CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

20 Tahun Tinggal Dalam Gua, Sanggup Keluar Untuk Minta Divaksin

15-8-2021 03:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3552| Komen: 28

Description: PIROT, SERBIA – Seorang lelaki dari Pirot, Serbia, yang tinggal di dalam gua selama 20 tahun keluar dari tempat pertapaannya untuk mendapatkan suntikan Covid-19, lapor akhbar The Sun kelmarin.
PIROT, SERBIA – Seorang lelaki dari Pirot, Serbia, yang tinggal di dalam gua selama 20 tahun keluar dari tempat pertapaannya untuk mendapatkan suntikan Covid-19, lapor akhbar The Sun kelmarin.


Panta Pertrovic, 70, mendapat tahu mengenai wabak tersebut daripada satu lawatannya ke pekan pada tahun lepas.

“Virus itu tidak memilih mangsa. Ia akan datang ke sini, ke gua saya juga,” katanya.

Tambah Pertrovic, dia tidak memahami mengapa terdapat sebilangan individu yang mempunyai pandangan skeptikal mengenai virus Covid-19.

Foto: AFP

“Saya ingin dapatkan kesemua tiga dos termasuk dos tambahan. Saya juga ingin menggalakkan setiap penduduk agar mendapatkan vaksinasi mereka,” ujarnya.


Pertrovic pada 20 tahun lepas berpindah ke sebuah gua kecil di sebuah kawasan pergunungan untuk mengelak daripada berhubungan dengan masyarakat.

Dia yang pernah bekerja sebagai seorang buruh mengambil membuat keputusan untuk menjadi seorang pertapa di dalam gua kerana mahu hidup bersendirian.

“Saya tidak bebas di bandar. Kebiasaannya, terdapat seseorang yang akan mengganggu anda, sama ada anda bertengkar dengan isteri, jiran atau polis.

“Di sini, tiada sesiapa yang mengganggu saya,” jelasnya.

‘Rumah’ Pertrovic hanya boleh diakses menerusi pendakian curam. Rakan-rakannya terdiri daripada ayam, kucing, anjing dan babi hutan. 

Makanan rujinya pula adalah cendawan dan ikan yang ditangkap dari sebatang anak sungai berdekatan selain dia turut pergi ke pekan sesekali untuk mencari sisa makanan dari tong sampah. – CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 15-8-2021 03:23 PM
Orang duduk gua pun kenai apa itu keperluan vaksin.
Quote darkness 15-8-2021 03:24 PM
Sebaliknya yg berlaku pada segelintir manusia di malaysia ni
Quote dua_chzy 15-8-2021 03:59 PM
Musti takda internet kat gua dia.
Quote kemaruk 15-8-2021 04:01 PM
propaganda bigpharma dan syarikat korporat gergasi

sama macam apple la

pakai oppo = kuno
pakai iphone = intelektual dan kehadapan
Quote Decaffeinated 15-8-2021 04:04 PM
kalau betul2 zero contact dgn dunia luar he doesn't need the vax

Quote dua_chzy 15-8-2021 04:06 PM
Decaffeinated replied at 15-8-2021 04:04 PM
kalau betul2 zero contact dgn dunia luar he doesn't need the vax

Dia takda knowledge dan takda internet kot bang.
Quote wirazam 15-8-2021 04:09 PM
dua_chzy replied at 15-8-2021 03:59 PM
Musti takda internet kat gua dia.

Tergelak baca post Kaka...
Quote sharlenetexas 15-8-2021 04:12 PM
Tertanya2 mmg betul ke? Takut hoax mcm puak Tasaday kat Filipina.
Quote mclaren 15-8-2021 04:17 PM
dua_chzy: Dia takda knowledge dan takda internet kot bang.

Jangan underestimate gua pasca 2020. Comes pre-installed with 5g internet connection ha ha ha

Quote Decaffeinated 15-8-2021 04:19 PM
dua_chzy replied at 15-8-2021 04:06 PM
Dia takda knowledge dan takda internet kot bang.

maybe beliau dah khatam banyak benang forum akhirnya koyak jua


Quote dua_chzy 15-8-2021 04:20 PM
mclaren replied at 15-8-2021 04:17 PM
Jangan underestimate gua pasca 2020. Comes pre-installed with 5g internet connection ha ha ha

Dia takkan gi vaksin kalau dia hada internet reti google search itu ini.
Quote Firenzza 15-8-2021 04:34 PM
dua_chzy replied at 15-8-2021 04:06 PM
Dia takda knowledge dan takda internet kot bang.

Dia ingat covid mcm rimau  merayau2 datang cari mangsa kot?
Quote TravellingBear 15-8-2021 04:41 PM
dua_chzy replied at 15-8-2021 04:06 PM
Dia takda knowledge dan takda internet kot bang.

zaman dia muda dulu vaksin mmg dikenali sbg melindungi. info yg dia ada ialah vaksin melindungi drp penyakit . masa dia muda serb perang dgn bosnia .. hehee . mungkin tak sempat vax jugak kihkihkihh
Quote AyaqMeloSuam 15-8-2021 04:42 PM
Dia pembaca tegar porum bila dia kluaq ke bandar skali skala tu.. kita bru dok umh 2 bln dh rsa cm dok dlm gua {:cryrun
Quote ladybugz 15-8-2021 04:44 PM
fear mongering anti vaxxers x sampai kat dia.
Quote mclaren 15-8-2021 04:47 PM
dua_chzy replied at 15-8-2021 04:20 PM
Dia takkan gi vaksin kalau dia hada internet reti google search itu ini.

Ai if duduk dalam gua memang takkan susah2 suntik. Duduk diam2 je takkan nya covid singgah masuk.

Anyway all here pun ada internet but some of us are willing to take the vaccine while some aren't.

Also ramai ada internet but still gorging on gawdawful frankenfoods full of scary ingredients and on their way to say goodbye to their healthy hearts.

Informasi kat tangan tapi masing2 punya risk assessment interpretation tak sama kot? He he
Quote Cece1234 15-8-2021 04:49 PM
Best ke duduk dlm gua sorg2..
Quote Suchi 15-8-2021 04:56 PM
Kenapa dia bosan sgt dgn manusia lain huhu sanggup tu duk dlm gua berkawan ngn natang2 je.
Quote supernaturalee 15-8-2021 05:02 PM
Kn sesekali die pegi pekan
Scavenger
Bkn avengers taw

So adlh penting utk dia divaksin

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.086441 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top