CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buku Resipi Kuno Ajar Cara-Cara Untuk Memasak Suami

15-8-2021 03:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2584| Komen: 7

Description: LONDON – Sebuah buku berusia 110 tahun yang mengandungi resipi ‘Cara-cara untuk memasak suami’ ditemui dalam satu pembersihan rumah, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
LONDON – Sebuah buku berusia 110 tahun yang mengandungi resipi ‘Cara-cara untuk memasak suami’ ditemui dalam satu pembersihan rumah, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Buku berjudul ‘250 Tried Recipes for Everyday Use’ itu menampilkan pelbagai resipi daripada suri rumah sekitar Britain sejak 1911 dan ditemui di bahagian dapur sebuah premis di Derbyshire Selatan.

Buku tersebut akan dijual di syarikat lelongan Hansons Auctioneers di Etwall, Derbyshire dan dianggarkan bernilai antara £30 hingga £50 (RM176 hingga RM293).

Foto: Hansons

Kebanyakan resipi menampilkan jenaka mengenai cara terbaik untuk ‘memasak suami’ kerana terlalu banyak suami yang disalah urus.

Penerangan bersifat melucukan itu termasuk merendam suami dalam air panas, memanggang suami atau meletakkan suami dalam air rebusan jika menyebut perkataan dan kelakuan yang menjengkelkan.

Suri rumah itu juga mencadangkan untuk menambah sedikit gula dalam bentuk kucupan dan rempah ratus untuk menambah baik rasa masakan istimewa itu.

Resipi itu ditulis oleh Mrs. Perfect dari Highclere, Stapenhill, Staffordshire.

“Ramai suami-suami berubah menjadi manja apabila ‘dimasak’ menggunakan resipi ini.

“Isteri tidak boleh menharapkan suami mereka menjadi baik jika dilayan elok namun mereka boleh menjadi sangat enak jika ‘dimasak’ dengan sempurna,” tulisnya.-CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lilac85 15-8-2021 05:44 PM
Daku ingat buku cannibal tadi kushhh semangatt

Cara memasak suami yang terbaik adalah aging to perfection yach
Quote anakmak 15-8-2021 06:34 PM

Everyday :
I asked my husband to cook his own self for me to my liking

How? :
By my sexiness n gedikness

Boleh gitu?
Haaa masaaakkkkk!
Quote epis 15-8-2021 07:31 PM
110 tahun, igtkan kuno sgt zaman mesapotamia ke mesir purba ke haha...
Quote gideoncross 16-8-2021 12:31 AM
Will cook him fr, no doubt.
Quote dani-rox 16-8-2021 12:41 AM
[tiktok]6955144272836349190[/tiktok]


susah2 kan
Quote dani-rox 16-8-2021 12:43 AM
POV pharmacist pulak
[tiktok]6955891293641903366[/tiktok]
Quote edayildiz 16-8-2021 12:52 AM
to my future husband, don't worry I knw how to cook yach

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.061905 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top