki pengganas, lapor laman berita Suara.com.


Video anggota bernama Ipda Rano Aprilianto, 33, itu menjadi tular di media sosial kerana memaparkan aksi mengazankan bayinya meskipun sedang bertugas demi mempertahankan negara. 


Kredit foto: IG satbrimob_lampung

“Assalamualaikum. Ini Pipi, sayang. Sudah lahir (anak) ya?” kata Ipda kepada isterinya.

“Sudah lahir. Perempuan,” jawab isterinya.

Ipda yang lebih mesra disapa Pipi oleh isterinya itu kemudiannya mengazankan bayinya sambil menitiskan air mata tanda terharu.

Pada bahagian belakangnya, kelihatan seorang anggota sepasukan sedang berkawal.



Video itu kemudiannya menerima komen daripada Ketua Jabatan Perhubungan Awam Polis Wilayah Lampung, Komisioner Zahwani Pandra Arsyad yang mengesahkan bahawa Ipda merupakan seorang anggota polis.

Dia disahkan sedang bertugas dalam Operasi Pasukan Petugas Madago Raya tahap 3 dan 4 di wilayah Sulawesi Tengah.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-12-2021 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.101939 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top