CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ebi Kornelis Didakwa Ditidurkan Kerana Tahap Oksigen Menurun

15-8-2021 03:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2618| Komen: 3

Description: Berita mengenai keadaan naib juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Ebi Kornelis yang didakwa ditidurkan kerana tahap oksigen menurun akibat dijangkiti Covid-19 tidak benar.
Berita mengenai keadaan naib juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Ebi Kornelis yang didakwa ditidurkan kerana tahap oksigen menurun akibat dijangkiti Covid-19 tidak benar.


Rakan seperjuangannya, Azharina Azhar memaklumkan Ebi, 38, sudah pulih dan dibenarkan keluar dari Pusat Kuarantin dan Rawatan (PKRC) di Kampus Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

“Insya-Allah Ebi akan dibenarkan balik hari ini, manakala bapanya sudah dibenarkan balik sejak kelmarin,” kongsinya menerusi akaun Facebook.


Foto: via Kosmo

Sebelum ini tersebar khabar mengejutkan mengenai penyanyi asal Sabah itu bersama bapanya, Yaimal Muhammad, 74, akan ditidurkan kerana keadaan kesihatan yang semakin merosot.


Selain sahabat Facebook Ebi, Azharina yang juga berasal dari negeri sama dengannya turut berkongsikan perkara tersebut.

Bagaimanapun, hari ini Azharina yang menerima makluman daripada sumber terdekat keluarga penyanyi itu berkongsi semula perkhabaran terbaharu dengan menyatakan dakwaan tersebut adalah berita palsu.

Terdahulu sebelum ini, Ebi dan kedua orang tuanya disahkan positif namun ibunya Reni Bakar, 81, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu pada 10 Ogos lalu.

Ebi yang kemudian ditempatkan di Hospital Tuaran, Sabah disebabkan sesak nafas dihantar semula ke pusat kurantin selepas keadaannya kembali seperti sedia kala, manakala bapanya pula di Hospital Queen Elizabeth. -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote readbaca 15-8-2021 03:28 PM
"Syafakallah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman"
Semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya.
Quote Nenolen 16-8-2021 02:10 AM
Semoga cepat sembuh Ebis dan segala urusan dipermudahkan...amin.
Quote MiaLibra 16-8-2021 05:16 AM
Syukur Alhamdulillah..Syafakallah Ebi..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.043390 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top