CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

6 Artis Lelaki Paling Hot 2014 Pilihan Forumer Cari

2-1-2015 09:52 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 7015| Komen: 3

Description: Mari kita bincang 6 artis lelaki antara paling menyerlah untuk tahun ini. Berikut adalah 6 artis lelaki yang ‘paling HOT’ untuk tahun 2014.
Mari kita bincang 6 artis lelaki antara paling menyerlah untuk tahun ini. Berikut adalah 6 artis lelaki yang ‘paling HOT’ untuk tahun 2014:

1. Zul Ariffin
Jejaka kelahiran Taiping, Perak ini mula menceburkan diri sebagai pelakon pada tahun 2008. Membintangi pelbagai drama dan filem, namun kurang berjaya menyerlahkan populariti dirinya. Sehinggalah menjadi teraju utama utnuk watak Zill Faezrul dalam dramaslot Akasia ‘Rindu Awak 200%, nama Zul kian disebut-sebut antara pelapis pelakon lelaki di Malaysia kini. Mempunyai raut wajah yang kacak dan tubuh badan yang sasa antara idaman para gadis, hati pemenang Pelakon Harapan FFM 26 kini dimiliki oleh penerbit Tayangan Unggul Sdn Bhd, Gayatri Su-Lin Pillai. Beliau jugamenimbulkan kontroversi apabila sekeping gambar antara beliau dan seorang perempuan di dalam sebuah kelab malam di Langkawi tersebar di Internet. Zul kini sedang menghabiskan penggambaran drama‘Istikharah Cinta’ yang akan ditayangkan di slot Akasia tak lama lagi.


2. Sharnaaz Ahmad
Pernah mengeluarkan kenyataan akan berhenti berlakon dek kerana kontroversinya dengan bekas kekasih, memberi rahmat kepada pelakon ini kerana tak henti-henti menerima tawaran berlakon drama dan filem. Bermula dengan watak Jebatbergandingan bersama Nelydia Senrose dalam drama ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’,Sharnaaz juga kini popular dengan drama-drama lakonannya yang lain seperti Setitis Kasih Darmia dan Suamiku Encik Sotong. Namun, ada juga kontroversi yangmenghimpit beliau pada tahun ini. Pertelingkahan dengan Lisdawati dan Azwan Ali antara carta kontroversi yang paling hangat dalam tahun ini..

3. Fahrin Ahmad
Jejaka berusia 35 tahun ini juga merupakan antara yang menyerlah pada tahun ini.Rezekinya bukan hanya dalam bidang lakonan saja, malah beliau memberanikan diri untuk menjadi pengulas sukan di RTM. Menjadi pengulas sukan berprestij seperti Piala Dunia di Brazil serta Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland, mengisi profilkerjayanya pada tahun ini. Namun, bidang lakonan juga tidak dilupakan, menjaditeraju utama untuk drama adaptasi novel, ‘Maaf Jika Aku Tak Sempurna’ berjayamenaikkan semula namanya. Tetapi, berita perkahwinan duta Ali Café ini pastinyasedang ditunggu-tunggu oleh peminat menyebabkan beliau sering mengeluarkankenyataannya tentang jodoh. Mungkinkah ada sinar baginya setelah putus cinta dua kali?








4. Keith Foo
Mula kembali berkecimpung dalam industri lakonan di Malaysia setelah sekian lama bertapak di Indonesia sebagai pelakon dan model. Bermula dengan drama ‘Dalam Setiap Sujud’ di TV9, Keith Foo mula meniti di bibir peminat2 drama TV Malaysia menerusi lakonannya dalam ‘Love You Mr Arrogant’. Namun, namanya meletup-letup bila menjadi teraju utama untuk drama slot Akasia: Ariana Rose yang bersiaran pada Februari yang lalu. Kini drama bersiri lakonannya, “Kasih Berbisik’ sedang ditayangkan di TV3. Beliau kini sibuk menjalani penggambaran filem Langit Cintabergandingan dengan Nur Fazura arahan Osman Ali.



5. Datuk Hj. Ramli MS
Seakan tidak percaya, figura ini berjaya menyembunyikan perkahwinannya dengan penyanyi terkenal, Alyah selama 2 tahun mengejutkan peminat industri hiburan tanah air.Bermula dengan penemuan Alyah di rumah banglo Datuk Ramli oleh JAIS, merungkai segala persoalan tentang status hubungan mereka yang dihidu sejak sekian lama.Namun, sehingga kini, beliau tidak mahu mengulas lanjut tentang perkara tersebut.

6. Akim Ahmad
Pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim ke 6 antara artis lelaki yang berjaya menyerlah pada tahun ini. Semuanya kerana Mewangi yang dicipta oleh Aiman ataunama sebenarnya, Zulkefli Majid, berjaya meledakkan namanya semula di persada muzik Malaysia. Walau bagaimanapun, Akim dikecam baru-baru ini kerana dituduh mengambil dadah kerana persembahan lemaunya di separuh akhir Muzik-Muzik 29 menyebabkanlagunya gagal melangkah ke final. Namun, tuah ternyata masih menyebelahinya apabila berjaya mengungguli kategori Persembahan Vokal Lelaki Terbaik di Dalam Lagu untuk AIM 21 menerusi lagu Mewangi.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote LolaLoly 2-1-2015 05:45 PM
Muntah lah Ramli MS... Hot pulak baca nehhh...
Quote MeMeimei 2-1-2015 04:49 PM
forumer mana la pilih ramli ms lelaki hot cari
Quote rokarina 2-1-2015 03:12 PM
ramli MS?? wattt...

Lihat semua komen(3)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.162081 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top