CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Antarabangsa Lihat artikel

Dah Tak Ada Hati, Luna Maya Akan Tolak Jika Dilamar Ariel Noah

15-8-2021 03:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2256| Komen: 14

Description: Pelakon dan model jelita asal negara seberang, Luna Maya mengakui bahawa hatinya kini sudah berubah dan tidak mungkin akan menerima bekas kekasihnya, Ariel Noah jika dia dilamar penyanyi tersebut.
Pelakon dan model jelita asal negara seberang, Luna Maya mengakui bahawa hatinya kini sudah berubah dan tidak mungkin akan menerima bekas kekasihnya, Ariel Noah jika dia dilamar penyanyi tersebut.


Perkara itu didedahkan Luna ketika dia disoal oleh pelakon, Boy William baru-baru ini sama ada dia masih mempunyai hati terhadap Ariel atau tidak.

“Kalau Ariel Noah mahu awak kembali, apa jawapan awak?” soal Boy William.


Foto: Via Kosmo

Terkejut dengan pertanyaan yang diajukan, Luna dengan tenang menjawab semula pertanyaan berkenaan dengan memberitahu bahawa dia akan menolak lamaran tersebut.

Bahkan, Luna turut memberitahu bahawa dirinya kini sudah pun mempunyai teman lelaki.


“I’m sorry, I’m taken (maaf, saya sudah mempunyai kekasih),” jawab Luna sambil ketawa.

Kisah cinta antara kedua-dua selebriti itu sebelum ini bukan rahsia lagi. Walaupun telah berpisah pada 2010, Luna dan Ariel masih lagi berkawan baik sehingga ke hari ini.

Tahun lalu, Luna pernah mengakui tidak mustahil jika suatu hari nanti dia akan kembali bersama bekas kekasihnya itu sebelum tekad membulatkan pendiriannya baru-baru ini untuk tidak akan kembali kepada Ariel jika dia dilamar. -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LostStar 15-8-2021 03:37 PM
Patah hati lerrr tu tengok ariel gan bunga.. {:thief
Quote zarulnazmi 15-8-2021 03:45 PM
udah ngerasain apa segala yang ada jadi gak ada bedanya
Quote kaedahnya 15-8-2021 03:49 PM
ariel ni hensemnyalah
tengok gambar dia time kecik pun dah nampak kehenseman dia
Quote shernazz 15-8-2021 03:50 PM
Baru tengok video lagu sahabat sejati so7
Ada si luna neh
Quote edayildiz 15-8-2021 04:14 PM
ariel ni emang ngan BCL ke? geli la ngn ariel ni walaupun dia hnsem
Quote Itzy 15-8-2021 04:32 PM
kaedahnya: ariel ni hensemnyalahtengok gambar dia time kecik pun dah nampak kehenseman dia

tak la hensem mana biasa je hahaha
Quote makcun14 15-8-2021 05:13 PM
Minat suara ariel dari zaman budak uni sampai la sekarang dah jadik mak budak... serak basah and berkarisma yach si ariel, selayaknya ramai perempuan cantik terpedaya
Gituuu
Quote Ayda89 15-8-2021 08:38 PM
Sejak videos dia leaked i dah tak minat langsung mamat ni
Quote bihunsiam 15-8-2021 09:06 PM
ariel dgn bunga ke
Quote vee_zara 15-8-2021 10:52 PM
Hahaha ye la tu. Dulu konon org usik dia dengan ariel mati2 cakap nggak ada apa2 sih. Sekali keluar video together..{:nose
Quote Orix 16-8-2021 06:16 AM
kaedahnya: ariel ni hensemnyalahtengok gambar dia time kecik pun dah nampak kehenseman dia



Khuenst hensem ya hamatsss
Quote RatuDunia94 16-8-2021 12:34 PM
Tak kot.. masing2 dh merasa nikmat yg diberi.. dh move on
Quote tootii 19-8-2021 01:25 PM
so Boriel ngan Unge tu kawan baik je .. tak lebih dr tu .. LM dah ada bf kan .. tp si Boriel tu kejap ada gossin ngan Agnes. tp senyap je pulak..
Quote sarah_ary2 20-8-2021 09:51 AM
Ariel ni ada sisi yg nampak cam SRK hehehehe and maybe sebab dia ada karisma tue nampak lagi hensem

Lihat semua komen(14)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-1-2022 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.176999 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top