CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Negara Longgar Sekatan Dan Kes Covid-19 Naik!

15-8-2021 02:53 PM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 3176| Komen: 9|Original author: Oleh: akubujang

Description: Jangan Lalai, Kena Hidup Dengan Covid-19!
16 Ogos, 11 aktiviti ekonomi kembali benar dibuka di negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN). 

Termasuklah kedai gunting rambut, pakaian, aksesori kenderaan dan barang kemas. 


Baguslah kan, orang nak hidup dan bekerja, tapi...kita masih kena hati-hati. 

Jom tengok 5 negara yang "lalai" dan tak sabar-sabar nak kembali normal, longgarkan semua sekatan sebelum kes Covid-19 mencanak balik. 

1- Israel

Negara Yahudi ni antara negara dunia paling pantas bagi vaksin kepada penduduknya, menjelang Februari bila kes turun, mereka mula longgarkan sekatan sektor ekonomi dan sos*ial.

Pada Jun, majoriti rakyatnya dah dapat 2 dos vaksin dan tak lagi pakai mask dan kedai makan, panggung wayang semua dah buka balik sepenuhnya. 

Tapi, bila varian delta menyerang, kes naik mencanak-canak, lebih 700 kes sehari, walaupun kes yang masuk hospital rendah sebab majoriti dah divaksin. 

Sekarang, mereka kembali pakai mask dan kuarantin wajib untuk mereka dari luar yang masuk Israel. 

2- Belanda


Bila makin ramai rakyatnya divaksinasi dan kes turun, Belanda muka longgarkan sekatan cegah Covid-19 pada akhir Jun lepas. 

Tapi, selepas itu kes mencanak-canak naik, walaupun kes Covid-19 yang terpaksa masuk hospital berkurangan. 

Sejak itu, sekatan kembali dikenakan seperti kedai makan dan pub hanya dibuka sehingga tengah malam dan kelab malam ditutup balik. 

3- Korea Selatan


Negara yang dianggap moden dan jadi model kekang Covid-19 ni akhirnya merekodkan lonjakan kes selepas tindakan melonggarkan sekatan dibuat akhir Jun lalu. 

Rakyat negara itu dibenarkan keluar rumah tanpa mask, majlis kecil-kecilan dibenar buat dan melanjutkan waktu buka restoran. Hasilnya, kes naik disebabkan varian delta dan kelembapan vaksinasi di negara itu. 

4- Australia

Negara ni pun antara negara yang berjaya kawal penularan Covid-19 dan mula melonggarkan sekatan. 

Tapi disebabkan varian delta dan lebih 90% penduduknya masih belum divaksin, kes kembali naik lebih 100 kes sehari menyebabkan beberapa bandar utama mengenakan semula sekatan pergerakan. 

5- Amerika Syarikat

Negara kaya dan paling berkuasa dunia ni lepas ubah presiden, proses vaksinasi dipercepat dan kes makin turun. 

Tapi, Amerika berdepan dengan masalah anti vaksin yang serius. Di negeri-negeri konservatif yang sokong Donald Trump, penduduknya tak mahu divaksin dan bila varian delta mengganas, kes makin mencanak semula. 

Negara ni paling banyak simpan vaksin, tapi penduduknya ramai juga yang anti vaksin sampai kes naik balik. Tak berapa pandai kan mat saleh ni? 

Jadi, di Malaysia walaupun banyak tempat boleh beroperasi, jangan lalai, patuhi SOP dan ambil vaksin tahu! 

Kita kena hidup dengan Covid-19 ni lama lagi! -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 15-8-2021 11:16 PM
Ya benar. Awal sangat longgar nanti parah. Ikut je lah cara NZ. Dari awal tutup border pun kemas gila. Pkp pun rapat habis.
Quote joyahPPR 16-8-2021 02:38 AM
berapa banyak varian in coming la.....memang dunia dah masuk fasa akhir zaman dah ni.pelik sangat2 zaman sekarang
Quote renko 16-8-2021 11:26 AM
malaysia pulak
menderu2 orang kua masuk dr luar negara n vice versa
Quote NekNgah 16-8-2021 11:29 AM
Mengintai-intai di sosmed, bukan main lagi masing-masing berimpian untuk terbang keluar negara berlibur walau baru dapat satu dos vaksin.

Kita ni yang dah lengkap dua dos pun nak keluar rumah takut-takut.

Kita ni memang sudah perlu hidup dalam norma baharu.
Quote JibboTheCat 16-8-2021 11:51 AM
susah nak fikir apa jalan terbaik selain sekatan
Quote mclaren 16-8-2021 01:45 PM
LadyCarefree replied at 15-8-2021 11:16 PM
Ya benar. Awal sangat longgar nanti parah. Ikut je lah cara NZ. Dari awal tutup border pun kemas gil ...

Chauvinistic sikit kot. Jatuh lah ego nak mengaku dan ikut cara perempuan walaupun terang2 berkesan.
Quote LadyCarefree 16-8-2021 09:56 PM
mclaren replied at 16-8-2021 12:45 PM
Chauvinistic sikit kot. Jatuh lah ego nak mengaku dan ikut cara perempuan walaupun terang2 berkesa ...

Betul jugak. Tp sini memang budaya cable pun ya jugak. Tgk je ebelit tu.
Quote Burong_Hantuk 17-8-2021 02:12 AM
Harap Malaysia kaji balik keputusan longgarkan syarat esp kes kat negara Kita maseh tinggi
Quote kakigojes 17-8-2021 02:42 PM
NekNgah replied at 16-8-2021 11:29 AM
Mengintai-intai di sosmed, bukan main lagi masing-masing berimpian untuk terbang keluar negara berli ...

Betul tu nekngah.. I yang dah habis 2 dos pun keluar still double mask + face shield + glove and balik memang trus mandi… takut with the cases now.. harap2 nekngah jaga diri juga ya

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.054720 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top