CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Malu Dengan Anak-Anak Bertudung, Vicha Saywho Kini Berhijab

15-8-2021 03:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3517| Komen: 15

Pelawak yang juga pelakon Vicha Saywho kini nekad untuk tampil dengan imej berhijab dan memohon peminat untuk mendoakan penghijrahannya ke arah yang lebih baik.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman, 33, turut berkongsi sekeping foto menunjukkan imej terbaharunya yang manis mengenakan hijab.

“Bismillah Ya Allah. Saya minta tolong kepada semua untuk mendoakan yang baik-baik. Saya budak masih belajar. Insya-Allah,” tulisnya.

Foto: via Kosmo
Menerusi hantaran berbeza, Vicha turut mengakui berasa malu dengan anak-anaknya apabila menyedari hanya dirinya yang masih belum berhijab berbanding ahli keluarganya yang lain.

“Ya Allah, baru perasan dalam keluarga sayalah yang baru berhijab. Malunya sedangkan anak-anak saya semua pun pakai hijab dah lama. Ampunkan saya Ya Allah. Subhanallah, Insya-Allah tiada kata terlambat untuk hamba-Nya yang ingin belajar dan memperbaiki dirinya,” ujar Vicha.


Dalam pada itu, selebtriti asal Indonesia itu turut berterima kasih kepada keluarganya yang selama ini menjadi tulang belakang kepadanya dalam segala hal sama ada baik atau buruk.

“Rindu kepada mereka semua (keluarga). Merekalah kekuatan saya yang selalu sokong dari belakang.

“Merekalah yang selalu ada dalam segala keadaan. Ya Allah, terima kasih atas segalanya yang telah Engkau berikan. Sujud syukur kepada-Mu dalam setuip keadaan, Insya-Allah kita akan berjumpa lagi keluargaku. Saya rindu semua,” katanya.

Terdahulu, Vicha yang baru sahaja mendapatkan rawatan di hospital kerana masalah gastrik melahirkan rasa bimbang dan rindu apabila sudah dua tahun tidak berjumpa dengan tiga anaknya iaitu Aurael Angelina Khezya, Listya Arum Tresnasih dan Michelle Averina Chalista demi mencari rezeki di Malaysia. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote readbaca 15-8-2021 03:31 PM
Alhamdulillah. semoga terus istiqamah.
semoga terus cemerlang gemilang terbilang di dunia & akhirat.
Quote missbigrockstar 15-8-2021 03:34 PM
Cantik Vicha
Quote cicicumel 15-8-2021 03:44 PM
gitew..harap terbuka hati lady gaga malaysia juga sbb anak2 sheols semua berhijab kan
Quote aTiKah_aYuNi 15-8-2021 04:06 PM

Alhamdulillah. semoga terus istiqamah.
semoga terus cemerlang gemilang terbilang di dunia & akhirat.
Quote elnor_81 15-8-2021 04:51 PM
Vicha ni walaupun badan gempal, tp muka dia cantik. Mcm sherry. Plus size tp wangi. Pandai jge penampilan diri.
Quote alien88 15-8-2021 04:54 PM
alhamdulillah..
Quote Nenolen 16-8-2021 02:09 AM
Alhamdulillah...semoga semua urusan dipermudahkanNya...tabah sungguh beliau cari rezeki di Mesia utk kesenangan anak2 di Indonesia...dia beriya2 sangat nak bawa anak2 tinggal dan sekolah di Mesia...kaka ada softspot dgn ibu2 yg kuat semangat mcm nie...
Quote djzara81 16-8-2021 08:35 AM
Mase Vicha performed dlm MLM aku puji muka dia cantik walopon bambam. Kulit tegang & mulus. Now dah kurus, still nmpk cantik. Semoga istiqomah.
Quote kelapaparut 16-8-2021 08:50 AM
name2 org indonesia cantik2 kan, pmikiran dieorg berbexa dgn melayu semenanjung, dieorg letak name anak mcm name non muslim tp kdg2 dieorg lg islamik dr kite..and yes they are beautiful people, kalu korang pi jakarta mmg cantik2 org dia, keje biase2 je bukan plakon sinetron tp cantik
Quote downiey 16-8-2021 09:08 AM
alhamdulillah..
Quote chekacheku 16-8-2021 09:09 AM
Semoga dipermudahkan urusan vischa..
Quote Cik_jantung 16-8-2021 09:13 AM
Vicha makan jamu asli.. cantikla.  Tp kesian dia kena duk jauh dgn anak2 sbb nak cari rezeki..
Quote azimodin 16-8-2021 09:34 AM
Vicha manis, kalau keluar citer pon mmg pasal anak2 dia kat sana. Xde kisah terdampar menanti lamaran. Dia kalau buat lawak pon xde la kurang ajar ke apa.
Quote RatuDunia94 16-8-2021 12:36 PM
cicicumel replied at 15-8-2021 03:44 PM
gitew..harap terbuka hati lady gaga malaysia juga sbb anak2 sheols semua berhijab kan

Makin ligat terkinja2 dgn baju kelawar ada lah
Quote eely_shana 16-8-2021 12:42 PM
Alhamdulillah..semoga istiqamah.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.236909 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top